Ahad, 30 November 2014

Cuti-cuti ke Eropah (Hari keempat, pi Amsterdam)

Hari ini, aku bangun agak awal sikit. Aku lepas tu dok berblogging la... Hari ini kitaorang nak pi ke Amsterdam. Sebagai sarapan awal, aku makan seketul ayam yang kitaorang beli semalam.

Lepas tu, aku mandi dan solat. Lepas tu, aku makan megi dengan famili aku. Lepas tu kitaorang berkemas kemas untuk keluar hotel. Masa dah nak keluar, dekat reception tak de orang lagi. Jadi abah aku tulis nota dan masukkan dalam pintu. Aku rasa agak sayu sikit pasal sekejap je kitaorang kat sana. Selepas itu, kitaorang pergi masuk ke subway kalau kalau nak naik kereta api. Tapi malangnya, duit syilling tak cukup. Jadi terpaksalah kitaorang berjalan jauh sampailah ke stesen kereta api.

Masa kat stesen, kitaorang makan sekejap dekat satu kafe. Aku paling suka adalah croissant. Lepas tu, kitaorang naik atas untuk naik kereta api Tralys ke Amsterdam.

Masa on the way ke Amsterdam, aku cuma dengar lagu dan tido je. Lepas beberapa jam, kereta api sampai ke Amsterdam cuma lambat sikit pasal dengarnya, kereta api tersalah masuk line.
Stesen Schipol......

Selepas itu, kitaorang mau cari hotel Wijaya sampai hampir tersesat. Nasib baiklah aku bagi petunjuk ada Dambak dan bangunannya sebagai petunjuk.

Bilik kitaorang nombor 5. Tapi kecik punya bilik. Bilik air lagilah kecik tapi bolehlah cukup untuk mandi.

Lepas abis solat, kitaorang keluar untuk makan malam di sebuah kedai pizza yang ada seorang Muslim di sana. Best jugak aku makan nasi, ayam dan kentang goreng yang banyak.
Selepas itu, kitaorang singgah di beberapa kedai untuk tengok-tengok sekejap. Lepas itu, kitaorang balik semula ke hotel....
Bersambung hari kelima di Eropah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan