Semalam kitaorang kena bersiap untuk pergi ke Eropah. Pertama sekali aku kena ikut abah aku ke Port Klang untuk hantar kak Fitri, pembantu rumah aku balik Indonesia.
Sementara tengah tunggu kak Fitri masuk balai perlepasan, aku makan nasi goreng ayam masak merah dulu dengan abah. Lepas tu aku keluar tiba-tiba sakit perut nak buang air. Aku bagitau kak Fitri untuk balik dulu. Lepas tu aku naik atas nak pergi tandas malangnya tandas tu tutup. Alahai terpaksalah aku kena tahan sampai ke rumah.
Lepas dah sampai rumah, aku lepaskan apa yang aku kena lepaskan. Lepas tu, aku kena siapkan barang-barang untuk pergi airport nanti. Lepas selesai sikit, aku tidur sekejap sampai pukul 12 tengah hari.
Dah siap semua benda, kitaorang masuk dalam kereta. Pertama sekali, kitaorang pergi ke rumah Alatuk. Kitaorang terlebih dulu beli makanan KFC di Petronas Lebuhraya Persekutuan.
Di rumah datuk aku, kitaorang nikmati makanan KFC yang kitaorang beli tadi dengan nenek nyang dan alatuk aku.
Selepas beberapa jam kitaorang naik kereta untuk ke KLIA. Malang sekali masa tengah on the way pergi KLIA, jem memang teruk kat Lebuhraya Lingkaran Dua (MRR 2). Rupanya puncanya adlah kereta yang dok berhenti tepi bahu jalan. Barangkali mungkin rosak kot......
Sampai je kat KLIA kitaorang pun bersalam dengan pak ngah sebelum masuk ke balai perlepasan. Lepas dah check in, periksa pasport, kitaorang pun masuk dalam kapal terbang Emirates berkod EK 347.
Penerbangan ini mengambil masa 6 jam. Sama macam masa pergi umrah 2 tahun lepas. Aku masa dalam kapal terbang, aku main walkman, tido dan dengar lagu je.
Lepas 6 jam duk dalam kapal terbang, sampailah jugak kat Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Masa tu waktu Malaysia dah jauh tengah malam daa...
Bersambung hari kedua....
P/s: gambar di atas sebenarnya masa kat KLIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan