Isnin, 1 Disember 2014

Cuti-cuti di Eropah (Hari kelima)

Hari ini kitaorang ada city tour sekitar Amsterdam. Waktu pagi,kitaorang ada sarapan di tempat makan.di depan hotel. Lepas tu, kitaorang ada rehat sekejap untuk plan nak pergi mana lepas ni...
Selepas itu, kitaorang keluar hotel untuk jalan-jalan sekitar Amsterdam. Ada jugak kitaorang ambil gambar kat sana. Pada awalnya kitaorang ada nak pergi Madamme Tussauds tapi belum bukak lagi.
gambar di tepi bangunan Madamme Tussauds
Lepas tu, kitaorang plan nak pergi ke Hard Rock Cafe. Lepastu , kitaorang jalan sampailah ke Flower Market. Banyak bunga jual kat situ. Lepas dah ada yang rasa sejuk, kitaorang pi ke mekdi untuk makan kejap.

Kemudian kitaorang teruskan jalan sampau ke Hard Rock Cafe. Ada sesekali hampir tersesat mau cari jalan. Dalam tu, abah ada beli 2 helai baju. Selepas itu,kitaorang rancang nak balik hotel. Sebelum itu, mak.aku ada nak beli benda kat farmasi. Lepas tu, mak aku singgah kedai-kedai cenderahati. Adik aku sampai mengadu penat nak balik hotel. Kitaorang sampai balik ke De Dam untuk ambil gambar.

Sori, gambar selfie aku macam aku tutup mata plak, ntah pasal apa?

Lepas tu, kitaorang makan di kedai kebab depan je dengan kedai pizza yang kitaorang makan semalam. Lepas kitaorang dah kenyang, kitaorang balik semula ke hotel. Waktu tu, dah nak masuk malam. Solat jamak pun tak lagi. Sebelum tu, kitaorang ada pergi satu lagi kedai souvenir. Ada sesetengah kedai yang adik aku gelarkan "kedai *****". Tu aku tak berani nak cerita...

Lepas dah sampai hotel, kitaorang rehat sekejap lepas tu solat. Aku sebenarnya ingatkan ada lagi nak keluar lagi rupanya tak. Ada member family aku dah tidur dah...lagipun abah dah cakap tak keluar lagi waktu malam pasal malam tu dah sejuk sangat...jadi duduklah kitaorang dalam hotel tu.......menuggu esok, pi London pula....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan