Isnin, 8 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-11)

7 Disember 2014
Hari ini adalah hari siang terakhir sebelum kami berangkat ke Paris, Perancis. Kami bersarapan dengan nasi lemak di Malaysia Hall. Hari ini kitaorang kena jalan-jalan habis.

0900- Kitaorang pergi ke stesen Westminster di mana bertempatnya Big Ben dan Houses of Parliament. Kitaorang baru keluar dari stesen dah hujan. Tapi ok jugaklah kitaorang ambil gambar kat sana. Selepas itu, kitaorang pergi ke tepi Westminster Abbey untuk ambil gambar Big Ben dari situ. Selepas itu, kitaorang ke Parliament Square untuk tujuan sama. Dah puas ambil gambar, kitaorang terus berjalan pergi ke Istana Buckingham untuk menyaksikan kawad "changing guards".
Papan tanda 'way out', kalau di Malaysia disebut 'exit'
Ni kalau pandang tinggi lama-lama, mau sakit leher dibuatnya....
Berdiri di hadapan Menara Big Ben
1100- Kitaorang sampai ke taman St James, berhampiran dengan Istana Buckingham. Sebelum nak teruskan jalan, abah dan adik aku pergi tandas dulu. Masa dah nak sampai tu, orang dah berduyun-duyun dah pergi sana. Kitaorang ada pergi ke bulatan untuk tengok lebih jelas. 30 minit kemudian, kumpulan askar pun dah sampai berkawad. Selepas itu aku nak tengok changing guard tapi pasal orang ramai, aku hampir tak nampak mereka tukar guard. Aku dengar suara mereka je la....
Ramai dah berhimpun di hadapan istana untuk menyaksikan 'guard change'
1200- Kitaorang berjalan untuk pergi ke Harrods. Yelah, mungkin nak beli barangan kat sana. Tapi bila sampai kat sana, rupanya ramai orang macam pergi melawat. Lagi satu tempat tu sebenarnya shopping mall barangan berjenama dan mewah. Ingatkan bangunan besar ni hanya ada barangan khusus Harrods. Ramai orang punya pasal, salah satu handglove adik aku dah hilang..... Dah cari tapi tak jumpa gak. Kitaorang keluar lepas tu.
Harrods
1300- Kitaorang nak pergi makan. Kitaorang makan di sebuah kedai makan Lubnan berdekatan dengan Harrods. Selepas dah makan, kitaorang balik hotel.....

1900- Kitaorang keluar ke kedai dobi untuk las jalan-jalan. Sementara nak tunggu cuci siap, kitaorang keluar kejap untuk jalan-jalan sikit. Lepas tu, kitaorang ada pergi kedai sekejap. Kemudian, kitaorang balik semula ke kedai dobi untuk tunggu kering pula. Dah abis tu, kitaorang pergi makan kat salah satu kedai burger dan makanan barat. Aku makan burger ayam (Nasib baik halal) masa tu. Selepas kenyang, kitaorang balik semula ke hotel.... This is our last night in London and United Kingdom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan