Isnin, 24 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (28 November 2013) - Hiroshima


Hari ketiga di Osaka... 28 November 2013.
Kali ini kitaorang melawat Hiroshima, salah satu bandar yang terkena bom atom pada 7 Ogos 1945.

Sejarah sedikit. Semasa Hiroshima diletupkan bom atom oleh pesawat Amerika, Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak ketika itu masih menjadi jajahan Jepun. Kecil juga bom atom tu tapi boleh meranapkan seluruh kota Rentetan peristiwa itu, Jepun menyerah kalah.

Aku ada menemui fakta sejarah yang baru di mana Tanah Melayu terlepas peluang kemerdekaan lebih awal ketika itu. Apa yang aku kagum, selepas Hiroshima dan Nagasaki diletupkan oleh bom atom, hanya beberapa tahun sahaja Jepun kini bangkit dengan pantas menjadi kuasa ekonomi utama dunia.

Sambung cerita, kitaorang guna Shinkasen masa tu. Tetapi agak berbeza sedikit pasal kitaorang tak bawak barang banyak masa tu sebab kitaorang bukannya nak tinggal kat sana pun. Tapi bagi rakyat Jepun, memang dah kebiasaan mereka pergi kerja jauh sama ada kerja biasa, mesyuarat dan lain-lain tanpa perlu tinggal di hotel pun sebab dah ada infrastruktur lengkap.

2 jam perjalanan kitaorang ke sana.
Sudah sampai.....


Gambar mummy abah.......



Lepas tu, kitaorang naik satu bus tour untuk bawak kitaorang ke Taman Peringatan Hiroshima.

Bangunan di sekitar Hiroshima..



Adik aku lompat...

Di taman tersebut ada satu bangunan tinggalan runtuhan iaitu gambar di atas......Ini sajalah kesan daripada pengeboman bom atom yang menjadikan Hiroshima padang jarak padang terkukur. Selepas itu, kitaorang ada jalan-jalan sekitar taman tersebut..ada muzium sekali daa....kemudian ada arca-arca di sekelilingnya...
Salah satu arca di taman peringatan




Lepas dah abis tu, kitaorang balik semula ke Osaka. Masa kitaorang tunggu naik bas, aku dah rasa sejuk sangat DAN AKU RASA ADA SALJI DAAA.....itupun sikit je...

Bangunan di Hiroshima, ambil masa untuk jalan balik

Selepas dah sampai kat Osaka, kitaorang pergi balik hotel sekejap untuk rehat....Lepas dah masuk malam, kitaorang keluar balik untuk pergi ke Dotonbori untuk makan malam.....Sebelum itu, kitaorang ada jalan-jalan untuk beli-belah macam biasa. Sebelum itu, kitaorang ada beli makanan di satu kedai India yang ada makanan halal. Makanan yang paling aku suka adalah nasi briyani...tapi untuk dibawa balik ke hotel.....





Selepas itu, kitaorang balik semula ke hotel untuk nikmati selera yang kitaorang beli.......Inilah hari terakhir kitaorang di Jepun sebelum kitaorang ke tanah air.....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan