Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua,
Hari ini aku nak tulis artikel terakhir siri 'Waltzing Matilda' ke Australia. 30 Disember, 2 hari sebelum membuka tirai 2017, sudah sampai masanya kami pulang ke tanah air. Syukur jugak pada hari itu dapatlah aku bangun menunaikan solat Subuh berjemaah. Tapi lepas tu tidur balik....lololol.....
Pukul 6.00 pagi, barulah aku bangun tidur dan bersiap. Hari ini sarapannya errrr, aku ingat nasi ada tapi lepas tu jugak ada makan maggi. Ni sebab nak habiskan sebelum balik KL, sekurang-kurangnya tak payah la banyak sangat barang nak bawak balik. Apa makanan yang dibawa, kalau boleh cuba habiskan di hotel ni jugak sebelum balik. Selepas selesai makan, barulah kami berkemas-kemas sebelum pulang tapi malangnya, kemas pun lambat.
Tambahan pulak, pukul 2.00 lebih dah kena masuk kapal terbang, ayoyo.... Semua barang sudah selesai kemas antara pukul 10.30 pagi sampai 11.00 pagi. Woi, hanya beza 3 jam lebih saja sebelum kena masuk kapal terbang......Kena cepat-cepatlah. Pukul 11.00 pagi, barulah dapat check-out. Goodbye, hotel Harbourview and Melbourne CBD but we're not done yet at that time. There is still another attraction in Melbourne (but quite far from Melbourne CBD) that we need to visit at that time.
|
Siap dah semua barang.....kasi keluar saja. |
|
My last view of my room before say 'farewell'...haha... |
|
Never see these trams again but will come back...... |
|
Rasanya ni stesen besar err Southern Cross... |
Minta maaf tadi pasal tercampur pulak ayat Bahasa Inggeris kat atas post aku. Nak mantapkan bahasa Inggeris la katakan sebab belum muktamad keputusan masuk universiti awam ke swasta (yang memang confirm cakap Bahasa Inggeris) lepas SPM. Ok, aku citer ni lain kali.
Satu lagi tempat yang penting di Melbourne ni ialah Brighton Beach. 14 km je dari pusat bandar tapi memang rasa agak jauh la perjalanan. Kena pergi airport cepat lepas ni....nasib baik sekejap je kami kat sana. Setakat ambil gambar saja. Sepatutnya kami pergi ke sana hari sebelum itu tapi hujan punya pasal, maka tak jadi la....(masa hari ini jugaklah dah keluar berita ABC News ada sebahagian tempat di Melbourne dinaiki air). Benda menarik pasal pantai ni......ada beberapa pondok yang lukisannya macam-macam bentuk dan warna....
Nasib baiklah beli satu dua barang saja...alhamdulillah sempat lagi nak masuk balai perlepasan. Tapi bila nak x-ray barang, ayooo panjangnya mau beratur itupun nasib baik tak lama. Satu lagi 'babak' yang melengahkan sikit perjalanan kami ialah masa baru dah lepas check passport secara automatik.....kena isi borang kertas hijau pulak. Kena cepat-cepat tulis la....dah tak sempat ni... nasib baik jugak tak banyak butiran nak kena isi.....
Akhirnya, selepas agak dalam kapal terbang, kami tiba di KLIA pada pukul 8.15 malam. Alhamdulillah, selamat jugak perjalanan pulang kami. Selepas selesai mengambil beg segala bagai, kami keluar dari KLIA. Sebelum teruskan perjalanan pulang ke Shah Alam, kami singgah kejap di R&R Dengkil arah Utara untuk makan-makan kat warung dan solat,....
|
Sampai dah..... |
Berakhir sudah perjalanan percutian kami ke Australia, maka sampai di sini saja siri 'Waltzing Matilda' 2016.....by the way kalau nak baca artikel lepas-lepas boleh klik mana-mana ni
OK, sekian saja coretan ini.....jumpa lagi! Wassalam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan