Isnin, 23 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 26 Disember 2016 : Jalan-jalan Sydney

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak sambung lagi siri travelog 'Waltzing Matilda' aku bersama keluarga aku tahun 2016. Kali ini aku nak cerita tentang hari aku bersiar-siar bersama keluarga aku di pusat bandar Sydney...Tentu macam best kan....yup sebab Sydney memang antara destinasi paling popular kalau nak pergi ke Australia tambah pulak dengan kependudukan yang paling tinggi di negara tersebut. So, aku mulakan cerita....

(Baca cerita semalam: Perjalanan ke Sydney)

Lalu jalan belakang......

Bulatan kecik.....jarang ada benda alah ni

Stesen Summer Hill

Ni lah masa kitaorang tengok tiket agak sedikit mahal...

Malas ah nak cerita pasal bangun lewat..........fast foward...Sebelum nak keluar hotel, kami rancang-rancang dulu nak pergi attraction mana dan nak pakai pengangkutan apa. Kitaorang ambik keputusan pakai pengangkutan awam je dan check stesen mana nak pergi ke pusat bandar. Awalnya nak pakai rel ringan tapi tengok peta sama ada bercetak dan takat pakai Google Maps, tak appear pulak, cuma kereta api komuter je yang keluar. Jadi kami ambik keputusan untuk pakai pengangkutan tu lah. Kira-kira pukul 10.00 pagi, kami mula keluar dari hotel menuju ke stesen Summer Hill yang terletak di belakang kawasan perumahan berhampiran hotel.

Masa tengah jalan, kitaorang kena pakai cermin mata hitam. Eh asal pulak? Tulah pasal masa tu matahari tengah terik.....yelah Australia time ni kan musim panas (Hemisfrea selatan la katakan, ingat lagi masa tengah belajar Geografi Tingkatan 1) sedangkan dekat Hemisfera Utara (London,Paris, Tokyo) tengah sejuk giler nak mampus! Lepas tu suhu pulak, macam tak ada beza pulak dengan Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa......so kenalah pakai kalau nak elak sakit mata pasal terkena sinaran matahari terus ke mata. Sampainya kitaorang di stesen Summer Hill, ingat nak naik tren rupanya kena ada tiket....haihhhh nak harapkan machine kalau pasal nak pergi satu orang, nak mtau berapa harga......kira-kira $10 LAAAAA....lagi kalau nak kira 5 orang....ITUPUN SATU HALA!! KALAU PERGI DAN BALIK, alaaaa mampusla macam ni......

Jadi kitaorang pun pergilah ke satu kedai runcit, emmm bukanlah runcit sangat pasal ada jual buku. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa pulak pergi kedai buku?? Sebab kedai tu ada jual kad OPAL, kad nak beli tiket untuk naik ke mana-mana pengangkutan awam, tren ke ,bas ke, apa-pun semua bolehla....Selesai kitaorang beli, kami balik semula ke stesen untuk naik tren. Kami kena tunggu 15 minit untuk tren sampai.......macam tak de beza dengan KTM Komuter, ehhh memang kereta api komuter pun sebab dekat landasan kereta api berat atau aku boleh panggil, ''landasan kereta api arteri''. Cakap pasal komuter, aku pernah tulis pasal projek KVDT (Klang Valley Double Track) yang melibatkan komuter but it is a story for another time, boleh komen tapi bukan kat sini ekkk.......Lepas 15 minit, kereta api pun sampaiiii...tapi rupanya...KERETA API DUA TINGKAT.....ehhh tak pelik pun kat Paris pun ada kereta api komuter macam ni, aku pernah naik dulu....
Singgah pekan kecik kejap...beli OPAL

Tadaaaa...ni Opal depan

Ni OPAL belakang...

Papan tanda masa menunggu tren sampai..

Tunjuk peta...boleh tengok ni kalau ada tempat menarik la in nak pergi...
Kereta api dah sampaiii....

Time on the way ke Sydney, macam nampak boring sikit duk dalam tren pasal dia singgah tiap-tiap stesen...Kami menuju ke stesen Circular Quay untuk sightseeing mearik di Sydney. Ada jugak jajaran bawah tanah.....

Setibanya kami di stesen Circular Quay.....hati aku macam seronok sangat sebab dapat tengok bangunan Sydney Opera House depan mata je walaupun jauh sebab masih dalam stesen...Sebelum meneruskan perjalanan, kitaorang makan-makan kejap di McD di belakang stesen je di Alfrred Street...Lepas makan, kami terus pergi ke Sydney Opera House.....

Lalu  Union Station

Memasuki pusat Bandar

Kat stesen......


Kawasan feri..
Weeeeeee....apa lagi, lepas dah sampai tu teruslah ambil gambar. Ni memang peluang terbaik punya, tak boleh sia-siakan. Mercu tanda nombor satu Sydney dan Australia sekali gus brooo....Kemudian selepas puas menyelfie dan bergambar dari jauh, kami pergi dekat-dekat lagi ke Opera House tu. Tapi bukannya masuk bangunan ke apa ke....kalau setakat pegang bangunan tu ok lah jugak. Lepas tu bergambar la di pelbagai sudut Sydney Opera House. Malangnya, time-time ni, gigi aku rasa macam sakit pulak....bukan kat gusi yekkk....

Here it is......Sydney Opera House

Panjang betul kereta ni ekkkkkk.......

Sydney Harbour Bridge

Cermin mata hitam....

Pergi dekat-dekat....

Sekarang aku pulak gile menyelfie
Puas bergambar kami pun pergilah bersiar-siar lagi ke tempat yang seterusnya. Kali ini pulak, jalan-jalan di Taman Botani Diraja Sydney. Sebenarnya tempat ni bukannya sebarang taman untuk jalan-jalan tapi ianya isalah institusi botani bersejarah yang paling feymes la katakan. Tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-200 taman tu, LAMA TU SEJARAHNYA!!!

Pada masa tu jugak, gigi aku masih ada rasa sakit-sakit. Sampai aku kena 'mengurut' gigi pulak biar tak sakit lagi. Jadi lepas turun dari taman tengok pokok dan tumbuhan, kami rehat sebentar di tepi pokok. Aku kadang-kadang sampai nak terbaring daaaa..........
Last picture sebelum masuk taman.....

Salah satu tumbuhan di taman tersebut....

The Government House...
Ulang tahun ke 200 Taman Botani Diraja
Selepas kitaorang jalan-jalan sekitar taman tersebut, kitaorang kembali ke pusat bandar semula. Sebenarnya nak cari tempat makan sebenarnya untuk makan tengah hari. Pada awalnya, kitaorang nak makan tengah hari di kedai Mamak Village di Metcentre Building di George Street (dekat je dengan Wynyard Station) tapi malangnya, seluruh shopping complex di Metcentre Building sudah tutup! Sebabnya ialah Boxing Day lah kot........Kemudian kami cari lagi tempat makan ada. Takkanlah asyik McDonald je.......kami masuk ke Martin Pl yang menempatkan Cenotaph. Ketika ini, projek transit rel ringan tengah dok bina lagi, tapi diuruskan oleh kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat.....

Pada masa yang sama jugak, ada jugak masanya kami singgah kejap di kedai-kedai pakaian nak tengok-tengok je. Selepas itu, kitaorang balik semula ke George Street dann jalan-jalan pulak masuk dalam Queen Victoria Building. Masa tu memang ramai gila dalam shopping mall tu baik kat tingkat atas ke bawah ke (tapi tak de lah sampai penuh macam sardin). Tak de apa nak tengok, kami patah balik semula ke kawasan taman Wynyard Station melalui York Street. Lepas sibuk cari tempat dalam time melepak tu, kami patah balik ke utara melalui George Street. Kali ini lokasi seterusnya ialah Neptune Palace Restaurant yang menghidangkan makanan halal Cina dan Malaysia. Tapi sayangnya, juga TUTUP! Hmmpppphhh.......
Lalu Muzium Sydney..

Bangunan Kementerian...errrr dah lupa lak

Keluar dari Queen Victoria Building....Sydney Town Hall kat belakang je...

Suncorp Tower dan National Bank of Australia Tower...
Macam dah tak de tempat lain dah, kami pergi pulak ke the Docks. Masa ni kitaorang melepak dulu dan ada yang call Abang Shahmil, yang juga holiday di Sydney melalui Whatsapp. Aku pulak tengok kapal crusier yang besar gila nak mampus, tak taulah kapal tu nak pergi mana? Lepas dah lepak lama sikit kat situ, kitaorang decide nak ambik naik feri ke Darling Harbour. Rasanya macam nak sapu je naik pengangkutan awam di Sydney ni...dari kereta api komiuter, sekarang naik feri dari Circular Quay.

Tak banyak pun perhentian dari Circular Quay ke Darling Harbour cuma dia macam pergi ke utara sikit ke Milsons Point dan McMahons Point dan ke selatan balik ke Balmain Point dan sampai jugak kitaorang di Darling Harbour.
Jeti star cruiser...

The Rocks.

Naik feri 



Lalu Milsons Point

Sydney Utara


nampak Jambatan ANZAC
Setibanya kitaorang di Darling Harbour, kami turun dan masih lagi jugak nak cari tempat makan. Pada awalnya kami nak menjamu selera di kedai kecil yang ada bertanda halal tapi malangdinya, sikit saja yang ditawarkan. Kemudian kami jalan-jalan lagi sampai ke tepi jalan Barangaroo Avenue untuk cari restoran yang seduai. Sambil tu jugak terpaksa pakai Internet untuk cari restoran untuk dibuat sebagai lokasi untuk kegunaan GPS. Tapi satu demi satu restoran yang kitaorang jumpa SEMUA TUTUP!! Sebab yang sama jugak...hmmmppphhh...

Dah buntu sangat nak cari tempat makan, kitaorang pergilah ke Harbourside Shopping Centre dengan menyeberangi Pyrmount Bridge. Panjang pulak rasa nak jalan......penat sikit-sikit tu adalah. Finally, kami masuk jugak ke shopping mall tu. Tak mau buang masa, kami pergilah ke medan makan. Time ni aku makan nasi briyani dan sayuq jaaaaaaa........yang lain, aku tak ingat pulak.....
Menghampiri Darling Harbour

Jalan-jalan Darling Harbour


Bendera Australia
Layan makan dulu
Sedar tak sedar, dah pukul 5.45 petang dah bila dah habis makan tu. DAH LA TAK SOLAT LAGI BHAIII......mau tak mau, kitaorang kena balik hotel untuk solat dan rehat saja. Sebelum nak balik, kami kena topup dulu kad OPAL untuk naik pengangkutan awam seterusnya, aikk, sehari je dah nak habis.....gilerrrr. Yelah mungkin tiket pakai komuter tu mahal sikit...hehe. Pada masa yang sama jugak singgah pulak ke Hard Rock Cafe Sydney. Ehem ehem, aku tak fahamlah asal pergi mana-mana bandar utama je mesti terfikir satu kedai iaitu HARD ROCK CAFE. Yelah nak beli bajulah apa la......tapi kali ini tak beli pulak sebab alasannya ialah tak ada variety design baju. hmmmm.....

Dah pukul 6.00 petang lebih, kami tak buang masa lagi naik kereta api rel ringan balik semula ke hotel dengan pakai stesen Taverners Hill Station. Kena stop 14 stesen......Pukul 6.40 petang, kami sampai ke hotel. Apa lagi, kami terus solat sebelum habis waktu 8 malam nanti.

Naik tren aliran ringan....

Tengok orang main bola...
Malam tu pulak, aku dan Shadiq cuma dok hotel jekkkk.....Mummy, Abah dan Shabil pergi keluar kejap beli makan.

Bersambung siri 'Waltzing Matilda'......


Jumaat, 20 Januari 2017

Transformasi Nasional (TN50) : Daripada kaca mata seorang anak muda Jalan Ferum Tiga

Assalamualaikum dan Salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak tangguhkan seketika travelog aku ke Australia atau 'Waltzing Matilda' untuk berbicara sedikit tentang Transformasi Nasional TN50 daripada kaca mata aku sendiri sebagai anak watan Malaysia. Aku sendiri akan melalui era ini....Insya-Allah...

Malam tadi aku dengar sedikit sebanyak kata-kata perangsang daripada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang muda berkenaan dengan matlamat jangka panjang negara ni dalam satu majlis dialog perdana....Boleh tonton video bawah ni...

Sebenarnya pasal TN50 ni dah diperkenalkan oleh PM pada Bajet 2017. Aku mula tahu pasal benda ni melalui FB sewaktu aku menyertai kem perkampungan ilmu SMK Seksyen 7 Shah Alam di Kem Bumi Jati tahun lepas. Macam-macam reaksi diluahkan terutamanya bila aku search carian  tn50 dalam FB itu sendiri. Ada yang mengatakan bahawa TN50 bakal gantikan Wawasan 2020 dan macam nak menghapuskan legasi lama.....wuiihhh berat nanang ni....

Ucapan YAB Perdana Menteri

Senarai cadangan orang muda untuk menjayakan TN50....

Kita flashback balik ketika YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad perkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Korang tentu masih ada ingat lagi tentang 9 cabaran utama untuk mencapai negara maju pada tahun 2020 yang berbaki lagi 3 tahun saja lagi....dan memang ada dalam buku Sejarah Tingkatan 5 masa zaman aku hadap SPM tahun lepas. Aku masih ingat lagi kena ingat akronim 9 cabaran kalau-kalau soalan keluar...ni antara cabaran utamanya....

--Cabaran 1 :Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. 
›› Cabaran 2: Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.
›› Cabaran 3 : Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. 
›› Cabaran 4 : Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. 
›› Cabaran 5 : Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. 
›› Cabaran 6 : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. 
›› Cabaran 7 : Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
 ›› Cabaran 8 : Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.
 ›› Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan kental sepenuhnya.

Ok, aku mulakan pendapat aku mengenai TN50 ni, Setakat 8 tahun boleh katakan memang ada pencapaian dan jasa yang wajar dibanggakan. Antaranya ialah projek MRT. Dulu masa tengah on paper pada tahun 2010 (masa tu aku darjah 5), nampak macam mustahil je jadi realiti tapi apa dah jadi lepas 6 tahun? DAH BUKA DAH FASA 1 MRT SBK, bro!! Tunggu Julai pulak, sampai Kajang pulak! (Insya-Allah, kalau aku ada kesempatan aku akan cuba naik MRT dengan keluarga aku ni dan akan aku tulis review ni dalam blog aku). Belum citer lagi dengan 2 batang MRT lagi dengan projek HSR KL-Singapura, ECRL dan banyak lagi.

Di belah Borneo pulak, ada projek pelebaran Lebuhraya Pan Borneo 4 lorong 2 hala (sebenarnya jajaran Pan Borneo dah siap dah zaman Tun Dr M lagi melalui siapnya pautan putus Lawas-Temburong-Limbang pada tahun 1997 tetapi dengan perkembangan pesat ekonomi, satu infrastruktur sempurna perlu diadakan seperti dual carriageway yang tidak hanya terhad di bandar sahaja). Rasa best pulak sebab nanti, waktu perjalanan nanti akan dijimatkan lagi. Kemudian, sepanjang pemerhatian aku, kerajaan nampaknya fokus kepada pembinaan ''limited-access highway'' atau lebuhraya capaian terhad yang memang tak ada tol...antaranya seperti Lebuhraya Central Spine Road yang kini beberapa section sudah siap.....wehhh senang bohh nak balik kampung especially di pantai timur...

Soal kebajikan rakyat pulak, UTC, RTC...tu aku tak boleh cerita banyak wehhh

Pembangunan usahawan pulak, ada badan-badan seperti TERAJU, Yayasan Peneraju...dan banyak lagilah...

Semua pencapaian dalam masa 8 tahun je, memang aku boleh bagi ''credit when credits due'' kepada current leadership. Ada sebab DS Najib nak gubal TN50 ni ialah, tinggal 3 tahun je lagi nak masuk 2020 dan Malaysia kena hadap jugak tahun 2020. Takkan bila dah tahun 2020 dah masuk baru nak kelang kabut nak gubal hala tuju baru. That is why we need to get ready from now dan bila masuk 1 Januari 2020, boleh laksanakan terus TN50 tu...ni bukan aku cakap ni YAB Perdana Menteri yang cakap.

Pada pendapat aku pulak, memang wajar kerajaan memerlukan wawasan yang baru sebab Malaysia bukannya berakhir pun pada tahun 2020. Malaysia tetap terus menjadi negara berdaulat kalau boleh sampai kiamat! So, we need higher target for ensure to be respected by the whole world. Aku kalau boleh silap-silap Malaysia boleh termasuk dalam G20, G20 tu weiii, sebaris dengan taiko besar USA, the MOTHER RUSSIA, the MIGHTY CHINA, Jepun, Korea Selatan, kawan serumpun kita, Indonesia dan ramai lagi, tapi dalam kategori advanced nations la.......jika TN50 dilaksanakan. Jadi kuasa besar dunia,......ermmmm jauh sangat tu....

Malangnya, dalam aku menonton amanat DS Najib, aku memang nak melepas geram bercampur rasa kesal bila ada beberapa puak-puak tertentu dok mengeji Tun Dr M dengan dok banding Wawasan 2020 dengan TN50. Aku terpaksa buat kenyataan ni bukan nak cari gaduh dengan korang atau aku taksub dengan tokoh tertentu, tapi cubalah lu fikir rasional sikit bila bab pasal kenegaraan....


Mari sini aku terangkan balik pasal Wawasan 2020 ni. Ada yang dok cakap yang Tun Dr M gubal wawasan ikut kehendak dia je. LU SALAH LA BRADER!!! Sebenarnya, Wawasan 2020 ni bagi aku lebih kepada menghimpunkan dasar-dasar pemimpin terdahulu dari zaman YTM Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein; serta Tun Dr M punya dasar ''mikro'' (seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pensyarikatan dll) DALAM SATU MISI NASIONAL untuk menjadi negara maju 2020 IKUT ACUAN SENDIRI.......sebagai persediaan sebelum masuk abad ke-21 ketika wawasan ni digubal....

Bikin aku marah lagi bila ada urang mo bilang seperti ayat ni...

''Wawasan 2020 sebenarnya nak anak dia jadi PM''..<<<nak je aku bagi John Cena punya style, nasib baik aku baik hati.....

''W2020 kayakan kroni dan anak''.....<<<FACEPALM!!!

..dan banyak lagi kata-kata negatif dilemparkan.....

Memanglah tidak dinafikan ada lompong dan kelemahan sana-sini sepanjang 30 tahun Wawasan 2020. Apa sistem yang dibuat oleh manusia memang ada kelemahannya yang tersendiri.  Namun, mentaliti pukul rata dengan mengatakan Wawasan 2020 ni gagal, MEMANG TAK ADIL SAMA SEKALI! Tengok jugak pencapaian cemerlang di sebalik itu. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih!

I am sorry to say this, without Tun Dr M legacies such as Proton, Perodua, MSC, the new administrative centre of Putrajaya, the Petronas Twin Towers, the North-South Expressway and others, Malaysia had less real basis to become a successful nation as what we have achieve now. Jangan pasal beza haluan politik, korang sanggup nafikan jasa pemimpin terdahulu lepas tu ungkit pulak keburukan beliau. Lepas tu pulak panggil nama orang buruk-buruk contohnya ''Kutty'', ''Mamak Kuty'' dll. Ingat suka ke main hina keturunan orang?  Nak tegur cara Tun yang agak kurang menyenangkan, tegurlah tapi tolonglah, jangan guna kata-kata kesat! Sia-sia je kita ajar anak-anak kita untuk menghargai pemimpin terdahulu tapi memilih gara-gara politik.....kalau kita terus begini...

Barangkali dah lupa kot....Wawasan 2020 masih lagi kerajaan laksanakan melalui RMK-11 yang disifatkan sebagai pecutan terakhir sebelum tahun 2020. Korang boleh baca ''KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN MENJAYAKAN WAWASAN 2020''.

Apa harapan dan cadangan aku sebagai anak muda untuk capai TN50:

  1. Jadikan 9 cabaran utama Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr M sebagai cabaran dalam TN50 pula. Perjuangan belum selesai bro.....
  2. Pembangunan negara TIDAK BOLEH LAGI dipusatkan kepada Lembah Klang. Semua 13 negeri di Malaysia (atau 3 wilayah utama pembentukan Malaysia, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak) perlu membangun serta bersaing secara sihat untuk kemakmuran negara secara seimbang. Bab ni kalau boleh perlu ada decentralisation......
  3. Sistem pendidikan negara pun must be tip-top. Aku masa SPM tahun lepas dah masukkan banyak dah elemen KBAT dah.....kira ok jugak lah. Harap PPPM 2013-2025 dilaksanakan dengan lancar....no flip-flop policies....
  4. Galakkan pembangunan R&D menerusi institusi pengajian tinggi. Firma-firma tempatan pula kena adaptasi hasil R&D untuk meningkatkan kualiti...
  5. Institusi agama Islam wajar DIPERKASAKAN....
  6. Sejarah negara perlu diluruskan semula..Penting ni. Selama ini asyik cerita je dengan zaman penjajahan, penjajahan, penjajahan, bukan tak boleh tapi janganlah terlalu sangat.......Sedangkan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea pun menceritakan tentang sejarah kegemilangan silam tamadun masing-masing. Contohnya, Korea dari 1910-an sampai 1945 dijajah Jepun tetapi silibus pendidikan mereka amat menitikberatkan zaman keemasan ulung depa seperti tamadun Gorugeyo dan Empayar Joseon. Malaysia pulak, kita dah ada tamadun Kedah purba, Langkasuka, Srivijaya dan banyak lagila..... 

Sebelum aku akhiri artikel ni, aku doakan agar Malaysia terus maju dan makmur supaya terus disegani oleh dunia, dengan izin Allah. Tapi pada masa yang sama, usahlah dilupakan usaha pemimpin terdahulu....cheers korang!! Aku minta ampun sangat-sangat kat korang kalau aku terkasar bahasa dalam artikel ni........Aku juga minta maaf kalau korang berbeza pendapat dengan aku...kita kongsi pendapat sama-sama ya....

(PERINGATAN: Artikel ni neutral dan tidak menyebelahi atau memenangkan mana-mana pihak, sekadar nak ajak korang untuk berfikiran positif tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin hari ini dan terdahulu bagi memastikan Malaysia dapat mengisi kemerdekaan dengan cemerlang, lagi-lagi tahun ni merupakan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara. AKU BUKAN HAMBA POLITIK!)

Selasa, 17 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 25 Disember 2016: Ke Sydney

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Kali ini aku nak cite pulak pasal perjalanan aku dan keluarga ke Sydney. Masih lagi dalam cite besar travelog ke Australia Disember lepas....Perjalanan ini memang jauh giler dari hotel Surfers Century sampai ke Marco Polo Inn di Sydney, iaitu sepanjang 857 kilometer, jauh tu woiii, lagi PANJANG daripada Lebuhraya Utara Selatan E1 dan E2 dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sampailah ke Johor Bahru, Johor terus.........ok the story begins.

(Baca cerita semalam: Brisbane dan mandi laut)

Bye bilik.....


Malam pagi tu, barang-barang peribadi aku semua dah siap manakala, barang 'besar-besar' macam belum kemas lagi, ni nak pergi ke tak ni? Lepas selesai solat subuh dan mandi, aku tidur balik.....yang lain tengah kemas.....jangan tanya aku lak ye....Habis berkemas, aku buat final check takut-takut klau ada barang tertinggal. Kami akhirnya keluar dari hotel pada pukul 6.50 pagi, jangan konpius pulak yek...masa tu matahari dah naik dah......

Sebelum nak keluar ke Pacific Motorway M1, kami singgah isi minyak dulu di stesen minyak do 7-Eleven Mermaid Waters. Eh, aku ingat 7-Eleven ni takat syarikat runcit je, diorang pun terlibat jugak dalam industri minyak dan gas tapi dalam retaillah! Kena isi minyak dululah biar cepat sikit perjalanan. Habis isi minyak, kami teruskan perjalanan keluar dari Gold Coast untuk masuk highway.....time ni tengah hujan. Tak lama selepas kitaorang lalu sempadan negeri Queensland- New South Wales, kami singgah rehat jap di BP Chinderah (asal banyak nama tempat di Australia pelik-pelik??). Kitaorang hanya makan McD jer masa tu dan ada jugak yang beli donat....seingat akulah...

Singgah isi minyak dulu


Masuk negeri NSW.....
Selepas habis makan, kami kembali teruskan perjalanan. Sehingga ke Ballina, highway tu masih lagi berstatus ''controlled-access highway'' atau expressway. Lepas tu, habis dah dan masuk pulak ke jalan dua lorong....inilah masa yang mungkin boleh katakan errrrr.....menyeksakan, emmm mungkin tidak. Sekejap dua lorong satu hala, sekejap empat lorong dua hala....hmmm. Apapun, banyak pemandangan menarik yang aku tengok sepanjang perjalanan ni. Sehinggalah pukul 1.00 petang, kami lalu pekan Wardell, Woodburn, Townsend, Ulmara, Grafton, Woolgoolga, Nambucca Heads, Macksville dan Coffs Harbour. Kami singgah di hentian sebelah Clybucca untuk rehat dapatkan tenaga balik....
lalu jambatan

sapelah punya rumah ni...




ADAA SHOPPING MALL BESAR


Lalu sekejap kedai-kedai Nambucca Heads


Cantikk....

Singgah hentian sebelah Clybucca



makan-makan dulu yepppp


Dekat sana, kami hanya makan-makan dengan bekalan makanan yang ada seperti nasi, roti, telur hancur dan air saja. Selepas selesai solat, kami kembali semula ke lebuhraya.

Kemudian singgah lagi di ''pekan R&R'' John's River sebab ada yang nak pergi tandas. Kemudian sambung balik perjalanan, singgah isi minyak lagi di....aku tak ingat pulak kat mana dan singgah lagi di Coolongolook. Masa tu dah pukul 4.00 petang, time-time ni baru nak senja. Lepas tu sambung balik perjalanan terus sampailah ke sempadan akhir Pacific Highway di Newcastle.



Pape bro.....isi minyak dulu

Harga minyak....

Apa yang aku nampak sepanjang perjalanan ni ialah ada masa kami lalu hanya hutan belukar je tanpa sebarang pekan, nasib baiklah tak jauh sangat. Kemudian, aku nampak banyak kawasan pembinaan iaitu pembinaan Pacific Highway 4 lorong dua hala.....lebih kurang macam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sekarang ni la....Ada masa jugak kami tengok pekan-pekan yang ada di sekeliling kitaorang.

(Siapa yang nak tengok perkembangan pembinaan lebuhraya dari Gold Coast sampai Sydney boleh klik laman rasmi ni)





Menghampiri penamat Pacific Highway



Masuk terowong

Bahagian utara Sydney

Sampai di Newcastle, masuk pulak ke New England Highway lalu masuk pulak ke motorway M1. Masa tu dah nak masuk malam dah......Terus perjalanan dan alhamdulillah, sampailah kitaorang di Sydney pada pukul 8.13 malam waktu tempatan. Best wooo....lalu Sydney Harbour Bridge PASTU SYDNEY OPERA HOUSE dan Jambatan ANZAC.......

Pukul 8.38 malam, akhirnya sampailah kitaorang di Marco Polo Inn. Lepas daftar masuk, kami pun masuklah bilik.......makan haritu ialah maggi jerrrrr.....
SYDNEY HARBOUR BRIDGE

Masuk bilik pulak yerrr....
Habis sudah perjalanan jauh pertama kami ke Sydney........bersambung.....