Jumaat, 5 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-9)

5 Disember 2014
Hari ini kitaorang pergi jalan jalan sekitar London. Lepas dah sarapan dan tunggu mummy siap, kitaorang pergi ke Muzium British.

Pakai kereta api sampai ke stesen Tottenham High Street, stesen yang berdekatan dengan muzium tersebut...
Pintu masuk muzium......
Selepas masuk ke dalam muzium aku nulakab dulu dengan sejarah Mesir, Mesopotamia dan Greek....

Mengenai Mesir, banyak cerita pasal sejarah Firaun. Ada juga sculpture seperti "mummy" dan juga patung Firaun. Tamadun Assyria pula aku ada ambil gambar pintu dan patung-patungnya. Sementara tamadun Greek pula ada cerita pasal sejaraj city states, dan paling aku ingat pasal demokrasi. Rasa tak larat pula nal cerita banyak. Selepas itu, kitaorang ada pergi dalam satu bilik kayu mengenai bahasa, tulisan dan lain lain tiap tamadun...
Selepas itu, aku ada rancang nak pergi ke sejarah Asia tapi malangnya alahai..tutup pulak. Kemudian, kitaorang pergi ke tamadun Islam......ada artifak yang ada di situ seperti pinggan, senjata, alatan sains dan sebagainya....
Pameran matawang lama....
Lupa sat nak cerita, sebelum pergi ke bilik itu, aku ada bergambar dengan cebisan Tembok Berlin yang dirobohkan pada tahun 89. Kemudian, aku tengok sekejap benda apa ntah tapi kaitan dengan Pasifik....
Salah sebuah cebisan Tembok Berlin
Selepas dah abis tu, kitaorang keluar dan balik ke Queensway dan makan tengah hari kat Malaysia Hall. Selepas balik hotel, abah rancang nak keluar lagi tapi ada yang dah tidur jadi tak jadilah. Kitaorang duk je dalam.bilik sampai malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan