Fuhhh....dah berapa bulan dah aku tak tulis blog. Barangkali mungkin malas atau persiapan PT3 (btw saya adalah pelajar Tingkatan 3 tahun ini). Dah habisnya PT3 bolehlah aku buat apa apa. Tapi malangnya, yang tahu hanya main internet dan tablet lepas tu tido. Daripada boring tak buat apa apa, baik aku tulis blog.
Apapun, aku sambung cerita saya bercuti ke Jepun November tahun lepas. Dah masuk hari kedua di Jepun Masa aku bangun daripada tidur, aku tengok hari suda siang. Arggghhh, terlepas solat Subuh jadi terpaksalah menqadakkan solat dengan abah dan adik-adik aku. Selesai mandi dan solat barulah bersiap untuk pergi keluar. Ketika hendak keluar dari hotel, memang rasa sejuk. Pertama sekali, kitaorang pergi persimpangan jalan berhampiran hotel. Aku sempat lagi ambil gambar-gambar di sektitar aku.
Tudiaaa......inilah jalan @ pekan Okachimachi |
|
Bangunan tinggi ni memang cantik....
|
Lepas itu, kitaorang pergi kedai sekejap nak beli air minum. Almaklumlah, kita orang macam lapaq sikit. Paling tidak pun beli sikit untuk alas perut. Selepas itu, kitaorang jalan belakang sampailah ke jalan besar seperti gambar kat bawah....
Tudiaa.....peta kawasan Okachimachi |
Bila tengok bangunan-bangunan macam ni, aku mula berangan-angan bagaimana keadaan sebegini berlaku di Kuala Lumpur kelak. Tinggikan tingkat rumah, maka secara tak langsung tak payah lagi nak gondol hutan bagai, buat semak habitat alam sekitar je. Well, just my 20 cents. Ok sambung cerita balik, lepas jalan jalan kejap, kitaorang berhenti sekejap untuk gambar kenangan.
Lepas abis ambik gambar, kitaorang pergi pulak singgah kat taman itupun dekat pintu masuk je. Lepas kitaorang ambil gambar kat sana, kitaorang masuk dalam Stesen Ueno nak beli tiket naik kereta api. Kemudian kitaorang pergi ke Hard Rock Cafe nak beli cenderahati....
Kedai Hard Rock Cafe di Stesen Ueno |
Bila saya tengok jaringan kereta api kat Tokyo, saya teringat sistem kereta api kat Lembah Klang. Tak mau la cerita panjang, nanti saya keluarkan post pada waktu lain pulak.... Masa kitaorang naik kereta api, kitaorang lalu beberapa bandar seperti Shinjuku, Shibuya, pusat bandar Tokyo sampailah ke Akihabara.
Untuk pengetahuan kome, Akihabara merupakan bandar anime terkenal (minta maaflah sebenarnya Akihabara merupakan kawasan elektrik). Macam-macam gambar anime terpampang kat situ. Kitaorang pun ambil gambar kat situ....
Ambik gambar adik-adik aku
|
Macam-macam gambar anime kat situ.... |
|
Lepas dah abis beli, kitaorang pun balik ke Okachimachi nak balik hotel.......fuhh, penat duhhh...
Alright, jumpa lagi dalam post hari ketiga. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan