Isnin, 23 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 26 Disember 2016 : Jalan-jalan Sydney

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak sambung lagi siri travelog 'Waltzing Matilda' aku bersama keluarga aku tahun 2016. Kali ini aku nak cerita tentang hari aku bersiar-siar bersama keluarga aku di pusat bandar Sydney...Tentu macam best kan....yup sebab Sydney memang antara destinasi paling popular kalau nak pergi ke Australia tambah pulak dengan kependudukan yang paling tinggi di negara tersebut. So, aku mulakan cerita....

(Baca cerita semalam: Perjalanan ke Sydney)

Lalu jalan belakang......

Bulatan kecik.....jarang ada benda alah ni

Stesen Summer Hill

Ni lah masa kitaorang tengok tiket agak sedikit mahal...

Malas ah nak cerita pasal bangun lewat..........fast foward...Sebelum nak keluar hotel, kami rancang-rancang dulu nak pergi attraction mana dan nak pakai pengangkutan apa. Kitaorang ambik keputusan pakai pengangkutan awam je dan check stesen mana nak pergi ke pusat bandar. Awalnya nak pakai rel ringan tapi tengok peta sama ada bercetak dan takat pakai Google Maps, tak appear pulak, cuma kereta api komuter je yang keluar. Jadi kami ambik keputusan untuk pakai pengangkutan tu lah. Kira-kira pukul 10.00 pagi, kami mula keluar dari hotel menuju ke stesen Summer Hill yang terletak di belakang kawasan perumahan berhampiran hotel.

Masa tengah jalan, kitaorang kena pakai cermin mata hitam. Eh asal pulak? Tulah pasal masa tu matahari tengah terik.....yelah Australia time ni kan musim panas (Hemisfrea selatan la katakan, ingat lagi masa tengah belajar Geografi Tingkatan 1) sedangkan dekat Hemisfera Utara (London,Paris, Tokyo) tengah sejuk giler nak mampus! Lepas tu suhu pulak, macam tak ada beza pulak dengan Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa......so kenalah pakai kalau nak elak sakit mata pasal terkena sinaran matahari terus ke mata. Sampainya kitaorang di stesen Summer Hill, ingat nak naik tren rupanya kena ada tiket....haihhhh nak harapkan machine kalau pasal nak pergi satu orang, nak mtau berapa harga......kira-kira $10 LAAAAA....lagi kalau nak kira 5 orang....ITUPUN SATU HALA!! KALAU PERGI DAN BALIK, alaaaa mampusla macam ni......

Jadi kitaorang pun pergilah ke satu kedai runcit, emmm bukanlah runcit sangat pasal ada jual buku. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa pulak pergi kedai buku?? Sebab kedai tu ada jual kad OPAL, kad nak beli tiket untuk naik ke mana-mana pengangkutan awam, tren ke ,bas ke, apa-pun semua bolehla....Selesai kitaorang beli, kami balik semula ke stesen untuk naik tren. Kami kena tunggu 15 minit untuk tren sampai.......macam tak de beza dengan KTM Komuter, ehhh memang kereta api komuter pun sebab dekat landasan kereta api berat atau aku boleh panggil, ''landasan kereta api arteri''. Cakap pasal komuter, aku pernah tulis pasal projek KVDT (Klang Valley Double Track) yang melibatkan komuter but it is a story for another time, boleh komen tapi bukan kat sini ekkk.......Lepas 15 minit, kereta api pun sampaiiii...tapi rupanya...KERETA API DUA TINGKAT.....ehhh tak pelik pun kat Paris pun ada kereta api komuter macam ni, aku pernah naik dulu....
Singgah pekan kecik kejap...beli OPAL

Tadaaaa...ni Opal depan

Ni OPAL belakang...

Papan tanda masa menunggu tren sampai..

Tunjuk peta...boleh tengok ni kalau ada tempat menarik la in nak pergi...
Kereta api dah sampaiii....

Time on the way ke Sydney, macam nampak boring sikit duk dalam tren pasal dia singgah tiap-tiap stesen...Kami menuju ke stesen Circular Quay untuk sightseeing mearik di Sydney. Ada jugak jajaran bawah tanah.....

Setibanya kami di stesen Circular Quay.....hati aku macam seronok sangat sebab dapat tengok bangunan Sydney Opera House depan mata je walaupun jauh sebab masih dalam stesen...Sebelum meneruskan perjalanan, kitaorang makan-makan kejap di McD di belakang stesen je di Alfrred Street...Lepas makan, kami terus pergi ke Sydney Opera House.....

Lalu  Union Station

Memasuki pusat Bandar

Kat stesen......


Kawasan feri..
Weeeeeee....apa lagi, lepas dah sampai tu teruslah ambil gambar. Ni memang peluang terbaik punya, tak boleh sia-siakan. Mercu tanda nombor satu Sydney dan Australia sekali gus brooo....Kemudian selepas puas menyelfie dan bergambar dari jauh, kami pergi dekat-dekat lagi ke Opera House tu. Tapi bukannya masuk bangunan ke apa ke....kalau setakat pegang bangunan tu ok lah jugak. Lepas tu bergambar la di pelbagai sudut Sydney Opera House. Malangnya, time-time ni, gigi aku rasa macam sakit pulak....bukan kat gusi yekkk....

Here it is......Sydney Opera House

Panjang betul kereta ni ekkkkkk.......

Sydney Harbour Bridge

Cermin mata hitam....

Pergi dekat-dekat....

Sekarang aku pulak gile menyelfie
Puas bergambar kami pun pergilah bersiar-siar lagi ke tempat yang seterusnya. Kali ini pulak, jalan-jalan di Taman Botani Diraja Sydney. Sebenarnya tempat ni bukannya sebarang taman untuk jalan-jalan tapi ianya isalah institusi botani bersejarah yang paling feymes la katakan. Tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-200 taman tu, LAMA TU SEJARAHNYA!!!

Pada masa tu jugak, gigi aku masih ada rasa sakit-sakit. Sampai aku kena 'mengurut' gigi pulak biar tak sakit lagi. Jadi lepas turun dari taman tengok pokok dan tumbuhan, kami rehat sebentar di tepi pokok. Aku kadang-kadang sampai nak terbaring daaaa..........
Last picture sebelum masuk taman.....

Salah satu tumbuhan di taman tersebut....

The Government House...
Ulang tahun ke 200 Taman Botani Diraja
Selepas kitaorang jalan-jalan sekitar taman tersebut, kitaorang kembali ke pusat bandar semula. Sebenarnya nak cari tempat makan sebenarnya untuk makan tengah hari. Pada awalnya, kitaorang nak makan tengah hari di kedai Mamak Village di Metcentre Building di George Street (dekat je dengan Wynyard Station) tapi malangnya, seluruh shopping complex di Metcentre Building sudah tutup! Sebabnya ialah Boxing Day lah kot........Kemudian kami cari lagi tempat makan ada. Takkanlah asyik McDonald je.......kami masuk ke Martin Pl yang menempatkan Cenotaph. Ketika ini, projek transit rel ringan tengah dok bina lagi, tapi diuruskan oleh kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat.....

Pada masa yang sama jugak, ada jugak masanya kami singgah kejap di kedai-kedai pakaian nak tengok-tengok je. Selepas itu, kitaorang balik semula ke George Street dann jalan-jalan pulak masuk dalam Queen Victoria Building. Masa tu memang ramai gila dalam shopping mall tu baik kat tingkat atas ke bawah ke (tapi tak de lah sampai penuh macam sardin). Tak de apa nak tengok, kami patah balik semula ke kawasan taman Wynyard Station melalui York Street. Lepas sibuk cari tempat dalam time melepak tu, kami patah balik ke utara melalui George Street. Kali ini lokasi seterusnya ialah Neptune Palace Restaurant yang menghidangkan makanan halal Cina dan Malaysia. Tapi sayangnya, juga TUTUP! Hmmpppphhh.......
Lalu Muzium Sydney..

Bangunan Kementerian...errrr dah lupa lak

Keluar dari Queen Victoria Building....Sydney Town Hall kat belakang je...

Suncorp Tower dan National Bank of Australia Tower...
Macam dah tak de tempat lain dah, kami pergi pulak ke the Docks. Masa ni kitaorang melepak dulu dan ada yang call Abang Shahmil, yang juga holiday di Sydney melalui Whatsapp. Aku pulak tengok kapal crusier yang besar gila nak mampus, tak taulah kapal tu nak pergi mana? Lepas dah lepak lama sikit kat situ, kitaorang decide nak ambik naik feri ke Darling Harbour. Rasanya macam nak sapu je naik pengangkutan awam di Sydney ni...dari kereta api komiuter, sekarang naik feri dari Circular Quay.

Tak banyak pun perhentian dari Circular Quay ke Darling Harbour cuma dia macam pergi ke utara sikit ke Milsons Point dan McMahons Point dan ke selatan balik ke Balmain Point dan sampai jugak kitaorang di Darling Harbour.
Jeti star cruiser...

The Rocks.

Naik feri 



Lalu Milsons Point

Sydney Utara


nampak Jambatan ANZAC
Setibanya kitaorang di Darling Harbour, kami turun dan masih lagi jugak nak cari tempat makan. Pada awalnya kami nak menjamu selera di kedai kecil yang ada bertanda halal tapi malangdinya, sikit saja yang ditawarkan. Kemudian kami jalan-jalan lagi sampai ke tepi jalan Barangaroo Avenue untuk cari restoran yang seduai. Sambil tu jugak terpaksa pakai Internet untuk cari restoran untuk dibuat sebagai lokasi untuk kegunaan GPS. Tapi satu demi satu restoran yang kitaorang jumpa SEMUA TUTUP!! Sebab yang sama jugak...hmmmppphhh...

Dah buntu sangat nak cari tempat makan, kitaorang pergilah ke Harbourside Shopping Centre dengan menyeberangi Pyrmount Bridge. Panjang pulak rasa nak jalan......penat sikit-sikit tu adalah. Finally, kami masuk jugak ke shopping mall tu. Tak mau buang masa, kami pergilah ke medan makan. Time ni aku makan nasi briyani dan sayuq jaaaaaaa........yang lain, aku tak ingat pulak.....
Menghampiri Darling Harbour

Jalan-jalan Darling Harbour


Bendera Australia
Layan makan dulu
Sedar tak sedar, dah pukul 5.45 petang dah bila dah habis makan tu. DAH LA TAK SOLAT LAGI BHAIII......mau tak mau, kitaorang kena balik hotel untuk solat dan rehat saja. Sebelum nak balik, kami kena topup dulu kad OPAL untuk naik pengangkutan awam seterusnya, aikk, sehari je dah nak habis.....gilerrrr. Yelah mungkin tiket pakai komuter tu mahal sikit...hehe. Pada masa yang sama jugak singgah pulak ke Hard Rock Cafe Sydney. Ehem ehem, aku tak fahamlah asal pergi mana-mana bandar utama je mesti terfikir satu kedai iaitu HARD ROCK CAFE. Yelah nak beli bajulah apa la......tapi kali ini tak beli pulak sebab alasannya ialah tak ada variety design baju. hmmmm.....

Dah pukul 6.00 petang lebih, kami tak buang masa lagi naik kereta api rel ringan balik semula ke hotel dengan pakai stesen Taverners Hill Station. Kena stop 14 stesen......Pukul 6.40 petang, kami sampai ke hotel. Apa lagi, kami terus solat sebelum habis waktu 8 malam nanti.

Naik tren aliran ringan....

Tengok orang main bola...
Malam tu pulak, aku dan Shadiq cuma dok hotel jekkkk.....Mummy, Abah dan Shabil pergi keluar kejap beli makan.

Bersambung siri 'Waltzing Matilda'......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan