Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Kali ini aku nak cite pulak pasal perjalanan aku dan keluarga ke Sydney. Masih lagi dalam cite besar travelog ke Australia Disember lepas....Perjalanan ini memang jauh giler dari hotel Surfers Century sampai ke Marco Polo Inn di Sydney, iaitu sepanjang 857 kilometer, jauh tu woiii, lagi
PANJANG daripada
Lebuhraya Utara Selatan E1 dan E2 dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sampailah ke Johor Bahru, Johor terus.........ok the story begins.
(Baca cerita semalam:
Brisbane dan mandi laut)
|
Bye bilik..... |
Malam pagi tu, barang-barang peribadi aku semua dah siap manakala, barang 'besar-besar' macam belum kemas lagi, ni nak pergi ke tak ni? Lepas selesai solat subuh dan mandi, aku tidur balik.....yang lain tengah kemas.....jangan tanya aku lak ye....Habis berkemas, aku buat final check takut-takut klau ada barang tertinggal. Kami akhirnya keluar dari hotel pada pukul 6.50 pagi, jangan konpius pulak yek...masa tu matahari dah naik dah......
Sebelum nak keluar ke
Pacific Motorway M1, kami singgah isi minyak dulu di stesen minyak do 7-Eleven Mermaid Waters. Eh, aku ingat 7-Eleven ni takat syarikat runcit je, diorang pun terlibat jugak dalam industri minyak dan gas tapi dalam retaillah! Kena isi minyak dululah biar cepat sikit perjalanan. Habis isi minyak, kami teruskan perjalanan keluar dari Gold Coast untuk masuk highway.....time ni tengah hujan. Tak lama selepas kitaorang lalu sempadan negeri Queensland- New South Wales, kami singgah rehat jap di
BP Chinderah (asal banyak nama tempat di Australia pelik-pelik??). Kitaorang hanya makan McD jer masa tu dan ada jugak yang beli donat....seingat akulah...
|
Singgah isi minyak dulu |
|
Masuk negeri NSW..... |
Selepas habis makan, kami kembali teruskan perjalanan. Sehingga ke Ballina, highway tu masih lagi berstatus ''controlled-access highway'' atau expressway. Lepas tu, habis dah dan masuk pulak ke jalan dua lorong....inilah masa yang mungkin boleh katakan errrrr.....menyeksakan, emmm mungkin tidak. Sekejap dua lorong satu hala, sekejap empat lorong dua hala....hmmm. Apapun, banyak pemandangan menarik yang aku tengok sepanjang perjalanan ni. Sehinggalah pukul 1.00 petang, kami lalu pekan
Wardell, Woodburn, Townsend, Ulmara, Grafton, Woolgoolga, Nambucca Heads, Macksville dan Coffs Harbour. Kami singgah di hentian sebelah Clybucca untuk rehat dapatkan tenaga balik....
|
lalu jambatan |
|
sapelah punya rumah ni... |
|
ADAA SHOPPING MALL BESAR |
|
Lalu sekejap kedai-kedai Nambucca Heads |
|
Cantikk.... |
|
Singgah hentian sebelah Clybucca |
|
makan-makan dulu yepppp |
Dekat sana, kami hanya makan-makan dengan bekalan makanan yang ada seperti nasi, roti, telur hancur dan air saja. Selepas selesai solat, kami kembali semula ke lebuhraya.
Kemudian singgah lagi di
''pekan R&R'' John's River sebab ada yang nak pergi tandas. Kemudian sambung balik perjalanan, singgah isi minyak lagi di....aku tak ingat pulak kat mana dan singgah lagi di Coolongolook. Masa tu dah pukul 4.00 petang, time-time ni baru nak senja. Lepas tu sambung balik perjalanan terus sampailah ke sempadan akhir Pacific Highway di Newcastle.
|
Pape bro.....isi minyak dulu |
|
Harga minyak.... |
Apa yang aku nampak sepanjang perjalanan ni ialah ada masa kami lalu hanya hutan belukar je tanpa sebarang pekan, nasib baiklah tak jauh sangat. Kemudian, aku nampak banyak kawasan pembinaan iaitu pembinaan Pacific Highway 4 lorong dua hala.....lebih kurang macam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sekarang ni la....Ada masa jugak kami tengok pekan-pekan yang ada di sekeliling kitaorang.
(Siapa yang nak tengok perkembangan pembinaan lebuhraya dari Gold Coast sampai Sydney boleh klik
laman rasmi ni)
|
Menghampiri penamat Pacific Highway |
|
Masuk terowong |
|
Bahagian utara Sydney |
Sampai di Newcastle, masuk pulak ke New England Highway lalu masuk pulak ke motorway M1. Masa tu dah nak masuk malam dah......Terus perjalanan dan alhamdulillah, sampailah kitaorang di Sydney pada pukul 8.13 malam waktu tempatan. Best wooo....lalu Sydney Harbour Bridge PASTU SYDNEY OPERA HOUSE dan
Jambatan ANZAC.......
Pukul 8.38 malam, akhirnya sampailah kitaorang di Marco Polo Inn. Lepas daftar masuk, kami pun masuklah bilik.......makan haritu ialah maggi jerrrrr.....
|
SYDNEY HARBOUR BRIDGE |
|
Masuk bilik pulak yerrr.... |
Habis sudah perjalanan jauh pertama kami ke Sydney........bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan