Isnin, 24 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (26 November 2013) - Mai pi Osaka.....

Assalamualaikum,
Hari itu merupakan hari terakhir kitaorang di Tokyo sebab kena bersiap untuk pergi ke Osaka. Macam biasa, solat pastu mandi. Kemudian, mummy susun dan kemas barang. Dah habis bersiap semua barulah kitaorang checkout dari hotel Ueno Youth Hostel. Aku agak sedih sikit pasal nak tinggalkan hotel ni.

Selepas itu, kitaorang naik kereta api sampai ke stesen Tokyo untuk tukar ke kereta api Shinkasen, tau tau la kereta api laju di Jepun.

Masa kitaorang kat stesen, adalah beli beli sikit sama ada nak cenderamata atau lain lain. Lepas tu, aku ada rasa lapar sikit. Nasib baik ada bawak makanan dan air untuk alas perut.

Lepas dah habis check in semua, barulah kitaorang naik ke stesen. Sementara tunggu kereta api sampai, mummy dan abah ambil gambar sikit untuk kenangan. Lepas beberapa minit, barulah kereta api sampai. Memang on time masa tu. Masa kereta api tu sampai, memang laju masa tu. Kitaorang pun naik kereta api lepas tu.

Stesen Shinkasen, Tokyo
Gambar abah.....
Mummy dok menyelfie kot.......




Masa dalam kereta api, ada satu pemandangan menarik yang saya nampak iaitu, melihat gunung Fuji, background Jepun. Sampai aku ada ambil video untuk simpan untuk kenangan. Tak banyak aku nak cerita pasal naik kereta api sebab selepas itu, aku dengar walkman je. Lepas dah lalu beberapa.bandar seperti Yokohama, Kyoto barulah kitaorang sampai ke Osaka. Perjalanan ini mengambil masa dua jam je.
Masa tengah naik kereta api....

Memang kejap sangat walaupun jaraknya lebih kurang seperti dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Nanti saya akan buat satu tulisan saya mengenani kemajuan Jepun dan kaitan dengan Malaysia.
Selepas itu, kitaorang tukar kereta api untuk ke hotel Naniwa. Lepas dah sampai ke stesen yang berdekatan, kitaorang pun tercari-cari mana hotelnya sampai hampir tersesat. Nasib baik aku bagi tunjuk arah hotel tersebut guna petunjuk yang ada seperti sungai.
Dah sampai stesen Osaka..

Akhirnya, kitaorang pun sampailah ke hotel tersebut. Bilik nya macam di rumah tradisional Jepun (aku ada post benda ni kat Facebook). Selepas itu, aku, abah dan adik-adik aku makan malam dengan maggi yang kitaorang bawak dari rumah. Selepas itu, kitaorang pun rehat kejap sementara aku pulak tengok fb nak tau apa cerita keluarga aku, cerita politik Malaysia, cerita sukan dan lain-lain lagilah.....sebelum itu, kitaorang solat dulu.

Berakhirnya hari pertama di Osaka.....dan kelima di Jepun....

Seterusnya: Hari ke-6 Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan