Isnin, 24 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (27 November 2013) - Universal Studios Japan

Hari kedua di Osaka...27 November 2013
Hari ini kitaorang pergi jalan jalan di Universal Studios Japan. Sebelum ini kitaorang pernah ke Universal Studios iaitu di Singapura....Tapi kitaorang ke sana untuk tengok sedikit kelainan..

Lepas kitaorang dah habis bersiap, barulah kitaorang keluar dari hotel dan pergi ke stesen yang berdekatan. Agak berlainan stesen interchange masa tu berbanding di Tokyo. Selepas beberapa minit barulah kitaorang sampai kat stesen Universal-City

Ambil gambar kat pintu masuk...
Berhampiran dengan Universal Studios, ada kedai-kedai dan pusat beli-belah. Aku pun ambil gambar kat kawasan situ. Dah hampir masuk ke pintu utama Universal Studios pun ada ambil gambar. Seperti biasa kena beli tiket dulu.....


Kenal tak sape tu......hehe

Yey dah dapat masuk. Di bahagian depan ada maskot Ernie dan Bernie. Agak comel jugak depa tu. Jadi adik-adik aku ada ambil gambar dengan mereka. Lepas itu, kitaorang jalan-jalan dulu di kawasan Hollywood. Dekat sana ada jual macam-macam cenderamata seperti keychain, anak patung, t-shirt dan lain-lain lagi. Tapi kitaorang akan pergi sana nanti kemudian.
Di Zon Hollywood

Selepas itu, kitaorang lalu zon New York. Kitaorang ada masuk satu zon movie production aku lupa dah apa nama tapi yang jelas hampir-hampir sama dengan Universal Studios Singapura. Diterangkan di sebalik tabir proses perfileman. Selepas habis tu, kitaorang jalan-jalan kat sekitar Hollywood....
Pentas untuk Krismas....


Lepas abis tu, kitaorang ada masuk ke Jurrasic Park. Abah dengan adik-adik aku naik satu ride. Tapi aku tak naik. Korang boleh bukak artikel pasal kat Disneyland kenapa aku tak naik jenis-jenis ala roller coaster. Jadi, aku temankan mummy ke kedai cenderahati Jurassic Park. Ada lah kitaorang beli sikit-sikit kat sana. Sementara tu, aku kat tepi pagar ride nak tengok abah dan adik-adik aku dah turun ke belum untuk ambil gambar...








Dah abis Jurassic Park, kitaorang pergi ke Jaws, kitaorang juga ada naik ride tapi berbentuk bot je....Masa naik tu, memang ada benda ala-ala shark kat situ tapi aku buat rilek je. Lepas abis tu, kitaorang ada beli cenderahati. Antaranya, kitaorang ada beli anak patung jaws. Nampak saja patung ikan jerung tapi comel jugaklah. Jadi, adik aku panggil 'Po Pot'. Selepas itu, kitaorang pergi pula ke Universal Wonderland.















Kitaorang berada kat Universal Wonderland lama jugak. Sebelum itu, aku solat dengan abah dan adik-adik aku di kawasan yang terpencil. Selepas itu, kitaorang sambung jalan-jalan kat sana. Antara tarikan yang kitaorang pergi ialah, Snoopy Great Race (adik-adik aku je), Sesame Big Drive dan Elmo's Bubble-Bubble. Selepas itu, kitaorang pergi kedai Sesame kalau-kalau nak beli apa-apa.

Selepas itu, kitaorang terus balik ke Hollywood untuk beli-belah cenderahati....Banyak jugak kitaorang beli. Lepas dah habis tu, kitaorang pun keluar dari USJ. Sebelum kitaorang naik ke stesen, kitaorang ada ambil gambar untuk memori.....Selepas itu, kitaorang balik semula ke Hotel Naniwa....




Berakhir hari keenam di Jepun........

Seterusnya: Hari ke-7 Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan