Au revoir, Republique de France.....
Itulah yang aku dapat katakan sebab hari itu merupakan hari kami pulang ke tanah air. Kami perlu bersiap awal supaya dapat berkemas beg dengan mudah. Aku ada bersarapan sedikit seperti ayam yang dibeli di kedai kebab dam biskut.
Pada pukul 10 pagi, kami dah mula keluar hotel. Sebelum kami keluar, abah ada tulis nota yang ada makanan yang terpaksa kami tinggalkan dan maklumkan bahawa makanan tersebut halal. Seperti biasa, abah serahkan kunci bilik sebagai daftar keluar.
Sebelum kami meninggalkan kawasan hotel, aku ada bergambar sedikit....
jalan paris..... |
Selepas itu, kami mula masuk ke stesen. Dah beli tiket, barulah kami turun ke bawah untuk tunggu kereta api ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle.
Sebenarnya, kereta api ni tak singgah mana-mana stesen pun dan kereta api jalan saja terus ke airport.
Dah sampai airport, kami perlu beri beg berat dulu kat kaunter yang disediakan. Sudah selesai urusan kami, abah dan mummy pergi jumpa sepasang keluarga yang kami jumpa di Disneyland sehari lepas. Selepas dah habis berbual, kami pergi ke mcd untuk makan sebelum nak pergi solat. Lepas tu, kami nak solat jamak tapi malangnya, tak ada wuduk. Jadi kenalah solat kat Dubai nanti.
Lalu suburb demi suburb....... |
Dah pukul 2 petang, kami dah nak masuk dalam kapal terbang. Selepas check pasport, kami kena diperiksa barang dalam x ray. Mummy lambat masuk pasal ada botol air mineral dalam beg. Kalau mengikut peraturan, air mineral tak boleh masuk dalam penerbangan. Selepas itu, kami singgah sebentar di duty free untuk beli. Kemudian, kami jalan-jalan sekejap sekitar terminal. Sekali sekala kami ada singgah di kedai. Pada masa yang sama, aku buka tablet tengok perkembangan perlawanan Malaysia vs Vietnam second leg. Dengar cerita setakat ni Malaysia dah lead 4-1 (keputusan penuh 4-2 memihak Malaysia).
Jam 3 petang, kami mula masuk ke dalam kapal terbang Emirates. Selang beberapa minit selepas itu, kapal terbang dah mula take off. Au revoir, France.
Seperti masa kami pergi Perancis, penerbangan ni ambil masa 6 jam. Aktiviti aku, tidur, makan dan tengok movie je.....
Kami dah sampai Dubai pukul 12 malam waktu tempatan. Sebelum teruskan jalan, aku solat qada dan jamak dulu dengan adik-adik dan abah aku. Selepas itu, kami nak pergi makan dulu. Kami pilih mcd sebagai tempat makan. Selepas itu, kami tunggu penerbangan seterusnya ke KLIA. Mummy dengan adik-adik aku tidur manakala aku sibuk cari wifi. Pukul 4 pagi, kami dah mula ke check in. Tapi agak lambat sikit pasal ada yang nak pergi tandas. Kemudian, kami masuk terus ke dalam pesawat.
Airport Dubai.... |
Nilah pintu yang kitaorang naik... |
Meninggalkan Dubai..... |
Gambar Kuala Lumpur....... |
Lalu Seremban jappp....... |
Lalu Port Dickson........ |
Kami touch down di KLIA pukul 3 petang. Dah siap check pasport, bag claim barulah kami naik kereta dengan pak ngah yang dah lama tunggu kitaorang. I'm home...
Dah sampai airport dah...... |
Kami singgah di rumah datuk aku di Ampang sekejap. Waktu malam pulak, kami dah balik rumah dah...
THE END...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan