Ahad, 30 November 2014

Cuti-cuti ke Eropah (Hari keempat, pi Amsterdam)

Hari ini, aku bangun agak awal sikit. Aku lepas tu dok berblogging la... Hari ini kitaorang nak pi ke Amsterdam. Sebagai sarapan awal, aku makan seketul ayam yang kitaorang beli semalam.

Lepas tu, aku mandi dan solat. Lepas tu, aku makan megi dengan famili aku. Lepas tu kitaorang berkemas kemas untuk keluar hotel. Masa dah nak keluar, dekat reception tak de orang lagi. Jadi abah aku tulis nota dan masukkan dalam pintu. Aku rasa agak sayu sikit pasal sekejap je kitaorang kat sana. Selepas itu, kitaorang pergi masuk ke subway kalau kalau nak naik kereta api. Tapi malangnya, duit syilling tak cukup. Jadi terpaksalah kitaorang berjalan jauh sampailah ke stesen kereta api.

Masa kat stesen, kitaorang makan sekejap dekat satu kafe. Aku paling suka adalah croissant. Lepas tu, kitaorang naik atas untuk naik kereta api Tralys ke Amsterdam.

Masa on the way ke Amsterdam, aku cuma dengar lagu dan tido je. Lepas beberapa jam, kereta api sampai ke Amsterdam cuma lambat sikit pasal dengarnya, kereta api tersalah masuk line.
Stesen Schipol......

Selepas itu, kitaorang mau cari hotel Wijaya sampai hampir tersesat. Nasib baiklah aku bagi petunjuk ada Dambak dan bangunannya sebagai petunjuk.

Bilik kitaorang nombor 5. Tapi kecik punya bilik. Bilik air lagilah kecik tapi bolehlah cukup untuk mandi.

Lepas abis solat, kitaorang keluar untuk makan malam di sebuah kedai pizza yang ada seorang Muslim di sana. Best jugak aku makan nasi, ayam dan kentang goreng yang banyak.
Selepas itu, kitaorang singgah di beberapa kedai untuk tengok-tengok sekejap. Lepas itu, kitaorang balik semula ke hotel....
Bersambung hari kelima di Eropah....


Cuti-cuti Eropah (Hari Ketiga)

29 November 2014.
Aku bangun waktu sama je macam kat rumah, pukul 6 pagi. Selepas tu, aku mandi lepas tu solat subuh dengan abah dan adik-adik aku. Lepas tu kitaorang pun bersiap untuk keluar bersiar-siar sekitar berdekatan hotel di Brussels.

Masa dah nak keluar, dah ada rasa rasa sejuk. Fuh agaknya berapa celsius kat sana? Mula-mula kitaorang pergi ke Grand Place, mercu tanda utama Brussels. Masa tu orang belum ramai lagi datang kat sana. Kitaorang ada jumpa seorang pemandu pelancong dari sini. Menurutnya, ada pasar diadakan untuk Krismas. Ketika ini, pasar belum dibuka dan.akan dibuka kira-kira pukul 11 pagi.

Selepas itu, kitaorang berjalan jalan di sekitarnya. Masa dah melintas di jalan besar ada seorang ucap assalamualaikum kat kitaorang. Orang itu tahu kitaorang ini orang Islam. Rupa-rupanya dia tunjukkan kat kitaorang kedai cenderamata kat kitaorang. Mummy kata nanti kitaorang datang kat sana untuk beli nanti. Kitaorang pun teruskan perjalanan sampai ke Manneken Pis dimana ada patung bayi err 'kencing'. Aku pun geli dan sebenarnya tak tahu macam mana karakter tu boleh jadi mercu tanda utama Brussels...

Sebenarnya ada satu cerita lagenda mengenai di Manneken Pis. Boleh google 'Manneken Pis'.
Selepas itu, kitaorang pun pergi ke kedai cenderamata. Banyak yang kitaorang beli seperti keychain, t-shirt dan lain-lain. Ada sekali lepas bayar tu, owner kedai bagi keychain Menara Eiffel free.
Selepas itu, kitaorang teruskan bersiar-siar sampai ke dataran Mons Des Arts. Macam biasa, ambik gambar kat situ. Lepas tu, kitaorang pun jalan-jalan sampailah balik hotel. Kitaorang makan dan rehat kat sana dulu.

Kitaorang keluar semula waktu petang lepas dah abis solat. Kitaorang berjalan sepanjang Boulevard Maurice Lemonmier. Sepanjang jalan itu, berlambak-lambak kedai makanan halal kat situ. Sebenarnya kitaorang jalan-jalan kat sana untuk cari mana stesen kereta api Bruxelles-Midi. Senang nak cari, ada bangunan tinggi dan landasan kereta api.

Lepas dah abis cari tu, kitaorang teruskan jalan kat Avenue Stalingrad. Kat sana pun sama jak dengan Boulevard. Lepas tu, kitaorang makan kat satu kedai makan yang jual ala ala KFC kat sana. Lepas tu, kitaorang teruskan jalan ke Place Saint Catherine. Kitaorang cuma ambik gambar yang merry go round tu je. Selepas itu, kitaorang jalan sampai ke kedai Hard Rock di Grand Place. Masa tu orang memang dah ramai dah.

Lepas dah beli belah kat Hard Rock, kitaoranf ada beli waffle kat Manneken Pis. Aku nampak ramai orang kat depan patung budak yang......(tak berani aku nak sambung). Pelik jugak pasal awal pagi tak delah ramai sangat kat sana tapi bila dah petang tu barulah ramai datang.

Lepas tu, kitaorang balik hotel kejap untuk makan waffle. Aku dengar cerita dari facebook Malaysia dah menang lawan singapore masa AFF Suzuki tadi. 3-1.

Lepas dah solat semua, kitaorang keluar balik untuk tengok malam di Brussels. Mula-mula kitaorang pergi ke satu shopping mall kecik. Dekat hujung sekali ada kedai elektrik. Alhamdulillah, ada jugak jual wayar charger android. Abah pesan, kena jaga elok-elok sebab tempat lain tak dak jual ni. Lepas tu mummy ada beli penutup kepala untuk aku. Kemudian kitaorang pergi ke Grand Place. Cantik jugak masa tu. Kitaorang pun ambik gambar la kat situ.
Lepas dah penat tu, kitaorang baliklah semula ke hotel.
Habis hari ketiga di Europe......

Jumaat, 28 November 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari kedua)

Bermula masa aku dengan keluarga aku
berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kitaorang ada makan di restoran Mekdi berdekatan dengan pintu A24.
Lepas dah habis makan, kitaorang ada duduk di tempat duduk depan surau. Lepas beberapa minit, abah aku ajak aku dan adik-adik aku solat jamak di surau.
Selepas itu, kitaorang duduk kejap depan pintu masuk A24 untuk tunggu masuk.
Lepas beberapa minit, kitaorang pun masuk ke dalam kapal terbang Emirates kod EK071 ke Paris.
Waktu penerbangan sama je, 6 jam. Makanan dalam kapal terbang pun sedap. Aku makan omelet dan crossiant. Memang sedap.
Kitaorang sampai ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle selepas berapa lama dalam kapal terbang. Selepas itu, kitaorang nak cari mana stesen nak naik kereta api untuk ke Bruxelles-Midi di Belgium.
Sementara tunggu kereta api mai kat sana, kitaorang makan dulu kat mekdi dulu. Nasib baik kat mekdi ada wifi tapi untuk airport CDG. Boleh tahan lah wifi ni tapi kena daftar dulu. Lepas kitaorang makan, kitaorang balik semula ke stesen balik untuk tunggu kereta api. Kitaorang naik kereta api untuk ke Brussels pada pukul 1.20 petang waktu tempatan.
Ketika dalam kereta api, aku ambik gambar pakai I pad adik aku lepas tu aku mengantuk lalu tidur. Abah aku pulak berbual dengan seorang warga Perancis berbangsa Turki. Selepas beberapa jam, kereta api pun sampai ke Brussels. Kemudian, aku dan keluarga aku naik teksi untuk pergi ke hotel. Masa dah nak sampai ke hotel, aku nampak 2 keluarga muka Melayu berjalan depan teksi kitaorang. Aku berasa lega sikit pasal ada jugak orang Malaysia jugak mai ke Belgium.
Kitaorang ada duduk di sebuah hotel bernama Rent By kat belakang belakang kedai. Dah abis check in, kitaorang naik ke atas untuk duduk. Aku rasa terkejut bila tahu bilik ni ada bilik 3 tingkat. Satu untuk ruang tamu untuk bilik tidur dan ruang tamu dan dua lagi untuk bilik tidur.
Ni lah bilik kitaorang.
Yang aku terkejut sebenarnya adalah bilik air. Kat belakangnya ada tingkap besar. Belah kiri ada rumah pangsa. Alamak macam mana aku nak mandi. Nasib baik ada kayu cover bath tub.
Lepas aku mandi, abah ada rancang untuk jalan-jalan sikit untuk malam tapi adik-adik aku semua dah tidur. Aku pun tidur sekali. Nilah ceritanya hari kedua di Eropah. Bersambung....

Khamis, 27 November 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari Pertama)

Semalam kitaorang kena bersiap untuk pergi ke Eropah. Pertama sekali aku kena ikut abah aku ke Port Klang untuk hantar kak Fitri, pembantu rumah aku balik Indonesia.

Sementara tengah tunggu kak Fitri masuk balai perlepasan, aku makan nasi goreng ayam masak merah dulu dengan abah. Lepas tu aku keluar tiba-tiba sakit perut nak buang air. Aku bagitau kak Fitri untuk balik dulu. Lepas tu aku naik atas nak pergi tandas malangnya tandas tu tutup. Alahai terpaksalah aku kena tahan sampai ke rumah.

Lepas dah sampai rumah, aku lepaskan apa yang aku kena lepaskan. Lepas tu, aku kena siapkan barang-barang untuk pergi airport nanti. Lepas selesai sikit, aku tidur sekejap sampai pukul 12 tengah hari.

Dah siap semua benda, kitaorang masuk dalam kereta. Pertama sekali, kitaorang pergi ke rumah Alatuk. Kitaorang terlebih dulu beli makanan KFC di Petronas Lebuhraya Persekutuan.
Di rumah datuk aku, kitaorang nikmati makanan KFC yang kitaorang beli tadi dengan nenek nyang dan alatuk aku.

Selepas beberapa jam kitaorang naik kereta untuk ke KLIA. Malang sekali masa tengah on the way pergi KLIA, jem memang teruk kat Lebuhraya Lingkaran Dua (MRR 2). Rupanya puncanya adlah kereta yang dok berhenti tepi bahu jalan. Barangkali mungkin rosak kot......

Sampai je kat KLIA kitaorang pun bersalam dengan pak ngah sebelum masuk ke balai perlepasan. Lepas dah check in, periksa pasport, kitaorang pun masuk dalam kapal terbang Emirates berkod EK 347.

Penerbangan ini mengambil masa 6 jam. Sama macam masa pergi umrah 2 tahun lepas. Aku masa dalam kapal terbang, aku main walkman, tido dan dengar lagu je.

Lepas 6 jam duk dalam kapal terbang, sampailah jugak kat Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Masa tu waktu Malaysia dah jauh tengah malam daa...
Bersambung hari kedua....
P/s: gambar di atas sebenarnya masa kat KLIA.

Selasa, 25 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (29 November 2013) - Pulang ke Tanah Air

Hari ini merupakan hari terakhir kitaorang di Jepun dan pulang ke tanah air.

Dah siap berkemas, kitaorang pun turun dari hotel....checkout kemudian kitaorang naik kereta api untuk pergi ke Kansai Airport.
Di dalam kereta api khas untuk ke Lapangan Terbang Kansai...






Selepas beberapa minit kitaorang pun sampai ke Lapangan Terbang Kansai...Masa dah nak keluar, kitaorang hampir nyaris tertinggal barang iaitu beg sandang. Nasib baik teringat lalu abah ambil sebelum pintu kereta api ditutup. Kalau tak.....nahas.

Masuk airport

Berada di salah satu terminal airport Kansai


Lepas dah habis check in, bagi tiket, barulah kitaorang masuk ke dalam kapal terbang Air Asia. Aku rasa lega sedikit pasal ada juga keluarga dari Malaysia turut bersama dalam pesawat untuk balik ke Malaysia..,.

Sama je jarak dan masa perjalanan iaitu 6 jam....akhirnya kitaorang sampai juga ke LCCT KLIA dan pulang ke rumah dengan selamat...........




Isnin, 24 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (28 November 2013) - Hiroshima


Hari ketiga di Osaka... 28 November 2013.
Kali ini kitaorang melawat Hiroshima, salah satu bandar yang terkena bom atom pada 7 Ogos 1945.

Sejarah sedikit. Semasa Hiroshima diletupkan bom atom oleh pesawat Amerika, Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak ketika itu masih menjadi jajahan Jepun. Kecil juga bom atom tu tapi boleh meranapkan seluruh kota Rentetan peristiwa itu, Jepun menyerah kalah.

Aku ada menemui fakta sejarah yang baru di mana Tanah Melayu terlepas peluang kemerdekaan lebih awal ketika itu. Apa yang aku kagum, selepas Hiroshima dan Nagasaki diletupkan oleh bom atom, hanya beberapa tahun sahaja Jepun kini bangkit dengan pantas menjadi kuasa ekonomi utama dunia.

Sambung cerita, kitaorang guna Shinkasen masa tu. Tetapi agak berbeza sedikit pasal kitaorang tak bawak barang banyak masa tu sebab kitaorang bukannya nak tinggal kat sana pun. Tapi bagi rakyat Jepun, memang dah kebiasaan mereka pergi kerja jauh sama ada kerja biasa, mesyuarat dan lain-lain tanpa perlu tinggal di hotel pun sebab dah ada infrastruktur lengkap.

2 jam perjalanan kitaorang ke sana.
Sudah sampai.....


Gambar mummy abah.......



Lepas tu, kitaorang naik satu bus tour untuk bawak kitaorang ke Taman Peringatan Hiroshima.

Bangunan di sekitar Hiroshima..



Adik aku lompat...

Di taman tersebut ada satu bangunan tinggalan runtuhan iaitu gambar di atas......Ini sajalah kesan daripada pengeboman bom atom yang menjadikan Hiroshima padang jarak padang terkukur. Selepas itu, kitaorang ada jalan-jalan sekitar taman tersebut..ada muzium sekali daa....kemudian ada arca-arca di sekelilingnya...
Salah satu arca di taman peringatan




Lepas dah abis tu, kitaorang balik semula ke Osaka. Masa kitaorang tunggu naik bas, aku dah rasa sejuk sangat DAN AKU RASA ADA SALJI DAAA.....itupun sikit je...

Bangunan di Hiroshima, ambil masa untuk jalan balik

Selepas dah sampai kat Osaka, kitaorang pergi balik hotel sekejap untuk rehat....Lepas dah masuk malam, kitaorang keluar balik untuk pergi ke Dotonbori untuk makan malam.....Sebelum itu, kitaorang ada jalan-jalan untuk beli-belah macam biasa. Sebelum itu, kitaorang ada beli makanan di satu kedai India yang ada makanan halal. Makanan yang paling aku suka adalah nasi briyani...tapi untuk dibawa balik ke hotel.....





Selepas itu, kitaorang balik semula ke hotel untuk nikmati selera yang kitaorang beli.......Inilah hari terakhir kitaorang di Jepun sebelum kitaorang ke tanah air.....






PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (27 November 2013) - Universal Studios Japan

Hari kedua di Osaka...27 November 2013
Hari ini kitaorang pergi jalan jalan di Universal Studios Japan. Sebelum ini kitaorang pernah ke Universal Studios iaitu di Singapura....Tapi kitaorang ke sana untuk tengok sedikit kelainan..

Lepas kitaorang dah habis bersiap, barulah kitaorang keluar dari hotel dan pergi ke stesen yang berdekatan. Agak berlainan stesen interchange masa tu berbanding di Tokyo. Selepas beberapa minit barulah kitaorang sampai kat stesen Universal-City

Ambil gambar kat pintu masuk...
Berhampiran dengan Universal Studios, ada kedai-kedai dan pusat beli-belah. Aku pun ambil gambar kat kawasan situ. Dah hampir masuk ke pintu utama Universal Studios pun ada ambil gambar. Seperti biasa kena beli tiket dulu.....


Kenal tak sape tu......hehe

Yey dah dapat masuk. Di bahagian depan ada maskot Ernie dan Bernie. Agak comel jugak depa tu. Jadi adik-adik aku ada ambil gambar dengan mereka. Lepas itu, kitaorang jalan-jalan dulu di kawasan Hollywood. Dekat sana ada jual macam-macam cenderamata seperti keychain, anak patung, t-shirt dan lain-lain lagi. Tapi kitaorang akan pergi sana nanti kemudian.
Di Zon Hollywood

Selepas itu, kitaorang lalu zon New York. Kitaorang ada masuk satu zon movie production aku lupa dah apa nama tapi yang jelas hampir-hampir sama dengan Universal Studios Singapura. Diterangkan di sebalik tabir proses perfileman. Selepas habis tu, kitaorang jalan-jalan kat sekitar Hollywood....
Pentas untuk Krismas....


Lepas abis tu, kitaorang ada masuk ke Jurrasic Park. Abah dengan adik-adik aku naik satu ride. Tapi aku tak naik. Korang boleh bukak artikel pasal kat Disneyland kenapa aku tak naik jenis-jenis ala roller coaster. Jadi, aku temankan mummy ke kedai cenderahati Jurassic Park. Ada lah kitaorang beli sikit-sikit kat sana. Sementara tu, aku kat tepi pagar ride nak tengok abah dan adik-adik aku dah turun ke belum untuk ambil gambar...








Dah abis Jurassic Park, kitaorang pergi ke Jaws, kitaorang juga ada naik ride tapi berbentuk bot je....Masa naik tu, memang ada benda ala-ala shark kat situ tapi aku buat rilek je. Lepas abis tu, kitaorang ada beli cenderahati. Antaranya, kitaorang ada beli anak patung jaws. Nampak saja patung ikan jerung tapi comel jugaklah. Jadi, adik aku panggil 'Po Pot'. Selepas itu, kitaorang pergi pula ke Universal Wonderland.















Kitaorang berada kat Universal Wonderland lama jugak. Sebelum itu, aku solat dengan abah dan adik-adik aku di kawasan yang terpencil. Selepas itu, kitaorang sambung jalan-jalan kat sana. Antara tarikan yang kitaorang pergi ialah, Snoopy Great Race (adik-adik aku je), Sesame Big Drive dan Elmo's Bubble-Bubble. Selepas itu, kitaorang pergi kedai Sesame kalau-kalau nak beli apa-apa.

Selepas itu, kitaorang terus balik ke Hollywood untuk beli-belah cenderahati....Banyak jugak kitaorang beli. Lepas dah habis tu, kitaorang pun keluar dari USJ. Sebelum kitaorang naik ke stesen, kitaorang ada ambil gambar untuk memori.....Selepas itu, kitaorang balik semula ke Hotel Naniwa....




Berakhir hari keenam di Jepun........

Seterusnya: Hari ke-7 Jepun