Hari ini niat aku nak ulas sedikit pasal basikal modify macam meluap-luap. Ini susulan kemalangan basikal yang meragut nyawa 8 remaja awal pagi di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Memang rugi sangat, mereka yang muda-muda ni sepatutnya menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Penulis harap keluarga mangsa supaya tabah dan kepada yang di luar sana, JANGAN SIBUK MENUNDING JARI KEPADA MEREKA SEMATA_MATA! Let them grieve in peace.....
Satu tajuk menarik yang buat aku menulis ni ialah isu basikal modify. Wow, aku ingatkan kereta je boleh diubahsuai (maksudnya 'modify' la) jadi macam-macam rupa dan performance kereta lumba, ada yang sampai boleh drift (ingat KL DRIFT ka?)....rupanya basikal pun boleh??
Dua hari lepas (19 Februari 2017) di rumah Atuk, ada jugak sembang pasal benda itu sedikit-sebanyak. Aku ingat ada yang cakap dengan aku pasal ada yang sanggup buang benda tertentu dalam basikal dan ada jugak sampai ke tahap letak gear kat basikal, WOI, apahal ni? Aku ingat mereka macam nak buat motosikal segera, pasal nak beli moto pun mahal.....
Aku mula sedikit terkilan bila aku baca satu artikel surat khabar The Star kelmarin (20 Februari 2017) apabila benda keselamatan yang penting seperti gear dan brek pun ditanggalkan. Semata-mata nak style tanpa memikirkan kesan terhadap keselamatan diri. Bukan niat aku nak hentam mana-mana pihak, tak salah kalau nak ubahsuai atau modify tu tapi jangan sampai keselamatan terpaksa dikompromi!
Macam cantik pulak basikal ni ekkk...tapi malangnya keselamatan dikompromikan... |
Satu lagi benda lagi aku nak cerita, ialah menunggang basikal atas jalan raya besar atau yang had kelajuan yang tinggi. Aku biasanya cuma naik basikal tiap-tiap petang cuma kat sekitar taman perumahan je (nasib baik taman yang berhampiran dengan Surau Al-Islah masih dalam kawasan perumahan). Tak pernah aku bawak basikal ke jalan yang besar-besar yang had kelajuannya yang agak tinggi. Had laju Persiaran Kayangan tu aku ingat sampai 60 km/j rasanya, itupun dah cukup tinggi.....takut pulak bila ada kereta bawak laju yang tidak mempedulikan had laju.
Melainkan kalau bila nak naik basikal ke destinasi jauh tu turut menggunakan lintasan zebra yang ada lampu isyarat tapi masalahnya, lampu isyarat pun macam h.....! (tak maulah maki dalam blog aku as it is not my policy). Itu yang bimbang keselamatannya....
Apatah lagi bila berbasikal di jalan-jalan besar seperti jalan persekutuan atau lebuh raya ekspres. Aku ingat lagi masa aku jawab soalan KPP dalam ujian teori memandu (buat masa ini ketika aku menulis dalam artikel ni, aku belum memulakan ujian memandu disebabkan faktor penjadualan), ada soalan apakah kenderaan yang tak boleh masuk dalam lebuh raya ekspres? Tau-tau sendiri la... .haihhh tak mahu bicara panjang-panjang dalam blog aku ni......
Jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah..... |
Apapun, nak naik basikal pun berhati-hati ya semua! Jaga keselamatan diri.....
Sekian saja coretan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan