Sabtu, 17 Januari 2015

Hari Pertama Persekolahan di Tingkatan 4

Assalamualaikum,  aku mahu cerita pasal hari pertama aku sebagai budak tingkatan 4.

Pukul 6 pagi dah kena bangun..... Aku masih lagi pakai baju lama tapi seluar baru. Selepas selesai bersiap, aku kena tunggu bas dengan Shadiq. Aku masih lagi naik bas dengan uncle Madan.

Sesudah sampai di sekolah, aku berjalan pergi ke Dataran Alawiyah. Perhimpunan berlangsung selepas itu......

Antara pesanan pengetua untuk tahun baru persekolahan adalah.....

1. Taat kepada perintah Allah, taat perintah dan nasihat ibu bapa dan taat kepada guru.

2.Tingkatkan motivasi dan prestasi diri.


3. (yang paling penting) MANUSIA YANG MALAS SENTIASA BERI BANYAK ALASAN........



Selepas ucapan pengetua, disusuli pula dengan ucapan guru disiplin....lebih kepada soal disiplin. Antaranya seperti....

1.Rambut tak boleh panjang dan diwarnakan (bagi lelaki)

2.Baju sekolah bagi lelaki hanya lengan pendek sahaja dibenarkan.


3.Stokin mesti warna putih (kalau pakai kasut putih)


4.Tali leher mesti diikat kemas dan tarik ke atas dan panjangnya sehingga paras pinggang.


5.Kuku mesti pendek. 


6.Jangan menyimpan misai


7.7.30 pagi waktu paling lewat sampai sekolah kecuali Isnin dan Jumaat (7.20 pagi)


8. Tuck in semasa pakai baju PJK.


9. Baca buku peraturan untuk lebih lanjut.


Sesudah ucapan guru disiplin, perhimpunan berakhir dan pelajar tingkatan 4 (termasuk aku) hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam kelas......Semua kelas kena naik bersama guru kelas masing-masing.

Sehingga 10.25 pagi kami berada dalam kelas. Aku keluar rehat. Sebelum aku pergi ke kantin, aku borak sekejap dengan kawan-kawan lama Imtiyaz di kelas 4 LK.

Masa waktu rehat, memang ramai masa tu sebab pelajar tingkatan 4 dan 5 bercampur. Jadi selepas aku beli makanan, aku tercari-cari mana kawan-kawan aku yang lain......

Waktu rehat habis pada pukul 10.45 pagi........Kami mula belajar bermula pada waktu itu. Walaupun belum ada buku teks, aku ada menyalin nota yang diberikan oleh cikgu. Antara yang paling saya ingat adalah format kertas SPM setakat ini..

Waktu sekolah berakhir pada pukul 1.40 petang.......aku pulang ke rumah......









Sabtu, 10 Januari 2015

Perpustakaan KMC @ Sasana Kijang (المكتبة المركز العلوم و التدبير)

Assalamualaikum semua, كيف حالكم جميعا....

Hari ini aku nak cerita pasal perpustakaan KMC yang terletak di hujung Sasana Kijang (office abah aku).

Aku mula pergi ke sana sejak Disember 2013. Semua untuk baca seperti perpustakaan-perpustakaan lain. Kat sana jugak digunakan untuk tempat tuisyen sendiri bersama Uncle Safwan (sehingga Januari 2014). Nak tau apa ada kat sana.

Di tingkat bawah sekali merupakan tempat buku umum seperti biografi pemimpin, buku baru dan yang paling menarik ada buku-buku lama. Dekat situ jugak ada buku-buku mengenai laporan kewangan, majalah mengenai ekonomi seperti Times, buku mengenai wang lama atau numis dan sebagainya.....


Tingkat bawah
Di tingkat pertama, ada tempat komputer kat situ dan juga ada lagi buku seperti laporan ekonomi, penggulungan bajet, buku Rancangan Malaysia dan banyak lagi...... Dekat situ jugak ada majalah lain seperti Massa (dalam Bahasa Melayu), Dewan Masyarakat dan Dewan Ekonomi.....

Tingkat pertama.....
Sebenarnya perpustakaan ini ada tiga tingkat tapi tak pernah naik sana mungkin pasal naik tangga punya tinggi dan mungkin malas kot......

Ini antara buku-buku kegemaran aku setakat ini........







Ini saja catatan yang aku buat hari ini.. Sebenarnya perpustakaan ini dibuka untuk umum. Semua boleh pergi kalau ada kelapangan. Umumnya, perpustakaan ini banyak buku mengenai ekonomi dan perdagangan. Sesiapa yang ambil Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan, bolehlah korang pergi ke sana......

Itu sahaja, assalamualaikum.....jumpa lagi

(sekali-sekala bagilah komen)


Rabu, 7 Januari 2015

Penentuan Kelas Tingkatan 4.....

Assalamualaikum.....
Hari ini merupakan hari penentuan kelas bagi pelajar tingkatan 4 untuk tahun ini....

Tengah hari tadi aku baru tengok jadual senarai kelas tingkatan 4 yang diberi oleh Azri, kawan aku kat dalam Whatsapp

Dan dapat berita gembira daripada abah yang aku akan masuk ke kelas 4 Akaun. Syok....dapatla aku belajar pasal bab ekonomi....

Cuma sedihnya....setakat ini ramai kawan-kawan Imtiyaz yang dah tak sama kelas dengan aku...huhu...

Nasib baik ada 4 lagi kawan dari kelas Imtiyaz dengan aku iaitu Atikah, Umar, Hilmi dan Syahid...
Sebenarnya, saya ambil kelas ni kerana saya minat dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Kadang-kala saya selalu membaca buku tersebut di pusat sumber.

Itu saja saya dapat cerita. Aku harapkan korang buat yang terbaik untuk tahun ini...

Bye, assalamualaikum...

..................
Assalamualaikum,

Today is the class determination day for Form 4 students for this year......

Recently, I just get a list that had showed by my friend, Azri in the Whatsapp...

And I also get a good news from abah that I will enter in 4 Akaun...I'm excited because I will learn about economy....

But sadly,  many of my Imtiyaz friends are not in the same class with me....huhu...

Luckily, 4 of my Imtiyaz friends (Atikah, Umar, Hilmi and Syahid) are with me this year....
.
Actually, I choose this class because I am interested in Ekonomi Asas topic. Sometimes, I always read these books in library.

That's all I want to tell today.... I hope all the best to you guys for this year.

Farewell, assalamualaikum..

(P.s, sebenarnya saya nak cuba tulis dalam bahasa inggeris dalam blog ni)
Inilah senarai murid untuk kelas 4 Akaun 2015....

Ahad, 4 Januari 2015

Balik kampung,.......3 Januari 2015

Hari ini aku dan keluarga aku balik kampung  di Sungai Besar, Sabak Bernam. Kami tidak tinggal di sana memandangkan adik aku, Shabil bakal menghadapi hari orientasi tingkatan 1 keesokan harinya.

Andak, uncle dan Shahnas pun join sekali dengan kitaorang....

Sebelum itu, kami berhenti dulu di Plaza Shah Alam untuk mengambil seluar sekolah untuk Shabil. Selepas itu, kami memulakan perjalanan kami ke Sungai Besar.....

Tengah jalan, aku tido je dalam kereta. Selepas itu, kami singgah dulu di Soto Pasir Penambang.....
Naik kereta sampai kampung....

@ Soto Pasir Penambang......
Dekat sana aku order nak makan nasi goreng ayam.......cuma nak tunggu tu lama sikitlah. Lepas beberapa ahli keluarga aku dah nak habis makan, barulah makanan aku sampai.....tapi boleh jugak tahan sedap...

Selepas itu, kami teruskan perjalanan balik kampung. Kali ini, aku pulak yang kena duduk belakang sekali pasal adik aku, Shabil cakap yang dia punya Galaxy note dah 'darurat' atau habis bateri.......Tengah dalam perjalanan, aku tengok je tablet dan lepas tu aku tidur....... 


Pekan Sungai Besar di depan. Yang tengah bina tu sebenarnya restoran McDonald baru......
Biasanya, baru lepas masuk rumah, mesti ada benda kotor kat situ. Najis cicak, batu dan habuk mesti ada kat situ. Apalagi, kena kemaslah dulu. Aku biasa pakai vacum untuk bersihkan lantai......tapi kali ini aku kena pegang tengah tiub vacum pasal dah tercabut. 

Tiba-tiba, masa aku nak letakkan tikar solat dalam bilik tidur, aku ternampak LIPAN terletak kat situ. Aku terkejut. Nasib baik dah mati benda tu tapi masih tak boleh usik atau pijak. Bak kata abah, lipan memang ada benda tajam, memang berbahaya. Silap-silap boleh tercucuk jadinya. Jadi, abah ambil penyodok dan sapu lipan tu untuk dibuang.

Lepas solat, kami berehat sekejap. Abah dan Shabil pulak pergi ke kedai gunting rambut. Aku cuma main tablet aku yang baru beli.

Pukul 6.00 petang, kami dah nak balik dah. Sebelum itu, kami singgah di rumah Tok Be dulu... Aku memang suka kalau berbual dengan Tok Be. Ini sajalah dapat aku dapat bersua lepas nenek aku, Atok dah tiada.....

Di rumah Tok Be, aku makan apa yang disediakan seperti pisang goreng dan kurma. Selepas itu, aku duduk di sebelah Tok Be untuk berbual. Paling aku ingat bila Tok Be tanya ''kamu sekolah kat mana nanti?''. Aku jawab ''masih di Seksyen 7''. Selepas itu, Tok Be pesan, di mana aku sekolah sekalipun yang penting, belajar betul-betul. Aku ingat pesanan ini........


Inilah rumah kampung kitaorang......
Sesudah solat Jamak, kami dah nak balik ke Shah Alam. Sampai di Kuala Selangor, kami makan malam di restoran Mohd Chan di sebuah kompleks kedai komersial di Kuala Selangor......

Singgah makan dulu.....
Selepas dah habis makan, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah.....

Itu saja cerita aku di kampung......assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul......



Selasa, 30 Disember 2014

Jamuan 3 Imtiyaz di Seksyen 13

20 Disember lepas, aku ada datang ke majlis jamuan ataupun 'reunion' dengan kawan-kawan kelas aku bersama Ustazah Rodziah (Guru bahasa Arab) dan Cikgu Rohani (Guru kelas aku) di Steamboat D'Kayangan, Seksyen 13. Tempatnya kat bawah kondominium Sri Acapella.

Sebenarnya majlis ni dah boleh dikatakan aktiviti 'wajib' diadakan sebab tahun 2014 mungkin adalah tahun terakhir kami bersama-sama dalam kelas Imtiyaz sejak tingkatan 1. Sedih sikit pasal kami semua mungkin berpisah. Ada yang nak pergi SMKA dan ada yang nak stay kat SMK Seksyen 7 Shah Alam. Huhuhu......tiga tahun dah.........

Pada awalnya majlis ini akan diadakan pada 22 November tetapi pasal ramai yang ada hal, jadi majlis ini terpaksa ditunda ke 20 Disember. Sebelum ini, banyak cadangan tarikh untuk diadakan jamuan. Aku bagi "syarat" yang majlis ini diadakan selepas tarikh aku balik dari Eropah (12 Disember). Aku berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan oleh Ilya iaitu 20 Disember.

Masa aku nak datang, aku masih lagi kenyang makan nasi tomato dengan keluarga aku di restoran Chawan, Subang. Tengah dalam perjalanan, aku dapat mesej Whatsapp daripada Azri yang dia dah sampai dulu. Selepas beberapa minit, aku dah sampai je dah ramai member-member aku datang.

Dah sampai dah....
Kawan-kawan aku ada tanya aku seronok tak pergi ke Eropah.......Tapi soalnya, mana pelajar perempuan. Rupanya mereka dah masuk dalam dulu. Kitaorang je yang masih keluar. Minit demi minit, ramai kawan-kawan lelaki aku dah sampai. Amin, Haziq, Luqman dan akhir sekali Syahid. Bebereapa minit kemudian, Ustazah Rodziah pun datang ke restoran. Jadi kami pun berjalan masuk ke dalam restoran.

Sebenarnya aku sebenarnya nak makan sikit saja pasal aku masih kenyang lagi. Tapi pasal makanan sedap, jadi aku makan banyaklah. Aku ada makan seperti daging ikan, daging ayam, mi dan banyak lagi.

Kemudian kami solat Maghrib dulu . Selepas itu, kami sambung nikmati selera. Aku makan aiskrim dan ayam rebus.......

Selepas dah habis makan, masa tu dah malam dah. Pada masa yang sama, perlawanan final AFF Suzuki Malaysia vs Thailand 2nd leg sedang berlangsung. Masa tu ada yang bersorak. Rupanya ketika itu, Malaysia dah score penalti........

Selepas itu, aku telefon abah untuk ambil aku balik. Sebelum balik, kami ambil gambar dulu seperti di bawah....Selepas dah ambil gambar, aku minta diri dulu sebab abah dah sampai masa tu........

Itu je aku nak cerita pasal jamuan. Mohon maaf kalau ada yang salah pasal coretan ini, bagitaulah aku,  boleh je aku edit.....Kalau nak tambah cerita korang, boleh lah tambah di ruangan ulasan kat bawah sekali...

Setakat ini saja dulu, Assalamualaikum..........

Gambar kenangan jamuan.......aku je sengaja pilih belakang


Isnin, 29 Disember 2014

CUTI LAGI SEMINGGU......

Baru je aku baca daripada Berita Harian Online sebentar tadi.....

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu - Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Dan juga FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad:
Maknanya, cuti lagi seminggu lagilah.......

Apapun tunggu selanjutnya di berita tv ...... #pray4pantaitimur

Dan satu lagi, jangan ada lagi yang ambil kesempatan sebar cerita palsu mengenai isu banjir yang melanda supaya tidak memburukkan keadaan.....