Sabtu, 20 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-14; Jalan-jalan Paris)

Sambung cerita.....

10 Disember 2014

Hari itu, adalah hari terakhir kami tinggal di sebab keesokan harinya dah kena keluar dari hotel. Hari itu, kami kena pulun habis jalan sebelum balik. Lepas dah bersiap tu, kami makan apa yang ada lepas tu rehat. Sepatutnya kami kena keluar awal lawat tempat-tempat menarik di Paris supaya bada masa lagi nak beli barang. Rugi 4 jam macam tu je.......

Tapi kami jugak keluar....Seperti biasa, kami pakai stesen Gare Du Nord sebagai stesen mula-mula...pakai line biru sampai ke St.Michel lepas tu tukar train lagi untuk pergi ke stesen Menara Eiffel.. Yuppp, pergi menara Eiffel dulu, itulah lambang kemegahan Perancis.....

Bila dah keluar stesen, aku mula terpandang Menara Eiffel tu.....tak sangka memang tinggi depan mata aku. Apa lagi, ambil gambarlah dulu di tepinya sebelum pergi betul-betul ke Menara Eiffel..
Menara Eiffel dari stesen.....

Masa kami jalan-jalan tu, ada beberapa orang minta derma dari kami. Sebenarnya, nak menderma tu boleh tapi apa yang aku bimbang nanti orang yang minta 'derma' itu akan curi wang terus. Sebenarnya, kejadian ini pernah berlaku. Adik pernah cerita yang ada kes seorang pernah hilang duit. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kami pergi begitu saja....

Kami teruskan perjalanan sampai ke Menara Eiffel. Bila makin dekat, aku dah mula mendongak. Dapat jugak tengok Menara Eiffel walaupun tak dapat masuk dalam (pasal mahal kot). Selepas itu, kami berehat di tempat duduk yang disediakan. Mummy dengan abah beli minum untuk alas perut. Aku minum cappucino masa tu. Selepas dah minum, kami nak ambil gambar lagi dari pemandangan depan......

Dari bawah menara.....
Cantik tak.....
Selepas dah puas ambil gambar, kami nak balik semula ke stesen. Masa tengah berjalan, kami ada singgah kat satu kedai cenderahati kalau-kalau nak beli sebagai ole-ole. Tapi pasal mahal, kami keluar pergi ke kedai lain. Tiba-tiba, masa dah nak melintas, abah ada kehilangan sesesuatu iaitu penutup kepalanya. Puas abah cari dari tempat terakhir abah berjalan tapi tak ada jugak. Jadi abah terpaksa pakai cap.

Selepas itu, kami nak cari mana pintu stesen itu. Kami ada terlepas pintu. Kami pergi ke kedai sekejap sebab mummy nak tukar duit. Selepas itu, kami balik semula ke stesen untuk pergi pula ke Louvre. Kami balik semula ke Chatelet Les Halles untuk tukar kereta api dengan kereta api underground. Kami terus ke Stesen Muzium Louvre. Dalam kereta api itu, memang penuh sampai ada yang halang pintu. Tetapi akhirnya, sampailah jugak kami ke Louvre.

Selepas sampai di stesen Louvre, kami nak mana muziumnya. Keluar saja dah memang shopping mall. Mujurlah ada penunjuk arah untuk pergi ke muzium....



Masa dah nak masuk perkarangan muzium, kena lagi check bag.....alahai macam dah dekat airport. Mujurlah tiada barangan yang berbahaya. Mungkin kerana di sana ada gambar Mona Lisa, yang memang nilai tinggi barangkali.

Ada yang nak pergi terus tengok gambar Mona Lisa yang betul. Malangnya, bila kami nak masuk......alamak kena tengok tiket dulu. demmm........tapi sebenarnya kami ke Louvre bukannya nak tengok gambar Mona Lisa tapi bangunannya. Jadi, kami naik ke atas untuk ke pintu keluar. Ambil gambar pemandangan...



Selepas sudah puas bergambar di Louvre, kami berjalan terus sampai ke Arc De Triomphe. Dari sana dah boleh nampak Arc De Triomphe tapi sebenarnya nak berjalan memang jauh......Kalau boleh aku nak cadang pakai underground tapi sebenarnya bolehla nak jalan kaki. Cuma kena ambil masa lama nak sampai.......

Di sepanjang jalan, ada pasar sempena Krismas. Mummy kadang-kadang ada singgah gerai untuk tengok-tengok barang untuk dijadikan ole-ole bila nak balik Malaysia nanti. Punya jauh jalan sampai kadang-kadang ada rasa penat sampai rasa nak duduk je. Sampai dekat kedai Paris Saint-Germain FC, kami pun singgah kat sana untuk beli barang.........

Jalan Franklin D Roosevelt....

Kat kedai Paris Saint Germain, ada barang-barang yang kami beli iaitu, baju t-shirt khas kelab, jersi latihan pun ada dan lain-lain. Selepas dah beli belah kat sana, kami teruskan jalan sampai ke Arc De Triomphe.....
Singgah jap....

Beberapa minit sudah, kami pun sampai ke destinasi akhir............(Untuk panduan kepada yang pergi Paris, kalau nak pergi ke Arc De Triomphe dari the Louvre, jalan terus lalu Alle de Centrale, kemudian guna Place De La Concorde dan terus lalu Avenue des Champs Elysees, pendek cerita pakai straight je tiga-tiga jalan ni)

Last destination.............

Masa tengah bergambar, aku ada nampak seorang peniaga (bukan nak mengumpat tapi sebagai pengalaman aku) berniaga kat situ tapi bila ternampak polis jalan pakai kuda terus tutup barang tapi bila ternampak barang, polis pun suruh orang tu keluar dari tempat tersebut. Selain itu, aku nampak jugak sepasukan tentera atas jalan raya. Mungkin pihak berkuasa Perancis agak tegas dalam isu ini...tapi tak nak cerita panjang sangat ya...

Selepas bergambar, kami pergi ke McDonald untuk makan-makan. Dah makan, kami keluar semula untuk beli barang.....ada salah satu butik menyediakan wifi free je.....itupun sebelum balik. Dah abis beli barang....kami pulang semula ke hotel......sebelum balik ke hotel, kami ada singgah di kedai kebab yang sama.......INI ADALAH HARI TERAKHIR DI PARIS DAN EROPAH....

Arc De Triomphe pada waktu malam.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan