Sabtu, 10 Disember 2016

AL KISAH HARI AKHIR SPM 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, memandangkan dah mula cuti panjang selepas SPM selama tiga bulan, hari ini aku nak cerita pasal hari akhir aku menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Tarikh ketika itu ialah 30 November 2016 dan aku menghadapi kertas Ekonomi Asas. Pada hari yang sama jugak, kelas 5 LK menghadapi kertas Lukisan Kejuruteraan Kertas 1.

Jujur aku nak katakan, aku tak sangka tahun 2016 hampir nak sampai ke penghujung cepat gila! Aku rasa masa tahun baru 2016 ketika aku dan keluarga aku bercuti ke Avani Hotel Sepang Goldcoast macam baru saja semalam sambut. Tup tup hari ini (aku menulis), dah masuk bulan Disember dah sebelum menutup tirai tahun 2016.

Balik kepada cerita SPM, aku juga tak sangka hari tersebut merupakan hari terakhir aku memakai baju seragam sekolah dan HARI TERAKHIR ALAM PERSEKOLAHAN. Aku ingat lagi masa aku di tadika CEC di Seksyen 8 pada tahun awal tahun 2004, aku menangis meronta-ronta di kelas Ixora mintak abah bawak aku balik rumah (masa tu di Jalan Delta). Rupanya pejam celik-pejam celik aku dah nak mengakhiri zaman persekolahan aku dan bakal menjadi bujang atau mahasiswa.

Pada 30 November jugak, aku dah habis 8 mata pelajaran, tinggal satu saja lagi...tapi ada masa rehat yang agak sikit lama. Itupun ketika itu sudahpun habis kertas Sains. Sekarang hanya kena fokus satu mata pelajaran 100 peratus. Sebelum hari peperiksaan, cikgu Ekonomi Asas aku (Cikgu Zaini) pun bertungkus lumus buat kelas tambaham bagi persediaan terakhir.

Pada hari peperiksaan, aku agak lewat sikit untuk datang ke dewan peperiksaan kira-kira pukul 10.00 pagi (Kertas 1 EA bermula pukul 11.15 pagi. Mengikut peraturan peperiksaan, calon kena datang 10 minit sebelum kertas bermula). Sebabnya ialah sebelum itu, kelas 5 LK mula dulu, dan aku datang awal sangat agaknya sebab nak 'celebrate' rakan sebaya 5 LK kerana itulah last aku tengok diorang pakai baju sekolah. Lepas ni dah tak tengok dah. Pada waktu menunggu waktu peperiksaan, aku bersama kawan-kawan 5 Akaun, 5 EA dan 5 ICT tengok buku EA pada saat akhir sebelum kertas 1 bermula.
Hari terakhir aku dalam berpakaian sekolah....
Sedap je Umar baring atas katil bilik kesihatan.......

Rakan-rakan Imtiyaz seperti Wafiuddin, Syahid, Zakwan, Umar dan Azid pun ada waktu itu. Pada pukul 10.30 pagi, aku pergi sekejap ke foyer sekolah sebab nak tunggu 5 LK habis kertas Lukisan Kejuruteraan. Aku jangkakan ada sorakan kuat sebab dah habis SPM. Tapi macam sedikit jarang. Tengok saja mereka keluar daripada dewan peperiksaan, aku macam nak celebrate diorang at least ambil gambar.

Tapi macam tak sempat je sebab aku kena baca doa sebelum peperiksaan...kena cepat sebelum waktu peperiksaan makin dekat. Sebelum masuk dewan, semua yang ambik EA tengok-tengok buku pada last minute. Pukul 11.05 pagi, aku masuk ke dewan peperiksaan untuk Kertas 1 Ekonomi Asas. Tak mau ceritalah apa yang aku jawab.

12.30 tengah hari, selesai sudah kertas 1 dan satu kertas lagi dan, merdeka! Aku ingat masa tu aku nak makan tengah hari rupa-rupanya KANTIN TUTUP! Yelah mungkin pasal cuti sekolah agaknya. Apa lagi, kawan-kawan aku yang lain pun keluar sekolah untuk makan. Ada beberapa kawan aku nak sama-sama naik moto makan berhampiran Surau At-Taqwa. Aku pun nak makan kat luar jugak tapi apakan daya....fikirlah sendiri! Aku pun telefon abah akulah untuk makan tengah hari kat luar tetapi abah nanti hantar makanan iaitu nasi ayam dan epal untuk makan.

meme sikit derrrr.....aku yang buat

Aku pun tunggu di luar sementara menunggu abah. Tak lama pun. Abah pun sampai dalam 30 minit, yup beli nasi ayam dululah di restoran nasi ayam di bangunan kedai berhampiran rumah aku. Then, aku ambil keputusan untuk makan tengah hari di kantin. Ada jugak kawan-kawan aku daripada 5 ICT pun beli makan dari luar tapi makan di sekolah. Selesai makan, aku solat zohor di surau sekolah, aku tak perasan inilah solat terakhir aku di surau sekolah sebagai pelajar sekolah.

Hampir 1.40 petang, aku pun pergi ke dewan terbuka untuk berkumpul di sana. Cikgu Suri (guru Matematik aku sewaktu aku Tingkatan 2) dan seorang lagi pun sudah berada di sana. Cikgu minta aku bacakan doa sekali lagi. Aku rasa nak pakai mikrofon (ada di pejabat sekolah) supaya ramai boleh dengar. Selepas bacaan doa, kami pun naik ke dewan peperiksaan untuk kertas 2 pulak.

Aku masih ingat lagi soalan Bahagian B Kertas 2 ialah ada dua pakej pelancongan iaitu satu ke Cameron Highlands dan satu lagi ke Turki. Tak maulah cerita banyak kat sini nanti komenlah di ruangan komen di bawah....nanti aku explain.....

Pukul 4.00 petang, inilah masanya habisnya peperiksaan SPM!!! WAHHAAAA!!!!!! Aku terbayangkan dalam kepala aku masuk pukul 4.00 petang bunyi loceng daripada menara jam di Kremlin, Moscow berbunyi. Dengan pengumuman "Baiklah, masa menjawab telah tamat!", aku pun tak sabarlah nak habis. Pada masa yang sama jugak, kelas lain yang sudah selesai peperiksaan pun, menjeritlah........yup tak sabar nak sambut 'merdeka' depa.

Keluar saja daripada dewan peperiksaan, every student celebrate  in their own. Aku ingat lagi aku menjerit sekuat hati sampai terkena Sulaiman pulak....aduhhh masak.....Kemudian, semua turun ke bawahlah untuk masing-masing bergambar kenang-kenangan. Lepas ni datang sekolah sudah menjadi status pelawat......Pada masa itu jugak abah pun ada di tingkat bawah untuk bagi smartphone XPERIA untuk bergambar.......tak mau cerita banyak macam mana perasaan aku bila dah habis periksa.....(hmmmm...Amirah Azreen pegi mana agaknya??)
Azam , Zul dan Syahid (Hasyim kat belakang)

Semua sibuk bergambar

Woi, Syafi wat pe tu...panjat ke?

Husna dan Amira sedang berswafoto.....

Dengan Narsh......emmmmmmm

Dengan Nadzeera dan Husna....one my class assistant

'Celebration' aku habis pada pukul 4.40 petang selepas aku ambil gambar hadapan sekolah.....Inilah kali terakhir aku tengok kawan-kawan sekelas aku dalam berpakaian seragam sekolah. Aku pun baliklah ke rumah selepas itu. Dekat rumah pulak kena mandi dan solat cepat sebab nak bersiar-siar pulak ke Kuala Lumpur dan ambil Mummy. Abang Shahmil pun ikut sekali masa tu.....
Geng moto tunggu masa untuk balik

Syafi Haziq berswafoto.....

Member-member perempuan....

Sekelas......hanya Yusuf je yang tak ambil Ekonomi Asas

Nilah gambar yang aku rasa terkilan tak dapat ambik....masa tu aku dah balik

Habis bajunya kena conteng dgn tandatangan....

Masa aku buat 'Your Story' dalam Instagram aku dengan latar belakang gambar di Lebuhraya Persekutuan FT2, kawan aku (juga penolong kelas 5 Akaun), Nadzeera replied terkejut jugak, macam mana aku cepat gila pergi Kuala Lumpur. Mana taknya, baru 2 jam lebih habis SPM, terus ke ibu kota. Aku pun jawablah, nak ambil Mummy aku dari pejabat. Pada masa yang sama jugak, aku macam terkilan bila aku tengok kawan-kawan aku bergambar dengan Ustazah Norhayati (guru Pendidikan Islam 5 Akaun) di Instagram.....waaaaaaa rugnya sampai aku minta contact ustazah. Tapi aku lupa yang aku dah bergambar dengan beliau sewaktu teknik menjawab Pendidikan Islam pada bulan Oktober! Hampehhh, LOL! Malam itu, aku bersiar-siar dengan keluarga aku di Suria KLCC.......
@ Suria klcc.,...

Dalam masa yang sama jugak, aku macam sedih jugak tak dapat tengok kawan-kawan aku secara face-to-face. Dapat berhubung pun melalui alam maya sahaja. Aku lega sikit bila ketika aku menulis entri ini, rakan-rakan daripada kelas Imtiyaz 2012-2014 pun bercadang untuk membuat reunion, itupun tahun hadapan......lol! Rasanya itu sahaja coretan hari akhir SPM (selaku hari terakhir alam persekolahan) kali ini........jumpa lagi!

(Ketika aku menulis artikel ini juga kelas 5 ICT sudah habiskan SPM melalui kertas ICT pada Isnin 5 Disember)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan