Sorry korang semua, dah beberapa hari saya dah tak update blog terus dari Paris pasal dekat hotel sana kena 2 jam je selain kena bayar...tak macam hotel lain...pape pun aku tulis pasal aku pergi ke Paris.
Hari tu, aku kena bangun awal pasal kena mandi awal, makan pagi awal pasal pukul 11 pagi dah kena gerak ke Stesen Kereta api St. Pancras. Kami bersarapan lebih awal sebelum restoran dibuka. Selepas bersarapan kami naik balik ke bilik untuk kemas sebelum balik.
Seperti biasa sebelum nak keluar, kena semak dulu ada tak barangan tajam, dan barang tertinggal. Tepat pukul 11 pagi, kami keluar dari bilik dan abah menyerahkan kunci kepada receptionist. Kemudian, kami ke Malaysia Hall untuk makan. Aku makan nasi lemak yang sedap ni untuk kali terakhir sebelum kami ke Paris. Lepas dah makan, kami ambil beg semula dari kawasan hotel lalu mula bergerak ke Stesen St.Pancras.
Kami menggunakan Circle Line menuju ke Edgware Road lalu naik lagi satu kereta api terus ke Stesen St.Pancras.
Kami akan menaiki kereta api Eurostar ke stesen Gare Du Nord pada pukul 4.30 petang. Sementara menunggu untuk masuk ke balai perlepasan memandangkan lama lagi untuk masuk ke dalam kereta api, kami duduk sebentar di tempat duduk. Abah pula berjalan untuk membeli makanan sebagai alas perut ketika naik kereta api dan ketika di Paris nanti. Aku duduk di sana hampir dua jam.
Lif ke hotel.... |
Pukul 2 petang, kami ke kaunter tiket tapi sebenarnya bukannli tiket tapi nak panas je. Yelah kat luar tu sejuk sangat...Lepas 15 minit, kitaorang dah masuk ke balai perlepasan. Masa aku dah masukkan beg, jaket aku dalam x ray, aku lepas je lepas tu, seorang pegawai hampiri aku. Dia sangka aku nak kena check tapi rupanya tak payah. Wuhh, lepas tu kami duduk di ruang menunggu untuk masuk ke dalam stesen sebelum berlepas pada pukul 4.31 petang waktu tempatan.
Di ruang menunggu..... |
Pukul 4 petang, pengumuman pun dibuat. Ramai dah penumpang-penumpang lain dah siap untuk naik ke atas untuk naik kereta api. Kami pun kemas sikit dan semak untuk memastikan tiada barangan yang teringgal.
Aku agak lega sebab ada sekeluarga rakyat Malaysia pun turut naik kereta api ini. Ketika kereta api meninggalkan London sampai ke selatan England, aku ada ambil sedikit gambar..
Last tengok bangunan stesen.... |
Di dalam kereta api.... |
Hampir ambil tepat gambar bandar London tapi tak nampak pulak |
Kincir angin.....ini juga ada di Belanda seperti yang aku belajar di sekolah |
Waktu senja di negeri Inggeris...... |
Sebuah jambatan pun aku ambil gambarnya sekali... |
Di stesen.... |
Dalam bilik, aku ada makan megi yang berbaki lagi. Sebelum itu, aku solat dulu. Dah habis makan, barulah aku tidur.......
Sambungan esoknya, berkunjung ke Disneyland....
Pemandangan jalan raya dari tingkap hotel.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan