Jumaat, 28 November 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari kedua)

Bermula masa aku dengan keluarga aku
berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kitaorang ada makan di restoran Mekdi berdekatan dengan pintu A24.
Lepas dah habis makan, kitaorang ada duduk di tempat duduk depan surau. Lepas beberapa minit, abah aku ajak aku dan adik-adik aku solat jamak di surau.
Selepas itu, kitaorang duduk kejap depan pintu masuk A24 untuk tunggu masuk.
Lepas beberapa minit, kitaorang pun masuk ke dalam kapal terbang Emirates kod EK071 ke Paris.
Waktu penerbangan sama je, 6 jam. Makanan dalam kapal terbang pun sedap. Aku makan omelet dan crossiant. Memang sedap.
Kitaorang sampai ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle selepas berapa lama dalam kapal terbang. Selepas itu, kitaorang nak cari mana stesen nak naik kereta api untuk ke Bruxelles-Midi di Belgium.
Sementara tunggu kereta api mai kat sana, kitaorang makan dulu kat mekdi dulu. Nasib baik kat mekdi ada wifi tapi untuk airport CDG. Boleh tahan lah wifi ni tapi kena daftar dulu. Lepas kitaorang makan, kitaorang balik semula ke stesen balik untuk tunggu kereta api. Kitaorang naik kereta api untuk ke Brussels pada pukul 1.20 petang waktu tempatan.
Ketika dalam kereta api, aku ambik gambar pakai I pad adik aku lepas tu aku mengantuk lalu tidur. Abah aku pulak berbual dengan seorang warga Perancis berbangsa Turki. Selepas beberapa jam, kereta api pun sampai ke Brussels. Kemudian, aku dan keluarga aku naik teksi untuk pergi ke hotel. Masa dah nak sampai ke hotel, aku nampak 2 keluarga muka Melayu berjalan depan teksi kitaorang. Aku berasa lega sikit pasal ada jugak orang Malaysia jugak mai ke Belgium.
Kitaorang ada duduk di sebuah hotel bernama Rent By kat belakang belakang kedai. Dah abis check in, kitaorang naik ke atas untuk duduk. Aku rasa terkejut bila tahu bilik ni ada bilik 3 tingkat. Satu untuk ruang tamu untuk bilik tidur dan ruang tamu dan dua lagi untuk bilik tidur.
Ni lah bilik kitaorang.
Yang aku terkejut sebenarnya adalah bilik air. Kat belakangnya ada tingkap besar. Belah kiri ada rumah pangsa. Alamak macam mana aku nak mandi. Nasib baik ada kayu cover bath tub.
Lepas aku mandi, abah ada rancang untuk jalan-jalan sikit untuk malam tapi adik-adik aku semua dah tidur. Aku pun tidur sekali. Nilah ceritanya hari kedua di Eropah. Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan