Isnin, 5 Disember 2016

FRASER'S HILL JOURNAL 2016 (17 SEPTEMBER 2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

Hari ini aku nak sambung cerita percutian aku dan keluarga aku ke Bukit Fraser bagi hari kedua (17 September 2016) selepas dah beberapa hari dah 'terbengkalai' gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan seperti peperiksaan SPM. Ini cuti panjang 3 bulan ni banyak aku nak tulis hari ini.

Lepas habis solat subuh pada hari itu, aku duduklah kejap sambil main Galaxy Tab aku tapi mana ada tidur lagi dah. Lepas dah mandi segala bagai, aku ada makan sarapan pagi seperti roti dan lain-lain yang aku tak berapa ingat apa aku makan masa tu.
Pagi di Bukit Fraser.....

Lepas segala dah habis selesai urusan, kami (termasuk Angah, Kak Farra dan Zara) pergi ke The Paddock. Aku ingat apa kebenda ntah tu rupanya tempat tu merupakan tempat riadah keluarga bagi sesiapa yang bercuti di sana. Kat sana macam-macam korang boleh cuba buat aktivti riadah. Setakat ni yang aku tahu ialah menunggang kuda dan memanah. Dua sukan ni adalah sunnah nabi.....dan aku ingat nak cuba dua-dua sukan ni.


Kawasan memanah

Pertama sekali, kami cuba naik menunggang kuda. Jujur aku nak kata, aku dah lama tak menunggang kuda sejak kali pertama aku naik kira-kira 9 tahun lepas. Kali pertama aku naik (masa tu aku kecik lagi) waaaaaa......rasa geli betul masa naik kuda dan nak turun. Kali ini dah besar, nak cuba naik kuda tanpa rasa geli.

Kena bayar dulu la sebelum tu. Tapi kena tunggu lama sikit pasal orang dalam kaunter tu tak ada, tapi nasib baiklah tak lama sangat kira-kira dalam 15 minit. Selepas itu, kami yang menunggang kuda kena tunggu di pintu masuk tempat menunggang kuda untuk giliran. Boleh katalah yang masa tu ramai yang naik kuda. Sampai ke giliran aku, tak sabar pulak nak naik. BTW, Shabil dan Shadiq pun join sekali berserta dengan Angah and the family.
Ongkos untuk menunggang kuda.....


cuba naik tanpa rasa geli.....


Yey...dah boleh naik kuda bhai....

Selesai naik kuda, jalan-jalan sikit lah dulu, ambil gambar persekitaran. Kemudian, kami pergi ke tempat memanah. Pada awalnya nak tengok saja tapi ada jugak nak cuba main termasuk aku. Apa lagi, beli kuponlah untuk menunggu giliran untuk memanah.

Aku malas nak cerita panjang pasal panahan orang lain, cerita aku punya panahan jelah. Sebenarnya aku dah tahu sikit-sikit main memanah pasal dah pernah cuba dah sebelum ni seperti kat dewan MPC sekolah (aku masih ingat lagi Cikgu Adawiyah yang menguruskannya). Back to the story, AKU TAK LUPA MASA PANAHAN PERTAMA, DAH KENA DAH TARGET TAPI DEKAT TEMPAT ORANG LAIN!! KAH! KAH! KAH! Aku ingat apa ntah........JILAKE betul! Tapi panahan selepas itu dah tak lagi dah kena kat target orang lain. Ada beberapa panahan yang pergi jauh ke 'depan'. Ada jugak yang kena target sipi-sipi je. Selepas habis saja giliran aku, giliran abah pulak seingat aku.
Ongkos untuk memanah

Dapat resit ke kupon?



Aku cuba memanah
Abah cuba pulak.....

Bukan aku seorang je yang main, abah, Shabil dan Shadiq juga join sama. Tak ingat pulak Angah and the family pun join sekali. Selepas daripada aktiviti memanah, selesai sudah aktiviti kami di The Paddock. Kemudian kami naik kereta pusing satu bukit.....nak tahu kenapa....nak cari tempat rumah penginapan BNM yang satu lagi laaaa....haihhh pening sikit la pasal jalan bengkang-bengkok.

Pagar the Paddock....


Masjid Sultan Mahmud

Medan selera.....

Ada kedai jualan cenderahati lagi....

Kak Farra dan Zara....

Kami kemudiannya pergi makan tengah hari di medan selera. Selepas makan kami ingat nak pergi ke air terjun, tapi bukannya masuk pun pasal, JAUH GILA LEPAS TU JALAN BENGKANG-BENGKOK PULAK..tapi tak pe lah at least pergi jugak lalu. Kemudian singgah dekat Allan's Water yang terletak tak jauh dari pusat bandar.

Kuarters kerajaan mana lak ni....

Air Terjun...tapi tak masuk punn

Nak cerita sikit pasal sejarah Allan's Water ni. Sebelum ini, tempat ini merupakan empangan sebagai takungan air untuk keperluan bekalan air bersih. Tapi bila permintaan meningkat, pihak berkuasa masa tu telah membuat  tempat pengambilan air yang lebih besar untuk menampung permintaan tersebut. Sejak kawasan tu tidak lagi sebagai takungan air, maka Perbadanan Fraser Hill telah menjadikan Allan's Water sebagai tasik rekreasi untuk riadah.

Jadi mana datang nama 'Allan's' ni? Nama ni diabadikan daripada nama Mr. J.H. Allan, seorang pembantu jurutera yang datang ke Bukit Fraser pada tahun 1921 dan mengkaji banyak kawasan Bukit Fraser. Beliaulah yang dok gerakkan idea buat empangan ni di tempat di antara 'paddock' dan gelanggang bola kayu (amenda ntah) bagi menghasilkan tenaga hidroelektrik dan tasik rekreasi.

Sebenarnya kami bukannya nak masuk pun pasal nak balik ke hotel punya pasal. Apa boleh buat hanya mengambil gambar saja. Selepas itu, kami chow balik hotel. Sebelum itu, kami masuk kejap kat kebun buah-buahan.
Naik bot pun ada......


Sape yang faham bahasa Inggeris boleh baca ni....


Fuhhh.....main jalan dalam bola....
Kebun strawberi.....ingatkan kat Cameron Highlands ada benda alah ni.....


Sepanjang petang kami berehat di hotel. Aku pulak dok fikir nak cari masa untuk mengulang kaji untuk SPM (hehe....masa aku tulis ni pun, SPM dah abis dah). Tak ingat pulak Angah dah balik petang ke malam? Rasanya petang kot.......

Pada waktu malam, kami tak pergi ke mana-mana pun. Makan malam kami ialah Maggi Tom Yam...Aikkk, ingatkan pakai kari....hmmmmm makanlah lain sikit, asyik kari je....kah kah!

Tunggu sambungan hari terakhir (18 September).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan