Isnin, 6 Februari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 28 Disember 2016 : Singgah Canberra (Parliament House) dan Perjalanan ke Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku kembali menulis untuk menyambung siri percutian 'Waltzing Matilda' ke Australia tahun 2016. 28 Disember pada ketika itu, tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kami pulang ke tanah air....jadi kena stick to the program percutian kami. Hari itu, kami semua berkemas barang untuk ke Melbourne terus. Pada awalnya memang nak singgah ke Canberra, ibu negara Australia nak jalan-jalan sekitarnya. Tapi bangun lambat punya pasal, hmmmmm nampaknya macam kena batalkan saja ke Canberra sebab takut lambat sampai ke Melbourne, silap-silap sampai tengah malam jawabnya.....

(Cerita semalam: Jalan-jalan Sydney hari kedua)

Pukul 9.00 pagi, kami semua dah check out dari hotel lepas selesai masukkan semua barang dalam kereta. Sebelum itu, kami singgah McD untuk sarapan pagi. Pagi itu, sayonara Sydney dan teruskan perjalanan sampai ke Melbourne. Tapi dah nak pukul 11.00 pagi lebih, habis dah lepas pekan Yarra, aikkk tiba-tiba abah drive masuk ke simpang ke Canberra. Pelik, aku sangkakan memang tak jadi pergi ke Canberra pasal takut lambat tapi bila dah masuk tu legalah sikit pasal jadi pergi....
Letak barang...


Keluar dari Sydney......

....sampai ke jarak ni,.

Sepanjang perjalanan antara Sydney sehingga ke pekan Yarra, aku tidur saja. Mana taknya, boring sikit tengok kawasan yang tak ada penempatan. Ok balik semula ke dalam Federal Highway (errr yang masuk ke Canberra ye, bukan FT2 ke Kuala Lumpur ok) , apabila kami lepas saja Lake George, ehh tiba-tiba singgah sat di hentian di Halloway Dr...untuk rehat je......ambil gambar je. Selepas itu, kami teruskan perjalanan sampai ke Canberra....

Hampir sampai ke Canberra...


Projek LRT...





Sampai Parliament House....

Satu saja attraction kami di Canberra iaitu, Parliament House. Mana ada pergi tempat lain dohhh. Masuk saja dalam Canberra, aku mula tengok bangunan-bangunan yang ada yang rata-ratanya bangunan pejabat kerajaan persekutuan Australia, yelah sebab ibu negara kan....tapi pelan lebih kurang macam Putrajaya lak tapi bezanya, Putrajaya mana ada bangunan legislatif sementara Canberra ada. Pada masa yang sama jugak, sistem tren aliran ringan pun sedang dibina. Cuma yang dalam minda aku, Canberra ialah ibu negara tapi kenapa tempat lain pulak yang populasi ramai seperti Sydney, Melbourne dan Brisbane? Kalau lazimnya, ibu negara jugaklah pusat tumpuan ekonomi yang menyaksikan penduduknya ramai gila.....itu korang pikirlah sendiri....

Pukul 12.00 tengah hari lebih, akhirnya sampai jugak kitaorang ke Australia Parliament House. Pandang sekeliling kawasan bangunan memang well planned...hehe ada jugak parking khas untuk Ahli Parlimen. Kami pusing sekeliling jalan sebenarnya nak cari parking....akhirnya dapat jugak parking yang tak jauh dari bangunan parlimen lama (sebenarnya bangunan yang kitaorang pergi tu adalah bangunan baru yang siap pada tahun 1987).

This is Parliament House...

Ni bangunan Parlimen lama, yang kini sebagai Muzium Demokrasi Australia...


Pada awalnya kami ke situ nak ambil gambar lepas tu chow ke Melbourne. Tapi malangnya, ada jugak nak pergi tandas tapi masalahnya mana tandas tu...so kami pergi dekat-dekat ke bangunan Parliament Building untuk cari tandas. Malangnya langsung tak ada kat luar jadi, kami ambik keputusan untuk masuk ke bangunan parlimen tu la! Time tu, memang ramai orang nak masuk sampai kena beratur panjang.....Nak masuk pulak, kena check beg pulak macam di lapangan terbang, MANA TAKNYA, ITU BANGUNAN PENTING KERAJAAN, MEMANG KESELAMATAN KENA JAGA! 

Lepas masuk tu, dapat jugak pergi toilet. Tapi aku pulak, daripada sekadar nak picture parliament pastu blah , jadi NAK EXPLORE APA DALAM BANGUNAN TU! Best tu bhai, tengok dan belajo sikit pasal proses perundangan Australia. Pertama sekali, kitaorang tengok balai besar yang dikenali sebagai 'The Great Hall'. Seingat aku, upacara lazim yang dibuat di situ ialah keberangkatan masuk Gabenor-Jeneral bagi Australia sebagai wakil Ratu dari Britain bagi pembukaan Parlimen. Ketika aku masuk dewan tu, kosong je......




Plak permulaan pembinaan...

The Marble Foyer....


The Great Hall..

Kemudian, kami naik ke tingkat pertama dari The Marble Foyer. Aku mula rasa seronok sebab nak tengok dewan parlimen yang kebetulan amalkan sistem Westminster sama je dengan Malaysia. Sebelum explore dewan, aku baca sedikit sebanyak tentang sejarah Australia dari awal pembentukan sampai la ni. Kemudian aku baca pasal proses penggubalan undang-undang...hehe lebih kurang je dengan Malaysia ni (aku ingat lagi proses penggubalan undang-undang Malaysia masuk dalam buku teks Sejarah Tingkatan Lima). 
Potret PM-PM Australia (tak kisah pun parti politik apa)......



Selepas itu, kami masuk sekejap dalam Main Commitee Room. Tengok yang depan jerrr. Tak silap aku badan ni bertanggungjawab meneliti rang undang-undang yang digubal oleh kerajaan. Selepas itu, kami masuklah ke dewan House of Representatives. Sama je dengan Dewan Rakyat kat KL tu....Bila aku masuk dalam dewan tu, aku macam tak percaya je bilik ni besar ni depan mata aku. Kalau dalam TV, aku ingatkan dewan ni besaq gila tapi bila aku tengok sendiri, aihhh besar tu je. Ahli-ahli bagi dewan ni dipilih melalui pilihan raya umum. Dewan ni ialah peringkat bawah sistem Parlimen Australia.

Proses buat undang-undang.....hampir sama je dengan Malaysia...


Tengok cam besar gak dewan ni.....

Sama jugak perasaan aku bila aku masuk bilik The Senate. Tak mau gebang banyak, dewan ni ialah Dewan Negara kalau bagi Malaysia. Ahli-ahlinya dipilih ikut negeri, setiap negeri hantar 12 ahli (lantaklah berapa penduduknya). Tak silap aku, tugas the Senate ni boleh block undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui The House of Representatives. Alhamdulillah, dua-dua dewan sudah pun diambil gambarnya.

The Senate...


Ketika kami keluar dari The Senate, jam waktu tu dah nak 1.30 petang, maknanya tempoh parking dah habis. Kena keluar cepat untuk ke Melbourne. Sebelum nak balik tu, aku dengan abah macam tersesat cari Mummy, Shabil dan Shadiq....akhirnya dapat jugak jumpa lepas telefon diorang.

Ni lah bangunan parlimen lama...


Goodbye Canberra, sekarang on the way ke Melbourne. Tak macam masa kami masuk, kami lalu Barton Highway yang errrr.....jalan dua lorong dua hala jerrr.....Lepas keluar, kami singgah di McD Yass untuk beli makan bukannya makan kat sana tapi makan di kawasan hentian sebelah yang berdekatan, bukannya apa, ramai gila kat sana. Kami 'berkelah' di kawasan hentian sebelah tu la yang tak jauh dari Yass.



Habis makan dan solat, kami teruskan perjalanan ke Melbourne. Aku time dalam kereta tu, kejap tidur, kejap baca buku yang aku bawak. Haihhhh.....tak mau cerita banyak masa aku dalam kereta tu. Hampir pukul 5.30 petang, kami singgah di Moloney Dr di pekan Wodonga, negeri Victoria (time ni baru je lepas New South Wales) untuk rehat jap....lama-lama atas jalan raya tak boleh gak. Time ni jugak isi minyak. Pukul 6.00 petang, kami balik semula ke Hume Highway.

Masuk dah Victoria noooo......




Pukul 9.00 malam, hampir-hampir nak sampai Melbourne, kami singgah lagi kat stesen minyak campur restoran kat Wallan (masih lagi di Hume Highway). Ada yang nak pergi tandas la, beli makan McD lagi la.......nasib baik kat situ jugak ada WiFi..



Hello Melbourne....

Kemudian, kami sambung balik perjalanan sampailah ke Melbourne, terus je. Finally, kami sampai ke hotel Harbour View Apartments di La Trobe St. Oklah lokasi tu dalam-dalam CBD Melbourne. Kami terus naik bilik lepas selesai daftar.

Pukul 11.30 tengah malam, aku sebenarnya ikut abah aku nak ambik barang. Tapi aku lambat balik sebab aku tolong abah beli barang kat satu shopping mall di Spence Street......beli barang makan je then baliklah semula ke hotel tu....sekian coretan aku perjalanan ke Melbourne....bersambung....
Ni la bilik kami.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan