Ahad, 7 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-10)

Hari ini kitaorang jalan dalam London. Tinggal dua siang lagi sebab lagi satu siang tu kitaorang kena naik kereta api untuk ke Paris.....

0545- Aku tiba-tiba bangun awal lepas aku ada mimpi yang aku lompat 3 hari lagi balik rumah...sikit kelako la bila aku ada ingat seseorang bagi video yang aku tertidur sambil jalan....kah kah. Lepas dah siap, kitaorang solat dan makan sarapan kat bawah. Kitaorang paling awal bersarapan di restoran sebab kitaorang sampai awal sebelum 0730 pagi.

0800- Kitaoang keluar berjalan. Mula-mula kitaorang nak tengok London Bridge (sebenarnya Tower Bridge). Naik pakai kereta api bawah tanah. Sepatutnya kitaorang kena keluar pakai Bond Street tapi abah kata belum buka lagi tapi dalam map aku dan.memang ada stesen Bond Street (baru tau stesen Bond Street dah buka melalui notis di stesen Green Park). Kemudian, kitaorang pakai Jubilee line.

0900- Kitaorang sampai ke stesen London Bridge. Kitaorang keluar dari stesen tu untuk cari mana Tower Bridge. Rupanya kitaorang jumpa ditengah tengah bangunan moden tu. Kemudian kitaorang pun ada ambil gambar....
Di keliling jambatan itu, ada the Tower of London, bangunan yang lama di London. Kitaorang pun pergi ke sana....pada masa yang sama aku ambil gambar atas jambatan.
1000- Kitaorang sampai ke perkarangan bangunan the Tower of London. Paling aku ingat ada sejarah pasal the Gate of Traitors. Tak ingat pulak apa nama tapi fungsinya sebagai penjara.
Kitaorang berjalan sampai kedai-kedai. Kitaorang ke kedai souvenir untuk beli untuk hadiah. 1130- Kitaorang makan di KFC. Nasib baik halal. Jadi bolehlah makan ayam.
1240- Kitaorang naik atas semula. Mummy cadang naik bot untuk ke Greenwich.....
Masa dah nak naik feri, aku rasa pening pasal jeti bergoyang. Memandangkan jeti itu tak bertiang kot.....1330- Kitaorang sampai di Greenwich. Kitaorang pergi ke satu pameran iaitu mengenai sejarah Old Royal Navy College Army.
Kitaorang jalan keluar ke satu kubah untuk tahu apa ada di situ. Kitaorang sangka itu adalah tempat titik GMT rupanya kitaorang tengok adalah kawasan terowong seberang sungai...kitaorang pun patah balik lepas tu...selepas itu, kitaorang berjalan ke Greenwich Park untuk ke Royal Observatory.... Dah berjalan sekitar taman, kitaorang 'daki' untuk sampai ke Royal Observatory. 1400- Dah sampai ke Royal Observatory. Tempat ini sebenarnya terletaknya titik Greenwich Meridian Time dan tempat kajian astronomi. Mula mulanya nak masuk tapi pasal tengok garisan pun kena bayar kitaorang tak jadi masuk. Kitaorang hanya boleh ambik gambar yang luarnya saja. Kitaorang pun ada pergi ke Galeri Astronomi...
1500- Kitaorang nak balik cepat untuk balik hotel sebab nak solat. Nak elakkan tinggal solat. Kitaorang naik kereta api DLR sampai ke stesen Canary Wharf. Lepas dah sampai, kitaorang ada sikit komplen nak pergi mana sebab stesen bawah tanah tu jauh sangat...
Menara J.P Morgan
Canary Wharf...
Lepas dah tau stesen tu kat mana, kitaorang pun pergi ke sana. Sebelum itu, kitaorang bergambar sekitar kawasan bandar dan ambil gambar Caanry Wharf. Masa tu dah tak sempat nak balik hotel untuk solat jamak. Terpaksa qada je la.... Kitaorang ambil.keputusan untuk ke stesen Green Park untuk.ke Hard Rock Cafe untuk beli barang kat sana.

1700- Kitaorang beli belah kat tempat tersebut. Aku ada beli baju je. Lepas dah beli, kitaorang naik kereta api untuk balik. Sebelum itu, kitaorang pergi ke Malaysia Hall untuk makan tapi pasal dah ramai sangat, kitaorang pun bungkus untuk bawak balik.

1900- Kitaorang dah sampai hotel. Kitaorang makan apa yang kitaorang beli dari sana. Lepas dah makan, kitaorang rehat untuk keesokan harinya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan