Selasa, 2 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-6, pi London)

2 Disember 2014
Hari ini adalah last kitaorang di Amsterdam sebab kitaorang kena naik kereta api untuk ke London. Aku bangun kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan... Masa tu adik-adik aku baru nak mandi. Aku je masih baring tido. Lepas dah abis adik-adik aku mandi, barulah aku mandi.

Dah abis tu, kitaorang tunggu abah abis mandi lepas tu kitaorang solat. Kemudian, kitaorang keluar untuk sarapan di belah depan hotel macam semalam. Ada jugak sekeluarga rakyat Malaysia turut bersarapan dengan kami. Mereka berasal dari Kuching, Sarawak. Mummy dan abah ada berbual dengan mereka.

Lepas dah abis makan, kitaorang rehat sekejap sebelum pulun kemas untuk check out...
Lepas dah check out, kitaorang keluar untuk ke stesen Amsterdam Centraal. Masa tengah jalan, kitaorang ada jumpa dua orang suami isteri dari Jurong, Singapura. Mummy abah pun berbuallah dengan mereka. Lepas abis tu, kitaorang masuk ke stesen.

Masa dalam stesen, adik adik aku nak ambil gambar dalam satu booth. Harganya 3 euro je. Kitaorang masuk ke dalam kawasan stesen lepas tu. Memandangkan lama lagi untuk tren sampai, kitaorang ada makan di satu kedai kebab. Hampir sejam berada kat situ. Selepas tu, kitaorang keluar untuk jalan-jalan kejap. Memandangkan kat luar sana sejuk. Kitaorang ambil keputusan untuk makan dan lepak di kedai A&W. Hehehe...makan kentang goreng lagi. 3 jam duduk lama kat situ. Lepas dah abis tu, kitaorang mula masuk dalam kereta api.

2 jam kitaorang dalam kereta api. Lalu Rotterdam, Brussels dan akhirnya sampai ke Lille, Paris. Masa dah nak masuk ke Eurostar, ada satu kaunter checkpoint untuk ke UK dah siap dah ada kat situ. Nanti masa dah sampai London nanti tak de lah nak check pasport lagi.
Masa dalam kereta api Eurostar, aku tido je....lepas berapa minit, dah sampai dah St. Pancras, London.

Di Stesen St. Pancras.......

Kitaorang naik dulu subway Underground sampailah ke Queensbay. Kemudian, kitaorang berjalan sampailah ke Kings Hotel.

Lepas dah masuk bilik, kitaorang rehat, solat dan makan megi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan