Rabu, 7 Disember 2016

FRASER'S HILL JOURNAL 2016 (18 SEPTEMBER 2016) - HARI LAST

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.....

Hari ini aku nak sambung balik cerita percutian aku ke Bukit Fraser sempena Hari Malaysia, bagi hari terakhir ni. (18 September 2016).

8.30 pagi, semua barang sudahpun dikemas dan kami pun keluar untuk checkout bilik. Sebelum itu, aku ambil gambar sedikit bilik untuk kali terakhir. Selepas selesai checkout, kami pergi ke medan selera semalam untuk sarapan pagi.
Barang sudah dikemas.....

Sarapan pagi di medan selera....

Jamuan aku di medan selera tersebut masa tu ialah nasi lemak. Selepas sarapan, jalan-jalan sekejap sekitar taman di medan selera tersebut. Habis sudah bergambar, sampai masanya untuk balik semula ke Shah Alam. Ingatkan jalan yang kami balik tu sudah boleh dua hala tapi rupanya masih lagi sehala masa dah keluar Bukit Fraser

Hanya duduk saja

Larangan dalam hutan simpan kekal

Pintu keluar Bukit Fraser

Dah sampai bawah dah itupun ambik masa lama sikit...


Ni pergi sedikit utara ke apa?

Memasuki pekan Raub...

Karnival apa ada kat situ.....

Kali ini kami menggunakan laluan ke Raub dan kebetulan pulak kami pun singgah ke pekan Raub sebentar sebab, nak tengok sekolah lama Mummy iaitu, Sekolah Menengah Sains Raub. Alma mater la katakan. Ingat nak ambik gambar saja rupanya masuk sekolah sekali sebab Mummy dah agak lama tinggalkan sekolah tersebut, paling kurangpun jenguk-jenguk kawasan sekolah sama ada terdapat perubahan dalam sekolah tersebut.

Sepanjang aku di dalam kereta, aku tengok ada asrama (memang status sebagai sekolah berasrama penuh) malah tidak ketinggalan juga ada dewan baru. Dekat sekolah tersebut juga ada kediaman pengetua dan kuaters guru. Mungkin pendapat aku, pasal nak memantau para pelajar sehari-hari agaknya....mohon betulkan kalau salah....

Ada masanya kami tengok-tengok kejap pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas yang aku rasa diorang ada kelas tambahan rasanya. Mummy sempat lagi menyapa pelajar-pelajar yang berada di situ. Rasanya mereka pun sama macam aku jugak, hadap periksa besar seperti SPM. Mummy jugak ada tunjukkan bilik-bilik yang ada kat sekolah tersebut seperti makmal kimia dan lain-lain.

Rasanya ni kuaters....

Asrama pun ikut rumah sukan ke??

Tak ingat pulak apa bilik ni?

Surau

Sekolah pun ada Coop Mart.......

Habis selesai jenguk SMS Raub, kami adalah sikit jalan-jalan sekitar Raub. Dekat situ ada jugak bangunan-bangunan lama yang masih lagi digunakan. Selepas ambil sedikit gambar, kami pulang semula ke Shah Alam dengan menggunakan Lebuhraya Karak. Waktu tu ada jem sikit ketika dah nak masuk Banjaran Titiwangsa.
Salah sebuah bangunan lama kot....


Melalui Bentong

Masuk Lebuhraya Karak

MRSM Bentong

Sampai KL dah......

Rasanya itu saja catatan aku selama percutian ke Bukit Fraser. Semoga berjumpa lagi!

Baca juga catatan Bukit Fraser hari-hari lepas....

Hari Pertama (16 September) - Pergi
Hari Kedua (17 September) - Jalan-jalan Bukit Fraser




Tiada ulasan:

Catat Ulasan