Rabu, 17 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-13 ; Disneyland Paris)

9 Disember 2014

Hari itu, aku bangun pukul 7.00 pagi untuk nak mandi dan solat. Selalunya kena bangun pukul 6 lebih. Mungkin pasal beza waktu kot....Lepas dah bersiap, aku rasa aku nak makan sikit atau paling tidak, minum pun tak mengapa.

Pemandangan ke arah stesen Gare Du Nord..

Kami keluar dari hotel pukul 10.00 pagi. Awalnya kami memang nak bersarapan. Mulanya kami ke McDonalds tapi pasal adik aku nak nasi, kami mulanya nak pergi ke kedai kebab tapi pasal dah lambat, kami terus ke stesen untuk ke Disneyland.

Makanan sarapan aku hanyalah croissant yang abah beli di St.Pancras, London di Stesen Gare Du Nord. Tapi lama jugak kami tunggu kereta api. Tak macam di London, setakat beberapa minit dah sampai tapi sini agak lambat. Kami menggunakan jaringan B untuk ke stesen Chatelet Les Halles sebelum tukar kereta api ke jaringan lain pula.

Singgah kat stesen ni dulu sebelum ke Disneyland pakai line warna merah
Apa yang aku sedikit rimas adalah di stesen, dalam kereta api dan mana-mana dalam stesen ada saja lukisan-lukisan ala vandalisme. Di London, boleh dikatakan memang bersih.....Selepas beberapa minit, kami pun menaiki kereta api menuju ke Marine la Vailee- Chessy di mana terletaknya Disneyland.

Masa dalam kereta api, dah dekat-dekat dengan Marine la Vailee-Chessy, kereta api tu dah mula lambat lepas tu kejap-kejap berhenti.....aduyyyaaaiiii. Kalau macam ni bila nak sampai. Last-last berhenti di Torcy.....tandanya kereta api dah makin sikit orang pastu petunjuknya sampai ke Torcy je...grrr. Nasib baik cepat je kereta api lagi satu tu sampai cepat ke Disneyland dan satu lagi ramai juga tunggu di stesen Torcy.

Selepas beberapa minit, akhirnya kami pun sampai jugak ke stesen Marine la Valiee-Chessy. Masa aku dah nak keluar dari stesen, baru je aku keluarkan tiket, adik aku kacau aku, last-last pintu tiba-tiba tutup. Nasib baik boleh buka kalau tak....tulah yang aku geram sikit. 

Dekat perkarangan Disneyland Paris, kami tercari-cari di mana tiket masuk. Kami pun pergi ke tourism information untuk tanya kat mana nak beli tiket. Rupanya dalam park itulah. Dekat masuk ke Disneyland Paris, kena check beg pulak macam kat airport. Nasib baik boleh lepas.....

OTW ke Marine la Vailee-Chessy....
Planet of Hollywood pun ada sekali...ingatkan cuma Disneyland Park je..
Ramai jugak orang nak masuk......
Lepas tu, kami cari pula mana ke Disneyland Park. Rupanya kat sebelah kanan kami. Yang arah terus pulak pergi ke Walt Disney Studios Park... Dalam perjalanan aku sampai ke tempat tiket tu, aku tengok ada jugak budak kecil yang pakai baju karakter Disney. Yang paling aku nampak yang pakai baju dari filem Frozen je....almaklumlah filem tu terkenal dan mendapat kutipan tertinggi mengatasi Iron Man 3 pada tahun lepas (aku adalah salah satu penontonnya). 

Aku ada ambil sedikit gambar sebelum masuk ke kaunter tiket........

Tudiaa.....bangunan sebenarnya tu adalah bangunan hotel dan kat bawahnya kaunter masuk
 Kami masuk ke kaunter tiket tapi kena beratur dululah. Yang terus masuk pulak adalah mungkin yang ada season pass atau yang ada tiket 2-3 hari. Tapi boleh jugak masuk ke Disneyland Park. Di depan masuk pun ada ambil gambar....

Kami mula pusing-pusing sekitar Main Street USA sampailah singgah kejap di sebuah kafe untuk isi perut. Nasib baik ada kek coklat. Selain itu, aku juga makan croissant yang abah bawak....


Selepas kami kenyang, kami keluar dan aku ambil gambar istana Sleeping Beauty. 


Cantik tak pemandangan dari sini....

Gambar snowman Donald dan Daisy Duck
Selepas itu, kami pergi ke Discoveryland. Seperti aku dah katakan dulu aku memang tak suka naik apa saja jenis roller coaster....tapi Shadiq macam nak paksa aku naik....eiiiii, main mana boleh paksa-paksa lah. Jadi, aku cadang nak pergi main naik kereta iaitu Autopia. Aku pernah naik dulu masa di Tokyo.....seronok naik kereta macam naik kereta betul
Masa nak masuk tu, punyalah lama beratur itupun tak lah panjang sangat..Dapat jugaklah naik tapi malangnya, aku tak drive kereta tapi Shabil drive. Sesekali aku pakai gear untuk gerak.. Best jugak dapat tengok belakang iaitu abah dan Shadiq pun drive sekali dari belakang. Sesekali jugak ada jugak langgar kereta lain walaupun tak boleh bump..Kalau boleh aku nak cakap, "WEIIIIIIIII, TEPILAH SIKIT, WEIIIIIIII HAMPEH LU HAH..." tapi pasal aku tak nak kantoi, aku tak nak cakap lah. 
Masa dah nak masuk...

Kemahhh, naik kereta bohh dengan Shabil...
Abah dengan Shadiq kat belakang....
Tau-tau jelah kereta pi mana...
Aiyoooo, itu jem aaaa.....hehe
Alright, sudah habis di Autopia. Kami nak jalan lagi. Tapi adik-adik aku nak pergi satu lagi attraction iaitu, Astro Orbiter. Ala, yang pusing tu. Tapi aku tak naik pasal aku bimbang aku pening nanti...aku hanya ambil gambar je lah...

Ini dia.....
Adik-adik aku masa naik...... 
Habis di Discoveryland, kami nak pergi ke Adventureland dan Frontierland. Tapi sebelum sempat nak masuk, ada perarakan karakter Disney kat Main Street USA. Aku hanya sempat ambil yang kereta hias je......

Kat perkarangan.....
Selepas itu,ambil ambil gambar sikit sebelum masuk ke Adventureland....

Dekat Adventureland, bandarnya ala-ala Arab daaa...yupp dari cerita Aladdin..

Pintu masuk....
Tapi sebenarnya kat sana kami tidak naik apa-apa pun lalu kami terus ke Frontierland. Adik-adik aku nak naik satu roller-coaster yang bertemakan Indiana Jones. Tapi malangnya, Shadiq kecil sangat daripada  syarat ketinggian yang ditetapkan...jadi kami rancang nak naik Railroad. Masa kami pergi berjalan tu, ada orang ramai berkumpul kat situ. Rupanya, itu adalah sessi bergambar dengan Goofy. 

Fuyoo....
Aaaaaa......tersentuh hati aku

Selepas itu, adik-adik aku naik yang Pirates of Carribean tu. Aku sangka itu adalah roller coaster. Tapi bila depa dah abis naik tu, diaorang cakap itu bukan roller coaster pun . ARGGHHH, ruginya......kecewa sikit. Kami terus ke Fantasyland...





Dekat Fantasyland, kami ada makan-makan  di tempat makan yang ada jual kentang goreng kat sana. Masa tengah beli tu, kami ada berjumpa dengan sepasang suami isteri yang seMalaysia dengan kami, Dengar cerita mereka pun balik KL pada hari yang sama dengan kami. Malah mereka juga naik pesawat Emirates dengan kami. Selepas dah berbual, aku dengan adik-adik aku cari tempat duduk. Nasib baik ada.

Selepas dah makan, kami keluar semula untuk pergi ke It's A Small World. Huk aloh, lagi.......Tapi kat sana pun ada yang berlainan daripada Disneyland yang lain.


Yang ini dari Russia....
Macam kenal je benda ni....kemungkinan wayang kulit...tapi asal ada latar belakang lain macam

Ini dari Arab...

Dari Amerika...
Sesudah kami di sana, kami pun keluar. Beberapa minit sahaja, mula kedengaran perarakan dari hujung. Rupanya itu adalah perarakan lagi dari karakter Disney. Mujurlah aku sempat ambil gambar lagi.....

Persembahan dari Mickey....

Dari karakter Toy Story....
Selepas dah habis perarakan, kami jalan-jalan semula. Semasa aku berjalan dengan keluarga aku, aku terserempak dengan karakter Frozen berjalan. Aku nampak ramai orang pergi kelilingi diorang.. Aku cuma nak ambil gambar je. tapi terkeluar pulak brosur. DEMM........melepas......

Sikit lagi nak dapat...
Mummy dan adik-adik aku ada naik ride 'cawan berpusing' lepas tu......
Mummy dan adik-adik aku naik...sorry blur sikit gambar
Selepas itu, aku dah rasa nak terkencing kejap. Jadi kami tercari-cari nak pergi tandas. Rupanya terjumpa kat tepi Main Street USA...bersebelahan dengan kafe. Dah lepas abis tu, kami pergi ke Buzz Lightyear Laser Blast. Sekali lagi aku sangka, itu adalah ride yang buatkan aku pening. Jadi, aku tak pergi dan temankan mummy kat kedai cenderahati. Tapi rupanya, bila abah dan adik-adik aku dah habis naik, mereka cakap tak pening langsung. Cuma tembak je.....demm rugi.

Habis di kedai, kami keluar untuk balik semula ke Main Street USA. Sebelum itu, aku ada ambil gambar sekejap.


Kami pergi ke kedai pakaian dan cenderahati sebenarnya nak tengok je kalau-kalau ada apa nak beli sebagai ole-ole untuk balik Malaysia nanti. Kami ada beli baju dan magnet (seingat aku). Selepas itu, kami keluar untuk sesi pertunjukkan bunga api. Aku pun ada video jugak tapi kebanyakkannya hampir tak nampak pasal ramai orang sampai ditegur abah. Kami pun pergilah ke depan lagi.......




Apapun, pertunjukkan bunga api tu memang cantik......malangnya aku hanya ambil beberapa minit videonya je pasal mummy suruh berhenti lagipun baki minit pun sudah sikit. Selepas pertunjukkan itu, kami pergi ke kedai semula. Adik-adik aku ada beli patung Woody dan patung kecil Perry the Platypus. Tapi yang paling comel ialah Perry the Platypus..........

Sesudah kami berseronok di Disneyland, kami mula balik hotel naik kereta api...........sebelum kami balik ke hotel, kami makan-makan di kedai kebab. Tapi pasal dah kenyang sangat, aku cuma makan satu burger ayam saja...kentang goreng lagilah banyak. Jadi abah putuskan untuk bawak balik.....

Habis hari ke-13 kami di Eropah.....tinggal 2 hari saja lagi untuk balik ke tanah air....














2 ulasan: