Khamis, 1 Disember 2016

CERITA PERKAMPUNGAN ILMU @ KEM BUMI JATI (HARI TERAKHIR 23 OKTOBER 2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak sambung lagi cerita di Kem Bumi Jati bagi hari terakhir perkampungan ilmu (23 Oktober 2016). Dapat jugak kesempatan untuk menulis.

Pukul 4.30 pagi, awal-awal lagi dah kena bangun konon-konon aku ingatkan untuk qiamulail berjemaah tapi sekali qiamulail secara sendiri atau berjemaah dengan lain di surau. Sejam aku kena tunggu untuk kawan-kawan lain untuk bangun bersiap tapi aku mandi dulu la. Ada jugak kawan-kawan sebilik yang dah habis mandi....Masa qiamulail pulak, ada jugak beberapa kawan-kawan yang bertindak keluar surau sebelum azan subuh

Selesai sudah qiamulail, kami menunaikan solat subuh secara berjemaah seusai solat Subuh. Sebelum itu, aku nak pastikan semua pelajar lelaki kem itu hadir. Masaklah kalau ada yang tak hadir walaupun seorang. Habis solat, kami keluar ke kawasan perkarangan kem untuk senamrobik sekali lagi macam semalam tapi malangnya macam tak jadi je sebab dah lambat sangat. Masa tu dah 7.30 pagi., kena siap cepat untuk sesi Pendidikan Islam. Kami bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi ke dewan. Menu aku hari itu ialah nasi goreng!
Dok menyelfie je kejenya.....

hmmmmm.......

Ustazah memulakan majlis
Pukul 7.50 pagi, kami pergi ke dewan untuk sesi Pendidikan Islam. Ketika ini, penceramah ialah Ustazah..., ustazah yang sama juga mengajar teknik menjawab Pendidikan Islam sewaktu di UiTM pada 16 Oktober lalu. Pukul 10.20 pagi ada sedikit kudapan pagi. Antara yang diberi perhatian ialah:
  1. Menjawab soalan objektif. Yang itu kena lebih banyak baca pasal merupakan pilihan jawapan.
  2. Soalan Subjektif. Yang ni sangat penting sebab bagi markah kaw-kaw punya. Perkataan 'Jelaskan' ialah kena tulis jawapan paling cikai 4 patah perkataan. Perkataan 'Nyatakan' pulak paling pendek 2 patah perkataan. Perkataan 'Terangkan' kena panjang sikit iaitu 6 patah perkataan paling cikai.
  3. Soalan subjektif bagi pengajaran kena disertai perkataan SUKA. Apa kebenda tu? Supaya, Untuk, Kerana, Agar.
  4. Soalan Sirah pulak ada standard jawapan kalau nak senang bagi ingat. 
  5. Begitu jugak soalan kesan, akibat, faktor-faktor...dll juga ada jawapan standard. Contohnya jawapan seperti 'disukai/dibenci masyarakat'. 

Gambar perkarangan kem...



Rasanya ini sajalah yang aku ingat, nanti kongsikanlah apa yang korang ingat untuk calon SPM akan datang.

Pukul 12.30 tengah hari, tiba masanya untuk makan tengah hari. Karang lepas ni solat Zohor dan rehat sementara sebelum sesi Bahasa Inggeris pada pukul 2.00 petang. Sebelum itu kami mengemas barang terlebih dahulu memandangkan lepas ni nak balik Shah Alam.

Sape la yang buat posing 'love' tu?

Cikgu Santy beri sepatah dua kata terlebih dahulu...
(tulisan di bawah ini turut disertakan tulisan dalam bahasa Inggeris/ The writing below also inserted writing in English)

Pukul 1.55 petang, kami pergi ke dewan untuk sesi Bahasa Inggeris. Guru hari itu ialah GURU BAHASA INGGERIS KELAS AKU dan 5 Sains 1, iaitu Cikgu Siti Rauzani! Rasanya aku dah banyak tahu pasal cara nak jawab peperiksaan Bahasa Inggeris cuma hari ini lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan akhir untuk dapat markah yang lebih baik.
On 1.55 p.m, we went to the hall for English session. The teacher who will give speech during that day was MY ENGLISH CLASS TEACHER and 5 Science 1, Cikgu Siti Rauzani. I think I had knew a lot about how to answer the English Exam but today it is more for improving as a last preparation for earning better marks. 
Teacher Rauzani began to speech.....



Take note please......

Pertama sekali dalam sesi tersebut, cikgu menerangkan tentang kriteria penting untuk memastikan markah cemerlang dalam penulisan:
First of all, teacher explained about the important criteria to ensure achieve better marks in composition:

  1. Accurate language. / Bahasa yang tepat
  2. A vary sentence structure and must cannot be monotonous./  Struktur ayat mesti pelbagai dan tidak bersifat sama saja.
  3. Vocabulary must wide and precise. / Perbendaharaan kata mesti luas dan tepat. 
  4. Paragraph must be well-planned. / Perenggan perlu dirancang dengan baik
  5. Topic must be relevant. / Topik yang dibincangkan haruslah relevan
  6. Solid examples as supporting ideas. / Contoh solid beserta dengan idea sokongan.
  7. Interesting. / Menarik
Seterusnya cikgu menerangkan pula bagaimana hendak menulis pendahuluan. Mungkin itu kerana ketika menulis karangan, ramai pelajar sibuk fikir apa penahulian nak ditulis sampai masa lamanya. Perkara penting perlu ingat:
Next, teacher explained how to write the introduction. Maybe it was because most of the students are busy thinking what introduction must be written until took much of time when writing the essay. The important thing need to remember were:
  • Generalization/ Secara umum - Lebih kurang macam apa kebenda tu secara umum.
  • Questioning/ Persoalan - Lebih kepada apa persoalan dalam minda
  • Quotation or words of wisdom/ Kata-kata hikmat - Kata-kata tokoh atau pepatah
  • Definition/ Definisi - Apa maksud perkara yang dibincangkan
Kemudian beliau menerangkan pula jenis-jenis ayat seperti kenyataan, ayat soal, ayat seru dan ayat perintah. Peringkat pembentukan ayat dalam bahasa Inggeris adalah seperti ini
  1. Simple sentence
  2. Compound sentence
  3. Complex sentence
  4. Compound and complex.
Hampir pukul 5.00 petang, cikgu ada bacakan skrip karangan yang aku hantar minggu sebelum itu tak silap aku. Jujur nak cakap, cikgu sering puji idea aku nak tulis karangan. Walau bagaimanapun, cikgu juga ada jugak menegur struktur ayat mahupun perkataan yang sedikit silap dan perlu diperbaiki. 

Selepas habisnya sesi Bahasa Inggeris, tiba masanya untuk mengakhiri majlis. Datin Sabariah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberikan ucapan penutup. Sepatutnya ialah pengetua, Puan Siti Salmiah tetapi beliau ada urusan penting pada hari itu. Sebelum majlis tamat, ada sesi pemberian hadiah. Peserta lelaki terbaik jatuh kepada...........AKU! Hmmmmm...apa lagi ramai yang sorak kat aku laaa.....Haihhh, aku bukannya macam apa sangat tapi okeylah.
Datin Sabariah memulakan ucapan penutup....Haiqal saja kasi panas....

Last moments at Kem Bumi Jati
Pukul 5.30 petang, kami semua naik bas untuk pulang semula ke SMK Seksyen 7 Shah Alam. Pada awalnya, aku nak ambil gambar semua satu kelas 5 Akaun yang terlibat dalam kem ini tapi pasal nak cepat, dekat sekolahlah jawabnya. Zulqarnain pulak ke sana dengan naik kereta. Member sekelas yang naik bas dengan aku ialah Narshrah, Farah Farhana dan Iman Nabiha. Zarul pulak...tak ingat pulak dia naik apa?

Kat dalam  bas
Kami balik semula ke Shah Alam lalu Kota Kemuning melalui 'jalan belakang' kemudian guna Lebuhraya LKSA E13 dan Lebuhraya Persekutuan FT2.
Masuk sempadn penyelenggaraan JKR Petaling

Kota Kemuning

Lalu KESAS

Kira-kira pukul 5.55 petang, kami tiba di sekolah. Seperti yang dijanjikan kami ambil gambar sekelas  di luar sekolah tapi malangnya Zarul dah balik dah. Iman pulak tak nak. Jadi aku bersama Zulqarnain, Narshrah dan Farah Farhana. Member baik Narshrah, Ilyani ambik gambar kami....Masa ni abah dah sampai dah untuk ambik aku. Waktu itu sudah pukul 6.20 petang. Sampai saja kat rumah, Atuk, Wan dan Pak Su datang rumah.....

Nabila kasi peace.....
Okey guys, sampai di sini coretan perkampungan ilmu ni.....kalau ada nak komen boleh jugak di ruangan komen di bawah page blog ni....Wassalam dan jumpa lagi dalam entri akan datang....
Ni je yang tinggal....Zarul dah chow..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan