Khamis, 4 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-8, pi Liverpool)

4 Disember 2014
Semalam kitaorang pergi ke Liverpool. Pakai kereta je. Lepas dah makan kat Malaysia Hall, kitaorang terus pergi ke kedai kereta sewa Alamo. Kitaorang ambil kereta Citroen.
Kitaorang lalu Edwgare untuk masuk ke M6 untuk pergi ke utara. Lepas beberapa minit, kitaorang singgah dulu ke kawasan rehat sebab ada yang nak pergi tandas. Lepas dah abis, kitaorang beli makanan seperti coklat dan air kosong untuk alas perut.
Melalui 'motorway'....
Hampir 3 jam lebih berada dalam kereta akhirnya sampai ke Anfield. Kemudian, nak cari pula stadium. Sampailah jugak.
Selepas parking, kitaorang masuk ke dalam kaunter muzium untuk tour.....aku letak gambar sikit dulu.
Buat bangga.....

Cerita tour kitaorang, mula-mula kitaorang dibawa bersama sama dengan pelawat lain ke galeri legend Liverpool. Ada gambar-gambar pemain dan pengurus-pengurus sebelum sekarang. Selepas itu, kitaorang dibawa ke bilik sidang media.

Kalau sebelum ni dalam tv, kita ingat bilik sidang media macam tv studio. Tapi rupa-rupanya kecik je. Yang tempat duduk pulak sebagai tempat duduk wartawan.

Selepas itu, kitaorang pergi pulak ke bilik dressing. Jersi real sebenarnya. Rasa macam nak pegang je asalkan JANGAN CURI.....hehe.
Selepas itu, kitaorang keluar ke padang. Baru first time dapat tengok stadium tu depan mata aku. Padangnya pun boleh tahan.
Lepas dah ambil gambar, kitaorang pergi lagi ke satu bahagian stadium sebelum keluar. Kat situlah boleh tengok sepakan sudut dan penalti dengan jelas.
Dah abis tour, kitaorang masuk ke dalan muzium untuk tengok sejarah pasukan Liverpool dari awal penubuhan pada tahun 1892. Barulah aku tau sebelum Liverpool ditubuhkan, hanya ada pasukan Everton sebelum itu.
Paling aku suka yang masa Liverpool juara Eropah kali kelima pada tahun 2005. Lepas tu, kitaorang ambil gambar. Kat sana jugak ada model stadium Anfield lama.....memang rare.
Inilah stadium Anfield yang lama dulu sebelum dimodenkan.....
Lepas dah melawat muzium, kitaorang beli.belah di kedai Liverpool. Aku ada beli pin dan baju t-shirt jalan jalan. Adik aku pulak ada jersi training. Ada banyak barangan lain yg kitaorang beli.Sebelum kitaorang balik aku ada bergambar dengan patung Shankly....

Akhirnya, kitaorang pulang semula ke London. 400 km tu. Boleh kata dari macam dari KL sampai Johor Bahru atau Kuantan atau Ipoh... Kitaorang balik terus ke hotel......dah 8 hari di Eropah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan