Sabtu, 11 Februari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 29 Disember 2016 : Jalan-jalan Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Tempoh hari aku ada citer kat korang pasal perjalanan aku dan keluarga aku ke Melbourne sambil singgah sat kat Canberra. Hari ini aku teruskan lagi siri percutian 'Waltzing Matilda' ke Australia, la ni ceghita pasal jalan-jalan di Melbourne, tapi kali ini bertumpu kat Melbourne CBD (Central Business District), atau kiranya pusat bandar.

(ni aku campur sikit ayat bahasa Melayu dan Inggeris)

(Cerita semalam: Parliament House Canberra dan ke Melbourne)

Lepas habis mandi, solat subuh dan lagi-lagi.......apa lagi, sarapanla dulu.....Lepas habis sarapan, kami keluar untuk bersiar-siar sekitar Melbourne. Hari ini cuma pakai jalan kaki saja. pertama sekali naik tram lama (bukan tren aliran ringan ye). Kami keluar dari hotel lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi lebih, bukannya apa hari tersebut hari menginap yang terakhir di Melbourne sebelum pulang ke tanah air pada keesokkan harinya. Lagi lambat, lagi tak sempat la nak jalan-jalan sebab nak kemas esoknya lagi...

Ok, pertama sekali kami naik tram City Circle...patutnya pusing satu bandaraya, tapi kami turun di stesen Parliament House, ehh pasal apa kena turun. Katanya ada beberapa minit mau tunggu...hmmmm,kena jalan-jalan la macam ni..... bergambar dulu depan Parliament House...ehh apahal ada lagi Parliament House padahal ada kat Canberra nun. Ni aku nak bagitau, ni pun seperti kat Brisbane haritu, bangunan ni lebih kurang taraf Dewan Undangan Negeri kat Malaysia ni....it is the first level of administrative division. Ni ialah Parlimen bagi negeri Victoria.
City Circle Tram

Bukan ni yang kami naik...


'DUN' bagi Victoria...



Seterusnya, lokasi seterusnya ialah Flinders Street Station, an important place of interest in Melbourne. Ini boleh kira stesen utama di Melbourne kalau nak naik kereta api. It is likely to throwback my first visit to the station 12 years ago in year 2004.......now I came to visit again after 12 years. Jalan yang kami lalu ialah, Bourke Street dan Swanston Street. Boleh kira sibuk jugak tempat ni. Akhirnya sampai jugak ke destinasi tersebut. Ada masa jugak kami masuk intai-intai stesen dulu.


Akhirnya sampai jugak....

'Intai' dalam stesen



Selepas itu, kami jalan sekejap di Federation Square dan turun ke bawah kat sebelah je dengan Yarra River. Pastu balik pulak naik ke perkarangan bangunan ACMI (Australian Centre for the Moving Image). Masa ni ada yang komplen penat....tapi nasib baik ada masuk sekali pameran sejarah media massa. Menarikanya ada jugak diterangkan pasal sejarah permulaan penciptaan video. Sebelum ini sebelum 1890-an, semua gambar-gambar je.
Federation Square

Helikopter tu pegi mane.....

Sebelah Sungai Yarra


Ada pameran tentang penciptaan kamera....dan video gaya awal abad ke-20, semua macam pelik gerakan je.... Kemudian ianya berevolusi ke video berwarna, penciptaan televisyen, awal animasi, animasi 3d, kemunculan zaman IT sampailah ke penciptaan game. Lepas tu pulak ada jugak pameran sejarah perfileman dan televisyen Australia.








Wayang kulit..

Selepas puas tengok pameran, kami keluar balik untuk bersiar-siar lagi. Kali ini pergi pula ke tempat lukisan-lukisan di Hosier Street. Sekali pandang macam budak-budak vandalisme buat...tapi sebaliknya tempat ni macam-macam lukisan dibuat sampai jadi tempat tarikan pelancong. Kemudian keluar pulak ke Russell Street. Kat jalan tu la, aku pandang hotel lama iaitu hotel Hyatt yang pernah kitaorang duduk 12 tahun lalu. Hari ni lalu saja.....
Gambar paling win,.....



Hotel dulu-dulu


Kami sambung jalan-jalan di Russell Street. Sebenarnya, kami nak cari tempat makan. Akhirnya kami singgah ke kedai Paparich kat QV Building. Alhamdulillah dapat gak rasa makanan Malaysia balik walaupun masih di luar negara.....Hari itu, aku makan nasi ayam....waktu dah abis makan,hari dah nak hujan baiiii......

Jangan risau, memang halal 100%!


Layan makan kejap....

Dan memang hujan turun dengan lebat sewaktu kami masuk ke Little Lonsdale Street. Apa lagi kami masuklah ke Melbourne Central sementara tunggu hujan berhenti.....Kami pun kadang-kadang tengok kedai-kedai yang ada kat situ. Yang buat kami lama-lama di Melbourne Central mall tu pasal ada yang beli barang kecantikan untuk sebagai hadiah lepas pulang ke tanah air......ni sementara itu, hujan dah sikit-sikit beransur reda.


Lokasi seterusnya ialah Victoria Market. Kami naik tram dari Lonsdale St sampailah ke stesen Victoria Market ke arah utara. Yang menariknya, naik dan turun percuma saja. TAK PAYAH BAYAR (Termasuk City Circle Tram). Apa sebab, selagi berada di Melbourne CBD atau pusat bandar seperti yang ditunjukkan di dalam peta dalam berwarna grey gelap, free of charge saja. Yeyyy, tak payah bayar kalau nak dibandingkan dengan Sydney. Tapi kalau dah terkeluar daripada zon tersebut, kena bayar la.....
Semua dah tutup masa tu.....

Kena berjalan kaki untuk balik....

Sampainya kami kat sana, ehhhh terkejut pasal tutup! Tak tau pulak tempat tersebut tutup....haihhhh....tak jadilah kalau macam ni. Apa lagi, kami pun berjalan kakilah untuk balik semula ke hotel yang hanya pusing ke kanan iaitu La Trobe St. Tapi malangnya masa tu, HUJAN LEBAT TURUN BALIK!!! Alamak, dah la tak ada payung masa tu....apalagi, kami terpaksa larilah....sekejap ada berteduh di bangunan berhampiran tapi terpaksalah kena cepat. Yang paling kesian, Mummy dan Shadiq tertinggal di belakang....Jadi, abah bagi kunci kat aku dan Shabil untuk teruskan perjalanan balik. Sampai di hotel, aku dan Shabil dalam keadaan basah giler......nak tak nak aku kena mandi....

Selang beberapa minit lepas tu, Abah,Mummy dan Shadiq dah balik pun. Semua macam dalam keadaan basah...hehe. Pukul 4.00 petang, lepas selesai solat, aku tak pergi mana-mana pun...duduk hotel je sebab dah tak ada apa dah nak pegi. Mummy dan Abah pulak pergi beli souvenir......karang kalau ikut nanti ada yang komplen penatla.......

Malam tu, aku kemas sikit-sikit sebab esoknya nak balik KL.......bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan