Jalan-jalan dalam London. Aku bangun agak lambat sikit. Pukul 6 45 pagi agaknya kot.
Masa dah nak turun bawah, abah aku cuba nak kunci pintu tapi tak boleh dan kunci itu tersekat. Abah aku pun minta tolong reception.
Aku sarapan kat tingkat bawahlepas dah siap solat. Sambil sambil tu, mummy dan abah berbual dengan pak cik sekeluarga dari Malaysia. Aku ada berbual dengan dia pasal periksa PT3.
Lepas dah makan, kitaorang siap untuk keluar untuk jalan-jalan di sekitar hotel kitaorang dulu. Dekat sana ada jugak banyak makanan halal kat situ.
Tengah berjalan kat sana aku ada ambil gambar Royal Albert Hall.
Bangunan Royal Albert Hall, di situlah Allahyarham Sudirman pernah buat persembahan di situ.... |
Walaupun dekat tapi memang panjang gila. Memang penatlah berjalan tapi berbaloilah jugak dapat tengok sikit perarakan kawad. Kemudian aku ambil gambar Istana Buckingham.
Buat muka depan Istana Buckingham |
Selepas itu, kitaorang berjalan sampai ke bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk ke Malaysia Hall untuk makan tengah hari. Jaraknya dekat je dengan hotel kitaorang, beberapa kaki je. Dekat sana, aku makan nasi ayam masak merah, kesukaan aku. Memang sedap. Lepas dah makan, kitaorang balik semula ke hotel untuk rehat...tak ada aktiviti waktu malam sebab abah pergi ke kedai dobi masa tu...
Bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan