Hari ini aku nak tangguhkan sambungan coretan terakhir siri 'Waltzing Matilda' ke Australia bagi memberi laluan kepada coretan aku pasal cerita appointment aku semalam. Tak cukup dengan itu, aku kongsikan sedikit pengalaman aku selama sebulan pakai braces.......
Bulan lepas aku ada cerita pasal hari pertama aku pakai braces. This time, I tell you about my first month of wearing braces....
Dalam minggu pertama selepas aku pakai braces, aku memang rasa sakit-sakit dekat belah gigi tengah. As I told you in my latest post that I tagged above, it is a normal process. That is because the teeth is moving from its original place slowly. Ya, dia akan rasa sakit pasal gigi tu kiranya macam 'terputus' hubungan dengan saluran darah dan saraf (Correct me if I wrong) sebab bergerak dan selama beberapa hari (paling kurang 3 hari), saluran-saluran tersebut beralih arah ke tempat baru yang gigi tersebut letak.
Dalam masa minggu pertama jugaklah, aku terpaksa makan perlahan-lahan sebab masih ada rasa sakit-sakit. Nevertheless, I able to eat as normal after the first 5 days.
Benda yang paling aku tak suka ialah, lepas makan mesti ada cebisan makanan di celah-celah gigi. Apa lagi, mestilah nak kena keluarkan cepat-cepat atau nanti gigi rosak. Lepas tu pulak kena gosok gigi selalu, cuma aku tak gosok gigilah kalau setakat makan makanan ringan seperti Choco Roll. Tapi malangnya pada hari Jumaat 13 Januari, aku dah buat kesilapan pertama. Masa tu aku baru lepas makan Choco Roll dan yelah ada cebisan tersekat. Aku terus pakai Good Morning Towel nak keluarkan. Tak semena-mena salah satu talinya tersangkut, dan aku cemas la. Tapi lepas ditarik, ALAMAK, SATU BIJI BRACKET DAH TERCABUT!! ayoyo......
Kesannya ada belah tajam yang penghujung besi tu di tepi gigi tapi nasib baiklah ianya tak cucuk....Aku ingatkan sakit pasal kena cucuk tapi ada ulcer rupanya. Itulah sebab aku ada pakai wax yang diberikan oleh doktor gigi tempoh hari.
Minggu kedua pulak, semakin lama makin kurang rasa janggal pakai braces, malah dah boleh dah biasa dah......sekarang dah boleh dah makan macam biasa cuma masih tak boleh makan benda-benda keras. Tetapi beberapa hari selepas minggu kedua, aku dah makan beberapa biji coklat. Tip ni macam ni je, biarkan dulu coklat didedahkan lepas tu coklat tu masuk dalam mulut tapi kena lama sikit la sebab nak kasi cair supaya boleh kunyah tanpa memberi kesan kepada braces.
Minggu ketiga pulak sama saja...tapi makin lama dah makin biasa dah. Cuma malangnya, pada hari Ahad minggu lepas, lepas datang majlis kahwin di selatan Shah Alam, satu lagi bracket tercabut...kali ini hujung yang belah atas gigi!
Minggu keempat, dah biasa makan dah. Tapi sekali lagi aku tak perasan yang dawai hujung yang belah bawh gigi yang bracket pertama yang tertanggal tu, dah tercabut......ok malaslah nak gebang panjang-panjang.
Kelmarin 13 Februari, aku pergi ke Klinik Zahida semula untuk appointment seterusnya. Waktu appointment patutnya 4.10 petang, tapi pasal orang ramai, jadi kena tunggu giliran. Tapi sekejap je, aku masuk dalam bilik 3 (sepatutnya bilik 2) yang juga bilik yang sama masa aku dicuci gigi sebelum bubuh braces.
Tapi dalam bilik tu jugak sekejap je urusannnya. Aku ingat doktor yang bertugas tu cuma pasangkan bracket di tempat yang tercabut dan tukar getah je....tapi tukar warna saja kepada warna biru. 4.30 petang, settle habis dah....cuma masa turun tu ada rasa sakit-sakit.....normal saja tu....
Menunggu giliran appointment... |
Tukar warna getah....... |
Baiklah, sekian saja coretan ini....jumpa lagi!
Thanks for taking the time to share this wonderful post with us. I enjoyed the full details that you have went through when you received your braces. This will be helpful for many out there for what to expect. Have a great rest of your day.
BalasPadamDentist Philadelphia