Kali ini aku ceritakan hari ketiga di Negara Matahari Terbit. Masa aku bangun, hari masih belum siang lagi. Ada can la aku nak solat Subuh sebelum habis waktu.
Lepas habis siap, kitaorang mula keluar hotel. Kali ini, kitaorang nak jalan jalan sekitar Tokyo. Perjalanan kitaorang dimulakan dengan pergi ke kawasan kedai yang bersebelahan dengan jalan kereta api JR di bandar Ueno.
Pintu masuk |
Kemudian, kitaorang jalan jalan di kawasan jualan makanan. Yang paling sedap adalah nasi ayam. Sebab itu, aku minta mummy abah beli nasi ayam masa makan malam nanti. Selepas itu, kitaorang masuk ke taman Ueno. Masa itu, aku rasa haus nak minum. Abah pun belikan air kat vendor machine.
|
Gambar aku depan batu (lupa dah apa nama tadi) |
Menara Tokyo Skytree dari Ueno Park.... |
Lepas ambik gambar kejap, kitaorang pergi seberang jambatan di Sungai Sumida nak tengok dekat lagi. Aku tengok sungai kat situ memang jernih... Selepas melihat pemandangan di situ, aku dah rasa lapar. Jadi, abah ambil keputusan untuk pergi ke kebab Turki untuk makan kat sana. Masa kitaorang tengah makan, aku melihat sebuah ambulans dan kereta bomba berhenti kat tepi jambatan. Aku tertanya, apa depa buat kat situ, ada kejadian ka...
Inilah dia kawasan taman. Kawasan tu memang bersih dan ceria. Tak banyak sampah di situ sampai hampir-hampir tak ada. Selepas itu, kitaorang naik kereta api ke Asakusa......jarak ke Tokyo Skytree memang tak jauh.
Ini mengingatkan aku terhadap peristiwa di Peak Tower, Hong Kong dua tahun lalu di mana seorang tiba-tiba terjatuh dari bangunan. Aku menyaksikan kejadian itu di depan mata aku sendiri.....ahhhh, tak nak lah aku nak panjangkan cerita tu...
Selepas kiraorang menjamu selera kat situ, kitaorang jalan-jalan di Kaminarimon. Memang ramai orang kat situ.....
Naik kereta api. Wehh...cepat gila nak senja |
Pemandangan Shinjuku..... |
Peta Shinjuku... |
Di Shinjuku, setahu saya ada bangunan pencakar langit terkenal iaitu, Tokyo City Hall. Di situ juga banyak pencakar langit dan terdapat pasar raya Uni Qlo yang menjual pakaian (di Malaysia juga ada cawangan kedai di pelbagai mall).
Lepas jalan-jalan kitaorang pergi satu kedai anime kat situ. Tak de apa nak buat kat situ melainkan hanya tengok-tengokkan saja. Selepas itu, kitaorang singgah kat kedai runcit untuk minum.
belakang tu, itulah bangunan Tokyo City Hall |
Lensa-lensa sekitar Shibuya |
Sebelum kitaorang pulang ke hotel, seperti yang dijanjikan mummy abah beli nasi ayam di kebab. Lepas sampai kat hotel, aku mandi, solat dan barulah aku dan adik-beradik makan......habis hari ketiga di Jepun. InsyaAllah, aku akan ceritakan hari yang keempat, iaitu pi ke Tokyo Disneyland.......
Seterusnya: Hari ke-4 Jepun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan