Rabu, 22 Februari 2017

BASIKAL MODIFIY DAN RIDE ATAS JALAN RAYA BESAR??

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini niat aku nak ulas sedikit pasal basikal modify macam meluap-luap. Ini susulan kemalangan basikal yang meragut nyawa 8 remaja awal pagi di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Memang rugi sangat, mereka yang muda-muda ni sepatutnya menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Penulis harap keluarga mangsa supaya tabah dan kepada yang di luar sana, JANGAN SIBUK MENUNDING JARI KEPADA MEREKA SEMATA_MATA! Let them grieve in peace.....

Satu tajuk menarik yang buat aku menulis ni ialah isu basikal modify. Wow, aku ingatkan kereta je boleh diubahsuai (maksudnya 'modify' la) jadi macam-macam rupa dan performance kereta lumba, ada yang sampai boleh drift (ingat KL DRIFT ka?)....rupanya basikal pun boleh??

Dua hari lepas (19 Februari 2017) di rumah Atuk, ada jugak sembang pasal benda itu sedikit-sebanyak. Aku ingat ada yang cakap dengan aku pasal ada yang sanggup buang benda tertentu dalam basikal dan ada jugak sampai ke tahap letak gear kat basikal, WOI, apahal ni? Aku ingat mereka macam nak buat motosikal segera, pasal nak beli moto pun mahal.....

Aku mula sedikit terkilan bila aku baca satu artikel surat khabar The Star kelmarin (20 Februari 2017) apabila benda keselamatan yang penting seperti gear dan brek pun ditanggalkan. Semata-mata nak style tanpa memikirkan kesan terhadap keselamatan diri. Bukan niat aku nak hentam mana-mana pihak, tak salah kalau nak ubahsuai atau modify tu tapi jangan sampai keselamatan terpaksa dikompromi!
Macam cantik pulak basikal ni ekkk...tapi malangnya keselamatan dikompromikan...

Satu lagi benda lagi aku nak cerita, ialah menunggang basikal atas jalan raya besar atau yang had kelajuan yang tinggi. Aku biasanya cuma naik basikal tiap-tiap petang cuma kat sekitar taman perumahan je (nasib baik taman yang berhampiran dengan Surau Al-Islah masih dalam kawasan perumahan). Tak pernah aku bawak basikal ke jalan yang besar-besar yang had kelajuannya yang agak tinggi. Had laju Persiaran Kayangan tu aku ingat sampai 60 km/j rasanya, itupun dah cukup tinggi.....takut pulak bila ada kereta bawak laju yang tidak mempedulikan had laju.

Melainkan kalau bila nak naik basikal ke destinasi jauh tu turut menggunakan lintasan zebra yang ada lampu isyarat tapi masalahnya, lampu isyarat pun macam h.....! (tak maulah maki dalam blog aku as it is not my policy). Itu yang bimbang keselamatannya....

Apatah lagi bila berbasikal di jalan-jalan besar seperti jalan persekutuan atau lebuh raya ekspres. Aku ingat lagi masa aku jawab soalan KPP dalam ujian teori memandu (buat masa ini ketika aku menulis dalam artikel ni, aku belum memulakan ujian memandu disebabkan faktor penjadualan), ada soalan apakah kenderaan yang tak boleh masuk dalam lebuh raya ekspres? Tau-tau sendiri la... .haihhh tak mahu bicara panjang-panjang dalam blog aku ni......
Jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah.....


Apapun, nak naik basikal pun berhati-hati ya semua! Jaga keselamatan diri.....

Sekian saja coretan aku....

Ahad, 19 Februari 2017

Waltzing Matilda (Cuti-cuti Australia) 30 Disember 2016 :Pulang ke tanah air DAN KOMPILASI CERITA CUTI AUSTRALIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua,

Hari ini aku nak tulis artikel terakhir siri 'Waltzing Matilda' ke Australia. 30 Disember, 2 hari sebelum membuka tirai 2017, sudah sampai masanya kami pulang ke tanah air. Syukur jugak pada hari itu dapatlah aku bangun menunaikan solat Subuh berjemaah. Tapi lepas tu tidur balik....lololol.....

Pukul 6.00 pagi, barulah aku bangun tidur dan bersiap. Hari ini sarapannya errrr, aku ingat nasi ada tapi lepas tu jugak ada makan maggi. Ni sebab nak habiskan sebelum balik KL, sekurang-kurangnya tak payah la banyak sangat barang nak bawak balik. Apa makanan yang dibawa, kalau boleh cuba habiskan di hotel ni jugak sebelum balik. Selepas selesai makan, barulah kami berkemas-kemas sebelum pulang tapi malangnya, kemas pun lambat. 

Tambahan pulak, pukul 2.00 lebih dah kena masuk kapal terbang, ayoyo.... Semua barang sudah selesai kemas antara pukul 10.30 pagi sampai 11.00 pagi. Woi, hanya beza 3 jam lebih saja sebelum kena masuk kapal terbang......Kena cepat-cepatlah. Pukul 11.00 pagi, barulah dapat check-out. Goodbye, hotel Harbourview and Melbourne CBD but we're not done yet at that time. There is still another attraction in Melbourne (but quite far from Melbourne CBD) that we need to visit at that time.

Siap dah semua barang.....kasi keluar saja.
My last view of my room before say 'farewell'...haha...
Never see these trams again but will come back......
Rasanya ni stesen besar err Southern Cross...
Minta maaf tadi pasal tercampur pulak ayat Bahasa Inggeris kat atas post aku. Nak mantapkan bahasa Inggeris la katakan sebab belum muktamad keputusan masuk universiti awam ke swasta (yang memang confirm cakap Bahasa Inggeris) lepas SPM. Ok, aku citer ni lain kali.

Satu lagi tempat yang penting di Melbourne ni ialah Brighton Beach. 14 km je dari pusat bandar tapi memang rasa agak jauh la perjalanan. Kena pergi airport cepat lepas ni....nasib baik sekejap je kami kat sana. Setakat ambil gambar saja. Sepatutnya kami pergi ke sana hari sebelum itu tapi hujan punya pasal, maka tak jadi la....(masa hari ini jugaklah dah keluar berita ABC News ada sebahagian tempat di Melbourne dinaiki air). Benda menarik pasal pantai ni......ada beberapa pondok yang lukisannya macam-macam bentuk dan warna....

Tak pasti ni bangunan kerajaan atau hotel.....
Brighton Beach
Macam-macam rupa pondok....
abaikan yang sebelah kiri tu....hehe
Australia trip habis daaaa...... skang pegi airport
Bye-bye Melbourne!
Habis sudah bergambar di Brighton Beach, maka secara tak langsung percutian kami ke Australia kini sampai ke penghujungnya. Ketika keluar dari pantai tu, jam dah masuk pukul 12.00 tengah hari.....alamak makin suntuk pulak....tapi masih kena careful di jalan raya dehhh....Nasib baik sempat jugak sampai airport time tu....tapi kena gerak check-in cepat-cepatla sebab waktu flight makin dekat.
Sampai lapangan terbang...
bye-bye kereta sewaku!! huhu.....
Check-in kapal terbang...ramai gak nak balik...
Nilah kod penerbangan kami kot.....laaa
Boleh katakan ramai gak nak balik KL mungkin sebab dah nak tahun baru lepas tu barangkali ada yang akan bersekolah tak lama lagi. Seperti biasa, beg-beg besar kasi hantar. Selesai semua urusan, kami pergi sekejap ke kedai cenderamata yang namanya....alamak lupalah nama tu....aku cuma menunggu saja. Ada yang nak pergi tandas la....ada jugak sempat nak beli barang kat kedai tu....alaaa cepatla sikit, waktu flight dah nak dekat wooooo.......

Nasib baiklah beli satu dua barang saja...alhamdulillah sempat lagi nak masuk balai perlepasan. Tapi bila nak x-ray barang, ayooo panjangnya mau beratur itupun nasib baik tak lama. Satu lagi 'babak' yang melengahkan sikit perjalanan kami ialah masa baru dah lepas check passport secara automatik.....kena isi borang kertas hijau pulak. Kena cepat-cepat tulis la....dah tak sempat ni... nasib baik jugak tak banyak butiran nak kena isi.....

Selesai sudah, it is time for rushing for the flight. Dah tak sempat dah nak beli apa-apa sebab waktu flight masa tu dah tinggal beberapa minit saja lagi....Waktu tu sudah masuk pukul 2.00 petang. Hanya beberapa minit saja lagi sebelum pintu perlepasan ditutup. Alhamdulillah, sempat jugak masuk dalam kapal terbang Malaysia Airlines walaupun terpaksa berlari-lari sedikit terutamanya aku....haha!
Masuk ke dalam pintu perlepasan.
Selamat tinggal Australia!
Dah bye-bye betul-betul dah/.....
Kembali ke tanah Semenanjung.....
Dah senja daaa......
Selama 6 jam penerbangan, seperti biasa selepas beberapa minit penerbangan bermula, ada jugak dihidangkan hidangan ringkas terlebih dahulu seperti air dan sedikit snek...sedap. Satu lagi, dapat jugak makan nasi goreng masa tu......Ada masanya aku tidur sekejap, ada masanya aku tengok wayang yang disediakan oleh pihak Malaysia Airlines.

Akhirnya, selepas agak dalam kapal terbang, kami tiba di KLIA pada pukul 8.15 malam. Alhamdulillah, selamat jugak perjalanan pulang kami. Selepas selesai mengambil beg segala bagai, kami keluar dari KLIA. Sebelum teruskan perjalanan pulang ke Shah Alam, kami singgah kejap di R&R Dengkil arah Utara untuk makan-makan kat warung dan solat,....
Sampai dah.....
Berakhir sudah perjalanan percutian kami ke Australia, maka sampai di sini saja siri 'Waltzing Matilda' 2016.....by the way kalau nak baca artikel lepas-lepas boleh klik mana-mana ni












OK, sekian saja coretan ini.....jumpa lagi! Wassalam.....

Rabu, 15 Februari 2017

Sebulan pakai braces dan appointment dengan dentist.......

Assalamualaikum korang dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak tangguhkan sambungan coretan terakhir siri 'Waltzing Matilda' ke Australia bagi memberi laluan kepada coretan aku pasal cerita appointment aku semalam. Tak cukup dengan itu, aku kongsikan sedikit pengalaman aku selama sebulan pakai braces.......

Bulan lepas aku ada cerita pasal hari pertama aku pakai braces. This time, I tell you about my first month of wearing braces....

Dalam minggu pertama selepas aku pakai braces, aku memang rasa sakit-sakit dekat belah gigi tengah. As I told you in my latest post that I tagged above, it is a normal process. That is because the teeth is moving from its original place slowly. Ya, dia akan rasa sakit pasal gigi tu kiranya macam 'terputus' hubungan dengan saluran darah dan saraf (Correct me if I wrong) sebab bergerak dan selama beberapa hari (paling kurang 3 hari), saluran-saluran tersebut beralih arah ke tempat baru yang gigi tersebut letak.

Dalam masa minggu pertama jugaklah, aku terpaksa makan perlahan-lahan sebab masih ada rasa sakit-sakit. Nevertheless, I able to eat as normal after the first 5 days.

Benda yang paling aku tak suka ialah, lepas makan mesti ada cebisan makanan di celah-celah gigi. Apa lagi, mestilah nak kena keluarkan cepat-cepat atau nanti gigi rosak. Lepas tu pulak kena gosok gigi selalu, cuma aku tak gosok gigilah kalau setakat makan makanan ringan seperti Choco Roll. Tapi malangnya pada hari Jumaat 13 Januari, aku dah buat kesilapan pertama. Masa tu aku baru lepas makan Choco Roll dan yelah ada cebisan tersekat. Aku terus pakai Good Morning Towel nak keluarkan. Tak semena-mena salah satu talinya tersangkut, dan aku cemas la. Tapi lepas ditarik, ALAMAK, SATU BIJI BRACKET DAH TERCABUT!! ayoyo......

Kesannya ada belah tajam yang penghujung besi tu di tepi gigi tapi nasib baiklah ianya tak cucuk....Aku ingatkan sakit pasal kena cucuk tapi ada ulcer rupanya. Itulah sebab aku ada pakai wax yang diberikan oleh doktor gigi tempoh hari.

Minggu kedua pulak, semakin lama makin kurang rasa janggal pakai braces, malah dah boleh dah biasa dah......sekarang dah boleh dah makan macam biasa cuma masih tak boleh makan benda-benda keras. Tetapi beberapa hari selepas minggu kedua, aku dah makan beberapa biji coklat. Tip ni macam ni je, biarkan dulu coklat didedahkan lepas tu coklat tu masuk dalam mulut tapi kena lama sikit la sebab nak kasi cair supaya boleh kunyah tanpa memberi kesan kepada braces.

Minggu ketiga pulak sama saja...tapi makin lama dah makin biasa dah. Cuma malangnya, pada hari Ahad minggu lepas, lepas datang majlis kahwin di selatan Shah Alam, satu lagi bracket tercabut...kali ini hujung yang belah atas gigi!

Minggu keempat, dah biasa makan dah. Tapi sekali lagi aku tak perasan yang dawai hujung yang belah bawh gigi yang bracket pertama yang tertanggal tu, dah tercabut......ok malaslah nak gebang panjang-panjang.

Kelmarin 13 Februari, aku pergi ke Klinik Zahida semula untuk appointment seterusnya. Waktu appointment patutnya 4.10 petang, tapi pasal orang ramai, jadi kena tunggu giliran. Tapi sekejap je, aku masuk dalam bilik 3 (sepatutnya bilik 2) yang juga bilik yang sama masa aku dicuci gigi sebelum bubuh braces.

Tapi dalam bilik tu jugak sekejap je urusannnya. Aku ingat doktor yang bertugas tu cuma pasangkan bracket di tempat yang tercabut dan tukar getah je....tapi tukar warna saja kepada warna biru. 4.30 petang, settle habis dah....cuma masa turun tu ada rasa sakit-sakit.....normal saja tu....
Menunggu giliran appointment...
Tukar warna getah.......

Baiklah, sekian saja coretan ini....jumpa lagi!

Sabtu, 11 Februari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 29 Disember 2016 : Jalan-jalan Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Tempoh hari aku ada citer kat korang pasal perjalanan aku dan keluarga aku ke Melbourne sambil singgah sat kat Canberra. Hari ini aku teruskan lagi siri percutian 'Waltzing Matilda' ke Australia, la ni ceghita pasal jalan-jalan di Melbourne, tapi kali ini bertumpu kat Melbourne CBD (Central Business District), atau kiranya pusat bandar.

(ni aku campur sikit ayat bahasa Melayu dan Inggeris)

(Cerita semalam: Parliament House Canberra dan ke Melbourne)

Lepas habis mandi, solat subuh dan lagi-lagi.......apa lagi, sarapanla dulu.....Lepas habis sarapan, kami keluar untuk bersiar-siar sekitar Melbourne. Hari ini cuma pakai jalan kaki saja. pertama sekali naik tram lama (bukan tren aliran ringan ye). Kami keluar dari hotel lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi lebih, bukannya apa hari tersebut hari menginap yang terakhir di Melbourne sebelum pulang ke tanah air pada keesokkan harinya. Lagi lambat, lagi tak sempat la nak jalan-jalan sebab nak kemas esoknya lagi...

Ok, pertama sekali kami naik tram City Circle...patutnya pusing satu bandaraya, tapi kami turun di stesen Parliament House, ehh pasal apa kena turun. Katanya ada beberapa minit mau tunggu...hmmmm,kena jalan-jalan la macam ni..... bergambar dulu depan Parliament House...ehh apahal ada lagi Parliament House padahal ada kat Canberra nun. Ni aku nak bagitau, ni pun seperti kat Brisbane haritu, bangunan ni lebih kurang taraf Dewan Undangan Negeri kat Malaysia ni....it is the first level of administrative division. Ni ialah Parlimen bagi negeri Victoria.
City Circle Tram

Bukan ni yang kami naik...


'DUN' bagi Victoria...



Seterusnya, lokasi seterusnya ialah Flinders Street Station, an important place of interest in Melbourne. Ini boleh kira stesen utama di Melbourne kalau nak naik kereta api. It is likely to throwback my first visit to the station 12 years ago in year 2004.......now I came to visit again after 12 years. Jalan yang kami lalu ialah, Bourke Street dan Swanston Street. Boleh kira sibuk jugak tempat ni. Akhirnya sampai jugak ke destinasi tersebut. Ada masa jugak kami masuk intai-intai stesen dulu.


Akhirnya sampai jugak....

'Intai' dalam stesen



Selepas itu, kami jalan sekejap di Federation Square dan turun ke bawah kat sebelah je dengan Yarra River. Pastu balik pulak naik ke perkarangan bangunan ACMI (Australian Centre for the Moving Image). Masa ni ada yang komplen penat....tapi nasib baik ada masuk sekali pameran sejarah media massa. Menarikanya ada jugak diterangkan pasal sejarah permulaan penciptaan video. Sebelum ini sebelum 1890-an, semua gambar-gambar je.
Federation Square

Helikopter tu pegi mane.....

Sebelah Sungai Yarra


Ada pameran tentang penciptaan kamera....dan video gaya awal abad ke-20, semua macam pelik gerakan je.... Kemudian ianya berevolusi ke video berwarna, penciptaan televisyen, awal animasi, animasi 3d, kemunculan zaman IT sampailah ke penciptaan game. Lepas tu pulak ada jugak pameran sejarah perfileman dan televisyen Australia.








Wayang kulit..

Selepas puas tengok pameran, kami keluar balik untuk bersiar-siar lagi. Kali ini pergi pula ke tempat lukisan-lukisan di Hosier Street. Sekali pandang macam budak-budak vandalisme buat...tapi sebaliknya tempat ni macam-macam lukisan dibuat sampai jadi tempat tarikan pelancong. Kemudian keluar pulak ke Russell Street. Kat jalan tu la, aku pandang hotel lama iaitu hotel Hyatt yang pernah kitaorang duduk 12 tahun lalu. Hari ni lalu saja.....
Gambar paling win,.....



Hotel dulu-dulu


Kami sambung jalan-jalan di Russell Street. Sebenarnya, kami nak cari tempat makan. Akhirnya kami singgah ke kedai Paparich kat QV Building. Alhamdulillah dapat gak rasa makanan Malaysia balik walaupun masih di luar negara.....Hari itu, aku makan nasi ayam....waktu dah abis makan,hari dah nak hujan baiiii......

Jangan risau, memang halal 100%!


Layan makan kejap....

Dan memang hujan turun dengan lebat sewaktu kami masuk ke Little Lonsdale Street. Apa lagi kami masuklah ke Melbourne Central sementara tunggu hujan berhenti.....Kami pun kadang-kadang tengok kedai-kedai yang ada kat situ. Yang buat kami lama-lama di Melbourne Central mall tu pasal ada yang beli barang kecantikan untuk sebagai hadiah lepas pulang ke tanah air......ni sementara itu, hujan dah sikit-sikit beransur reda.


Lokasi seterusnya ialah Victoria Market. Kami naik tram dari Lonsdale St sampailah ke stesen Victoria Market ke arah utara. Yang menariknya, naik dan turun percuma saja. TAK PAYAH BAYAR (Termasuk City Circle Tram). Apa sebab, selagi berada di Melbourne CBD atau pusat bandar seperti yang ditunjukkan di dalam peta dalam berwarna grey gelap, free of charge saja. Yeyyy, tak payah bayar kalau nak dibandingkan dengan Sydney. Tapi kalau dah terkeluar daripada zon tersebut, kena bayar la.....
Semua dah tutup masa tu.....

Kena berjalan kaki untuk balik....

Sampainya kami kat sana, ehhhh terkejut pasal tutup! Tak tau pulak tempat tersebut tutup....haihhhh....tak jadilah kalau macam ni. Apa lagi, kami pun berjalan kakilah untuk balik semula ke hotel yang hanya pusing ke kanan iaitu La Trobe St. Tapi malangnya masa tu, HUJAN LEBAT TURUN BALIK!!! Alamak, dah la tak ada payung masa tu....apalagi, kami terpaksa larilah....sekejap ada berteduh di bangunan berhampiran tapi terpaksalah kena cepat. Yang paling kesian, Mummy dan Shadiq tertinggal di belakang....Jadi, abah bagi kunci kat aku dan Shabil untuk teruskan perjalanan balik. Sampai di hotel, aku dan Shabil dalam keadaan basah giler......nak tak nak aku kena mandi....

Selang beberapa minit lepas tu, Abah,Mummy dan Shadiq dah balik pun. Semua macam dalam keadaan basah...hehe. Pukul 4.00 petang, lepas selesai solat, aku tak pergi mana-mana pun...duduk hotel je sebab dah tak ada apa dah nak pegi. Mummy dan Abah pulak pergi beli souvenir......karang kalau ikut nanti ada yang komplen penatla.......

Malam tu, aku kemas sikit-sikit sebab esoknya nak balik KL.......bersambung....