Hari ini aku nak tangguhkan seketika travelog aku ke Australia atau 'Waltzing Matilda' untuk berbicara sedikit tentang Transformasi Nasional TN50 daripada kaca mata aku sendiri sebagai anak watan Malaysia. Aku sendiri akan melalui era ini....Insya-Allah...
Malam tadi aku dengar sedikit sebanyak kata-kata perangsang daripada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang muda berkenaan dengan matlamat jangka panjang negara ni dalam satu majlis dialog perdana....Boleh tonton video bawah ni...
Ucapan YAB Perdana Menteri |
Senarai cadangan orang muda untuk menjayakan TN50.... |
Kita flashback balik ketika YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad perkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Korang tentu masih ada ingat lagi tentang 9 cabaran utama untuk mencapai negara maju pada tahun 2020 yang berbaki lagi 3 tahun saja lagi....dan memang ada dalam buku Sejarah Tingkatan 5 masa zaman aku hadap SPM tahun lepas. Aku masih ingat lagi kena ingat akronim 9 cabaran kalau-kalau soalan keluar...ni antara cabaran utamanya....
--Cabaran 1 :Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
›› Cabaran 2: Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.
›› Cabaran 3 : Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
›› Cabaran 4 : Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi.
›› Cabaran 5 : Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
›› Cabaran 6 : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
›› Cabaran 7 : Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
›› Cabaran 8 : Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.
›› Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan kental sepenuhnya.
Ok, aku mulakan pendapat aku mengenai TN50 ni, Setakat 8 tahun boleh katakan memang ada pencapaian dan jasa yang wajar dibanggakan. Antaranya ialah projek MRT. Dulu masa tengah on paper pada tahun 2010 (masa tu aku darjah 5), nampak macam mustahil je jadi realiti tapi apa dah jadi lepas 6 tahun? DAH BUKA DAH FASA 1 MRT SBK, bro!! Tunggu Julai pulak, sampai Kajang pulak! (Insya-Allah, kalau aku ada kesempatan aku akan cuba naik MRT dengan keluarga aku ni dan akan aku tulis review ni dalam blog aku). Belum citer lagi dengan 2 batang MRT lagi dengan projek HSR KL-Singapura, ECRL dan banyak lagi.
Di belah Borneo pulak, ada projek pelebaran Lebuhraya Pan Borneo 4 lorong 2 hala (sebenarnya jajaran Pan Borneo dah siap dah zaman Tun Dr M lagi melalui siapnya pautan putus Lawas-Temburong-Limbang pada tahun 1997 tetapi dengan perkembangan pesat ekonomi, satu infrastruktur sempurna perlu diadakan seperti dual carriageway yang tidak hanya terhad di bandar sahaja). Rasa best pulak sebab nanti, waktu perjalanan nanti akan dijimatkan lagi. Kemudian, sepanjang pemerhatian aku, kerajaan nampaknya fokus kepada pembinaan ''limited-access highway'' atau lebuhraya capaian terhad yang memang tak ada tol...antaranya seperti Lebuhraya Central Spine Road yang kini beberapa section sudah siap.....wehhh senang bohh nak balik kampung especially di pantai timur...
Soal kebajikan rakyat pulak, UTC, RTC...tu aku tak boleh cerita banyak wehhh
Pembangunan usahawan pulak, ada badan-badan seperti TERAJU, Yayasan Peneraju...dan banyak lagilah...
Semua pencapaian dalam masa 8 tahun je, memang aku boleh bagi ''credit when credits due'' kepada current leadership. Ada sebab DS Najib nak gubal TN50 ni ialah, tinggal 3 tahun je lagi nak masuk 2020 dan Malaysia kena hadap jugak tahun 2020. Takkan bila dah tahun 2020 dah masuk baru nak kelang kabut nak gubal hala tuju baru. That is why we need to get ready from now dan bila masuk 1 Januari 2020, boleh laksanakan terus TN50 tu...ni bukan aku cakap ni YAB Perdana Menteri yang cakap.
Pada pendapat aku pulak, memang wajar kerajaan memerlukan wawasan yang baru sebab Malaysia bukannya berakhir pun pada tahun 2020. Malaysia tetap terus menjadi negara berdaulat kalau boleh sampai kiamat! So, we need higher target for ensure to be respected by the whole world. Aku kalau boleh silap-silap Malaysia boleh termasuk dalam G20, G20 tu weiii, sebaris dengan taiko besar USA, the MOTHER RUSSIA, the MIGHTY CHINA, Jepun, Korea Selatan, kawan serumpun kita, Indonesia dan ramai lagi, tapi dalam kategori advanced nations la.......jika TN50 dilaksanakan. Jadi kuasa besar dunia,......ermmmm jauh sangat tu....
Malangnya, dalam aku menonton amanat DS Najib, aku memang nak melepas geram bercampur rasa kesal bila ada beberapa puak-puak tertentu dok mengeji Tun Dr M dengan dok banding Wawasan 2020 dengan TN50. Aku terpaksa buat kenyataan ni bukan nak cari gaduh dengan korang atau aku taksub dengan tokoh tertentu, tapi cubalah lu fikir rasional sikit bila bab pasal kenegaraan....
Mari sini aku terangkan balik pasal Wawasan 2020 ni. Ada yang dok cakap yang Tun Dr M gubal wawasan ikut kehendak dia je. LU SALAH LA BRADER!!! Sebenarnya, Wawasan 2020 ni bagi aku lebih kepada menghimpunkan dasar-dasar pemimpin terdahulu dari zaman YTM Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein; serta Tun Dr M punya dasar ''mikro'' (seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pensyarikatan dll) DALAM SATU MISI NASIONAL untuk menjadi negara maju 2020 IKUT ACUAN SENDIRI.......sebagai persediaan sebelum masuk abad ke-21 ketika wawasan ni digubal....
Bikin aku marah lagi bila ada urang mo bilang seperti ayat ni...
''Wawasan 2020 sebenarnya nak anak dia jadi PM''..<<<nak je aku bagi John Cena punya style, nasib baik aku baik hati.....
''W2020 kayakan kroni dan anak''.....<<<FACEPALM!!!
..dan banyak lagi kata-kata negatif dilemparkan.....
Memanglah tidak dinafikan ada lompong dan kelemahan sana-sini sepanjang 30 tahun Wawasan 2020. Apa sistem yang dibuat oleh manusia memang ada kelemahannya yang tersendiri. Namun, mentaliti pukul rata dengan mengatakan Wawasan 2020 ni gagal, MEMANG TAK ADIL SAMA SEKALI! Tengok jugak pencapaian cemerlang di sebalik itu. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih!
I am sorry to say this, without Tun Dr M legacies such as Proton, Perodua, MSC, the new administrative centre of Putrajaya, the Petronas Twin Towers, the North-South Expressway and others, Malaysia had less real basis to become a successful nation as what we have achieve now. Jangan pasal beza haluan politik, korang sanggup nafikan jasa pemimpin terdahulu lepas tu ungkit pulak keburukan beliau. Lepas tu pulak panggil nama orang buruk-buruk contohnya ''Kutty'', ''Mamak Kuty'' dll. Ingat suka ke main hina keturunan orang? Nak tegur cara Tun yang agak kurang menyenangkan, tegurlah tapi tolonglah, jangan guna kata-kata kesat! Sia-sia je kita ajar anak-anak kita untuk menghargai pemimpin terdahulu tapi memilih gara-gara politik.....kalau kita terus begini...
Barangkali dah lupa kot....Wawasan 2020 masih lagi kerajaan laksanakan melalui RMK-11 yang disifatkan sebagai pecutan terakhir sebelum tahun 2020. Korang boleh baca ''KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN MENJAYAKAN WAWASAN 2020''.
Apa harapan dan cadangan aku sebagai anak muda untuk capai TN50:
- Jadikan 9 cabaran utama Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr M sebagai cabaran dalam TN50 pula. Perjuangan belum selesai bro.....
- Pembangunan negara TIDAK BOLEH LAGI dipusatkan kepada Lembah Klang. Semua 13 negeri di Malaysia (atau 3 wilayah utama pembentukan Malaysia, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak) perlu membangun serta bersaing secara sihat untuk kemakmuran negara secara seimbang. Bab ni kalau boleh perlu ada decentralisation......
- Sistem pendidikan negara pun must be tip-top. Aku masa SPM tahun lepas dah masukkan banyak dah elemen KBAT dah.....kira ok jugak lah. Harap PPPM 2013-2025 dilaksanakan dengan lancar....no flip-flop policies....
- Galakkan pembangunan R&D menerusi institusi pengajian tinggi. Firma-firma tempatan pula kena adaptasi hasil R&D untuk meningkatkan kualiti...
- Institusi agama Islam wajar DIPERKASAKAN....
- Sejarah negara perlu diluruskan semula..Penting ni. Selama ini asyik cerita je dengan zaman penjajahan, penjajahan, penjajahan, bukan tak boleh tapi janganlah terlalu sangat.......Sedangkan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea pun menceritakan tentang sejarah kegemilangan silam tamadun masing-masing. Contohnya, Korea dari 1910-an sampai 1945 dijajah Jepun tetapi silibus pendidikan mereka amat menitikberatkan zaman keemasan ulung depa seperti tamadun Gorugeyo dan Empayar Joseon. Malaysia pulak, kita dah ada tamadun Kedah purba, Langkasuka, Srivijaya dan banyak lagila.....
Sebelum aku akhiri artikel ni, aku doakan agar Malaysia terus maju dan makmur supaya terus disegani oleh dunia, dengan izin Allah. Tapi pada masa yang sama, usahlah dilupakan usaha pemimpin terdahulu....cheers korang!! Aku minta ampun sangat-sangat kat korang kalau aku terkasar bahasa dalam artikel ni........Aku juga minta maaf kalau korang berbeza pendapat dengan aku...kita kongsi pendapat sama-sama ya....
(PERINGATAN: Artikel ni neutral dan tidak menyebelahi atau memenangkan mana-mana pihak, sekadar nak ajak korang untuk berfikiran positif tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin hari ini dan terdahulu bagi memastikan Malaysia dapat mengisi kemerdekaan dengan cemerlang, lagi-lagi tahun ni merupakan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara. AKU BUKAN HAMBA POLITIK!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan