Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,
Hari ini aku ambil kesempatan ini untuk menulis hari pertama percutian aku bersama keluarga ke Australia. Ketika aku mula menulis artikel ni, aku baru saja sampai ke Melbourne dan kena tunggu sampai pukul 6 pagi waktu tempatan untuk ke Gold Coast melalui penerbangan Jetstar......
Sebelum ke KLIA
Cerita hari pertama bermula pada pukul 11 malam lebih iaitu selepas makan malam di 'Mekdi' Seksyen 7, Shah Alam. Masa tu, barang-barang aku semua sudah siap cuma yang beg besar-besar saja belum selesai iaitu pakaian. Aku hanya kemas sikit sebab aku kena tidur sebelum pergi ke KLIA pada pukul 4 pagi, sepatutnya. Itu berlaku lepas solat isyak....
Sebaliknya, aku bangun pukul 3.30 pagi, hampeeehhh betul sebab aku dah set masa pukul 2.30 atau 2.45 pagi untuk bersiap ke airport. Tak taulah mungkin badan aku macam berkilo-kilo kot baru boleh bangun...... sedangkan mummy dan abah semua sedang bersiap-siap. Banyak benda nak kena buat seperti sidai baju yang baru dibasuh, semak barang peribadi yang hendak dibawa, tolong bawak beg dan banyak lagilah kerja kena buat.
Semua benda ni hanya selesai kira-kira sebelum pukul 5 pagi....lewat daripada 'jadual' asal, spoill.... Nasib baiklah sempat lagi sampai KLIA pukul 5.30 pagi.
Masa di KLIA
Beg besar-besar kena masukkan dalam kaunter utama sambil dapat tiket kapal terbang. Selesai sudah, kami pergi surau untuk menunaikan solat Subuh dan pergi jalan sikit dalam KLIA (Sebenarnya nak cari kaunter pelanggan untuk kenderaan ditinggalkan lebih daripada 5 hari). Nasib dapat tengok sikit tren ERL Transit dari KL Sentral. Selepas itu kami naik ke balai perlepasan semula.
Masa tu jugak terserempak dengan Danial dengan keluarganya. Depa ketika ni pergi ke London melalui Malaysia Airlines jugak. Kemudian, aku tunggu sekejap di tepi kedai pengurup wang asing dan akhirnya terus masuk ke balai perlepasan antarabangsa dengan keluarga sekali. Masa tu dah naik matahari.....
Berbeza dengan percutian sebelum ini, kami terus ke boarding room sebelum masuk kapal terbang. Tak sarapan pun sebab dalam kapal terbang tu pun ada jugak siap sarapan. 8 50 pagi, kami masuk dalam kapal terbang. Kod penerbangan ketika itu ialah MH 129. Syarikat penerbangan yang sama jugak yang aku dan keluarga aku pakai pergi ke Melbourne 12 tahun lalu.
Dari KL ke Melbourne ambik masa 7 jam lebih (ingatkan 10 jam), hampir sebijik dengan dari Dubai ke Paris pakai Emirates. Malas nak cerita pasal dalam kapal terbang selain daripada entertainment dengan TIDOQ....
Selepas berjam-jam dalam kapal terbang, alhamdulillah sampai jugak ke lapangan terbang Melbourne...Seperti kebiasaan dengan passport control. Kami keluar dari balai ketibaan selepas itu dan menunaikan solat di prayer room yang disediakan. Kemudian, kami pergi jenguk kejap terminal 4 yang menempatkan Jetstar. Ketika itu, Melbourne baru nak masuk senja sementara KL masih lagi petang tapi Melbourne sudah masuk pukul 8.00 malam.
Selepas itu, kami naik ke atas sekejap di Balai perlepasan untuk jalan jalan untuk cari tempat makan nanti. Abah jaga sekejap barang barang sementera aku ikut Mummy dan Shabil makan kat kedai Noodles. Ada nasi lemak lagi tu......
Habis makan, kami duduk di kedai Hudsons Coffee sementara menunggu pukul 3 pagi untuk check in untuk ke Gold Coast.....bersambung....
(Ketika aku menghabiskan artikel ni....aku dah balik dah malam semalam pukul 8.00 malam...this is maybe last article for this year...stay tuned)
TERKINI (16 Februari): Adik aku, Shabil adda buat dia punya video vlog khas hari pertama ke Australia. Enjoy the show......
(Ketika aku menghabiskan artikel ni....aku dah balik dah malam semalam pukul 8.00 malam...this is maybe last article for this year...stay tuned)
TERKINI (16 Februari): Adik aku, Shabil adda buat dia punya video vlog khas hari pertama ke Australia. Enjoy the show......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan