Mmmmmmm.......ada siapa tahu tak lagu di atas?? Sebenarnya lagu ni merupakan lagu rakyat bagi negara Australia.....Aku ingat lagi lagu tu ada dalam salah satu cd mengenai lagu-lagu rakyat di seluruh dunia seperti London Bridge dan Kumbaya masa aku kecik dulu. Nak tau lebih....klik laman wikipedia ni....
Assalamualaikum dan salam Sehati Sejiwa semua......
Hari ini aku menulis tentang percutian aku dan keluarga aku ke Australia bermula dari 20 Disember ini sehingga 30 Disember 2016.....Yep dah nak tahun baru lah katakan barulah nak balik ke tanah air. Apapun artikel ini ialah mukadimah yaa....
Seperti percutian ke Jerman tahun lalu, perancangan cuti ni sudah dibuat beberapa bulan yang lalu. Aku ingat yang pada awal tahun lalu Mummy dan Abah sibuk nak beli tiket kapal terbang untuk ke Melbourne. Pada awalnya nak pakai Emirates (patutnya dari Dubai terus bukannya singgah KL) tapi tiba-tiba berubah kepada Malaysia Airlines.
Turut bakal ikut sekali ke Australia ialah Andak dan Uncle serta Abang Shahmil dan Shahnas. Cuma Abang Shahmi je tak ikut tetapi mereka akan ke Australia sehari lewat daripada itu iaitu 21 Disember sehingga 28 atau 29 Disember ini. Cuma bandar yang mereka lawati ialah Sydney sahaja.
Cakap pasal Australia, aku ada sikit sentimental dengan Australia ni. Aku pernah ke sana masa aku umur 5 tahun dulu iaitu pada sekitar tahun 2004. Aku tak lupa akan bangunan Victoria Station yang selalu aku diambil gambarnya. Ketika itu, hotel yang kami tinggal ialah di Grand Hyatt Hotel di tengah-tengah bandar Melbourne. Naik tram itu semua masih segar dalam ingatan aku walaupun sudah sedekad berlalu. Beberapa hari jugak kami ada tinggal di 'Rumah Malaysia' yang mungkin milik Kedutaan Malaysia......tak berapa ingat benda tu.....
Throwback........vacation to Melbourne back in 2004 |
Baiklah, antara lokasi yang kami jangka akan lawat ialah Gold Coast, semenangnya terkenal dengan pantai yang cantik sampai menarik lebih ramai pelancong untuk pergi ke sana melalui kebanyakkannya ialah penerbangan terus. Namun percutian kami ialah dari Melbourne sehingga ke Gold Coast melalui kapal terbang Jetstar yang dimiliki oleh Qantas. Seterusnya, lokasi seterusnya ialah kemungkinan bandar Brisbane.....aku masih belum lagi study lagi yeeee....
Kemudian kami akan mula perjalanan jauh menuju ke Sydney. Pahhhhhhh, gapo dok jauh gilo?? Nak tau berapa kilometer, LEBIH 1000 KM derrrrr hanya ke Sydney. Mungkin kami akan melalui Pacific Highway A1. Almaklumlah, Australia ni memang besar gila bhaii.....Sekarang ni, masih lagi dok sibuk pasal nak cari tempat makan la.....kemungkinan ada singgahla.....
Jauh gilo dohhhhh............. |
Bandar Sydney, siapa tak kenal dengan Sydney Opera House......itu antara bangunan paling femes di Australia ni....Selain itu, tempat-tempat lain di Sydney mungkin boleh dikaji kemudian.....Kemudian, mungkin ke Canberra, iaitu ibu negara Australia... Rupa bandar tersebut lebih kurang macam Putrajaya di sini cuma bezanya di sana ada jugak bangunan Parlimen manakala Putrajaya adalah sebagai pusat pentadbiran.
Akhir sekali, barulah kami ke Melbourne. Kat sana ada pelbagai tempat yang dijangka akan dikunjungi seperti Stesen Flinders Street, Federation Square dan tempat-tempat lain yang mungkin boleh dipertimbangkan kemudian......
Australia dan kangaroo berpisah tiada...... |
Sedikit latar belakang mengenai Australia yang merupakan salah sebuah negara Komanwel sama seperti Malaysia. Tahukah korang ketua negara bagi Australia ialah Ratu Elizabeth II? Pelik kan sebab baginda merupakan selaku permaisuri United Kingdom, salah satu sebabnya ialah Australia mempunyai hubungan sejarah budaya yang erat dengan Britain. Baginda juga merupakan ketua negara bagi Kanada dan New Zealand dan diwakili oleh Gabenor Jeneral. Selain itu, seperti Malaysia, Australia merupakan negara persekutuan yang mengandungi enam negeri dan sepuluh wilayah.
Secara ringkasannya, urutan bandar-bandar di Australia yang kami jangka akan lawati ialah Gold Coast, Brisbane, Sydney, Canberra (kemungkinan), dan akhir sekali Melbourne. Insya-Allah, aku akan ceritakan pengalaman aku bersama keluarga aku di Australia pada artikel akan datang. Jumpa lagi!!
(Ketika aku habiskan artikel ni, ni masih tengah mood berkemas......)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan